Sabtu, 23 Januari 2010

AL-FATIHAH..


Hari ini....22 Januari 2010 seluruh rakyat Johor berdukacita. Sultan Iskandar telah mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering. Rakyat Johor sememangnya amat mengenali baginda lantaran sikapnya yang mesra, prihatin dan berjiwa rakyat. Baginda yang memang kurang gemar dengan protokol mudah didekati oleh hamba rakyat.


Aku sendiri mempunyai pengalaman tersendiri dengan baginda. Ini kerana aku bersekolah dengan sekolah yang sama dengan anakanda baginda, Tengku Bendahara Tengku Majid yang ketika itu adalah senior ku. Kerap kali juga Almarhum Baginda Sultan Iskandar menjenguk ke English College bagi memantau Tengku Majid. Kerap kali juga aku melihat Almarhum Sultan Iskandar "menegur" anakanda baginda sebagaimana ayah-ayah lain menegur anaknya. Lebih-lebih lagi ketika itu Tengku Majid begitu obses dengan sukan hoki.


Kini, negeri Johor merasa kehilangan seorang sultan yang tiada tolok banding sikap keprihatinannya dan juga kemesraannya sudah pasti menjadi nostalgia yang sukar dilupakan.
Lebih mengharukan lagi apabila aku melihat anakanda dan cucunda baginda menguruskan pengkebumian Almarhum. Berkat didikan dan ketegasan yang Almarhum curahkan.
Al Fatihah................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan