Selasa, 27 Oktober 2009

TIGA ABDUL

Inilah rupa anak-anak bujang ku setelah digondolkan kepalanya oleh bonda. Memang rutin keluarga ku time gunting rambut, bonda yg gunting. Aku pun sejak kecil mmg bonda yg gunting rambut...cuma kalu dah emergency barulah gi kedai gunting... But kalau bonda yg gunting, we all tak boleh nak demand fesyen rambut. Ikut suka lah stail apa yg bonda nak gunting. Inilah hasilnya.....fesyen rambut budget!



Selasa, 20 Oktober 2009

SAHABAT ALAM....KENANGAN DI PD







ALAM SANTAI






















REHATKAN MINDA DI PORT DICKSON










Alhamdulillah...cuti Deepavali selama 4 hari lalu yang bermula 16 oktober 09 hinggalah 19 oktober 09, aku sekeluarga sempat gi bercuti bagi melapangkan kepala otak. Destinasi utama adalah di Tanjung Tuan , Port Dickson yang hampir dengan pantai Teluk Kemang. sambil-sambil tu sempat gak menjenguk sepupu di Teluk Kemang. Pelbagai cerita berkaitan pilihanraya kecil yang baru berlalu. Kebanyakannya memanglah tak tersiar di media massa arus perdana.



Bertolak pada petang Khamis, aku sekeluarga beserta ayah bonda menuju ke destinasi. Sebenarnya plan bercuti ni dah lama daa....rancang bersama members satu sekolah. Kita tempah rumah peranginan Persekutuan iaitu apartmen 2 bilik dengan kos RM40 dua hari satu malam. So we all tempah 3 unit untuk 3hari 2malam. Kira berbaloi laa...apartmen lak complete ngan peti ais, kelengkapan dapur dan pinggan mangkuk. Jimat la tuu.....lebih-lebih lagi bonda memang suka memasak.



kaum Hawa beramah mesra

kaum Adam berborak sakan sambil menikmati BBQ


BBQ yang well done


members tunjuk skill


Hari ke 2 iaitu Jumaat malam Sabtu, we all buat BBQ. Petang Jumaat anak-anak sempat mandi-manda kat pantai Tanjung Tuan yang memang hampir dengan apartment kami. Member-member sempat gi Muzium Tentera Darat dan beli bahan untuk BBQ. Berasap laa kawasan peranginan tuu dgn BBQ. Rupa-rupanya malam tu ada 2 lagi kumpulan buat BBQ.
Hari sabtu we all check out dan masing-masing ke destinasi tersendiri. Aku dan keluarga lak terus gerak ke Mantin untuk gi umah sepupu. And then gerak lak ke Semenyih , umah pak sedara yg jarang dikunjungi. Malam tu beraya area KL iaitu kat Keramat AU dan Datuk Keramat.
Hari Ahad gerak balik PG tapi singgah di Melaka iaitu Alor Gajah umah pak sedara sepupu, Tanjung Minyak umah sepupu dan Air Keroh umah sedara. Fuh....ambil kesempatan beraya sekali.....last minute raya.

Rabu, 14 Oktober 2009

AKU BUDAK MINANG...THE SERIES

Malam tadi tetiba aku terpanggil untuk menonton siaran di TV2, dan terus teruja dengan drama "Aku Budak Minang" yang pelakon utamanya Along "CHAMP" dan diarahkan oleh Zulkiflie M.Osman.

Sememangnya aku membesar dengan siri kartun "AKU BUDAK MINANG" yang diterbitkan dalam majalah kartun GILA-GILA. Siri kartun yang berbentuk penceritaan karya kartunis Ujang ataupun nama sebenarnya Ibrahim Anom ,itu seolah sebati dalam jiwa ku.. Bagaimana watak Ujang dianak tirikan oleh ibu dan adik beradiknya, karenah ACA adiknya yg 'istimewa', ANOR buah hati pengarang jantungnya , ATUK yg memang 'rock sporting' dan liku-liku hidup UJANG di kota raya , benar-benar 'dekat' di hati. Lebih-lebih lagi tatkala itu jiwa remaja yg memberontak seakan ada persamaan dengan jiwa UJANG.

Dek kerana kartun Ujang laa, aku meminati dan mengikuti perkembangan pelukisnya iaitu UJANG. Bahkan beberapa novel Ujang seperti JIBAM menjadi koleksi ku. Kartun ATUK dengan motor besarnya menjadi idola ku. Kartunis Ujang juga pernah menerbitkan majalah Humornya sendiri iaitu bertajuk UJANG gak. Malangnya dek kerana tipu muslihat perniagaan, beliau dikhabarkan disingkirkan. Akhirnya Ujang seolah bertukar arah...beliau tetap menerbitkan majalah ala-ala GILA-GILA dan UJANG tetapi lebih ke arah Islamik dengan judul LANUN. Banyak juga karya dan dakwah yang disampaikan menjadi bahan bagi ku di sekolah dan juga sewaktu sesi Tazkirah . Malangnya dek kerana intipati majalah LANUN yang banyak memanaskan kepala dan punggung pihak pemerintah, akhirnya ia telah "lenyap" di pasaran. Sejak itu Ujang seolah sepi dari arus perdana dan khabar angin mengatakan beliau juga hampir hilang ingatan. Sesekali berita tentang Ujang keluar di ruangan kaki pancing. Ujang juga merupakan pelopor kartun animasi sesudah Datuk Lat iaitu animasi Usop Sontorian...

Kini, karya beliau yang hampir menjangkau puluhan tahun diterbitkan dalam bentuk drama besiri. Mudah-mudahan akan ada kesinambungan dari karya Ujang yang secara peribadi aku nyatakan menyentuh hati dan perasaan...Dengo cite sedang dalam pembikinan...JIBAM THE MOVIE..caya laa.!

Selasa, 13 Oktober 2009

KEMERIAHAN SYAWAL



Fuh.....Syawal benar-benar dipenuhi pengisian.Pengisian waktu dengan kesibukan bermarhaban dan ziarah. Pengisian perut hingga melebarkan ukur lilit pinggang. Pengisian tabung anak-anak dengan duit raya.


Sememangnya kemeriahan Syawal tahun ini dikecapi sepenuhnya. Apatah lagi setiap hari menerima undangan marhaban (salawat) tanpa putus. Kumpulan marhaban kejiranan lain, kumpulan marhaban staf lain, kumpulan marhaban murid lain. Satu hari 10 - 15 buah rumah diterokai. Begitulah budaya di Johor nie...raya sebulan.

Aku pun dah hampir hilang suara dek penangan marhaban. Perut pun dah bertambah ke hadapan. Ubat pula hampir hilang di ingatan. Mujur tak de "tetamu tak diundang" menjenguk.