Selasa, 30 November 2010

KETUANAN MELAYU

Hari nie... dok sibuk mengulas titah ucapan DYMM Sultan Selangor. Titah ucapan baginda dikatakan rentetan daripada ucapan Presiden PKR.. maka bermulalah episod penggunaan istilah KETUANAN MELAYU dan KETUANAN RAKYAT...

Aku cuma teringat kisah HANG JEBAT dan HANG TUAH,, petembungan antara KESETIAAN dan KEADILAN... aku juga teringat punca kejatuhan KESULTANAN MELAKA.. bagaimana SI KITOL dan RAJA MANDELIAR memainkan peranan... aku juga teringat bagaimana suatu masa dahulu intitusi Raja-raja diperlekehkan dengan hilangnya imuniti Raja-raja.... aku juga teringat istilah MELAYU MUDAH LUPA... me...layu...

Yang pastinya.... ramai yang buang anak, MELAYU... ramai yang menagih dadah, MELAYU.... ramai yang merempit@samseng jalanan, MELAYU.... ramai yang merempat, MELAYU....ramai yang menipu, MELAYU.... ramai yang kena tipu pun MELAYU.....

KETUANAN MELAYU.... benarkah setelah 53 tahun merdeka, MELAYU menjadi TUAN? apatah lagi apabila melihat BAHASA MELAYU diperlekehkan....pada papan iklan, pada nama jalan, pada perbualan, pada istilah, pada tulisan......................

Sebenarnya dan sejujurnya.... MELAYU tak boleh jadi TUAN..... kerana kita orang MELAYU punya TUAN yang lebih hebat....ALLAH SUBHANALLAH TAALA...

5 sebab berhenti minum air berkabonat

Mengapa harus berhenti minum soft drink @ air berkabonat?

Diambil dari GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010), berikut 5 alasan kesehatan mengapa orang wajar berhenti minum soft drink:

1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Peneliti di University of Texas menemukan bahwa soft drink meningkatkan risiko obesiti rata-rata 32.8 peratus, sedangkan diet coke (soft drink bebas gula) justeru meningkatkan risiko hingga 54.5. Maka soft drink bebas gula tak selalunya sihat.

2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman soda mengandung 250 kalori per 600 ml. Tak ada kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.

3. Kecanduan atau adiktif

Soft drink juga dapat menyebabkan semacam kecanduan. Yang merangsang kecanduan adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari kebiasaan minum soft drink, Anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

4. Meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Heart Association di Circulation Journal pada tahun 2007, orang yang minum soft drink setiap hari akan meningkatkan risiko sindrom metabolik, yaitu suatu kondisi yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes, sebesar 44 persen.

5. Mengurangi jumlah sperma

Hasil studi di Denmark menunjukkan laki-laki yang meminum 1 liter atau lebih soft drink setiap hari bisa berbahaya bagi spermanya. Laki-laki yang sering meminum soft drink menghasilkan sperma 30 persen lebih rendah dibandingkan yang tidak minimum soft drink.

Isnin, 29 November 2010

PROVOKASI



Catatan ini ditulis tatkala Korea Utara baru sahaja menyerang secara mengejut ke atas Korea Selatan... menyerang di sini adalah betul2 menyerang... menyerang yang mengorbankan nyawa.. bukan menyerang ke arah pintu gol bagi permainan bola sepak yang biasa terjadi buat ke dua negara ini...

Pelbagai media memaparkan kutukan dan cemuhan masyarakat antarabangsa ke atas Korea Utara... iye sebagaimana terjadi ke atas Iraq sewaktu ia menyerang Kuwait dulu... justeru kita sama2 ikuti adegan seterusnya, adakah Korea Utara juga bakal diserang Amerika dan sekutunya seperti yang terjadi ke atas Iraq? Atau sekadar cemuhan dan kutukan semata memandangkan tiada yang istimewanya Korea Utara untuk direbut? (berbanding Iraq yang mempunyai minyak) Atau sekadar Korea Selatan seorang diri yang melawan balas serangan Korea Utara ? ( Amerika dan sekutunya bakal mengaut keuntungan dengan penjualan senjata)

Ramai juga menuding jari menyalahkan tindakan Korea Utara yang sewenang-wenangnya menyerang kedaulatan negara lain. Memang diakui tindakan Korea Utara adalah tidak wajar namun.... pernahkah kita terfikir beberapa tindakan Korea Selatan yang menaikkan amarah negara jirannya ? Perjanjian dan juga usahasama latihan peperangan bersama Amerika seolah menjolok sarang tebuan... meskipun tiada pencerobohan tetapi pelbagai provokasi Korea Selatan sudah pasti menerima akibatnya. Bak kata seorang teman; bolehkah kita mendiam diri apabila melihat jiran kita merosakkan pagar rumah kita, membiarkan anjing kencing di halaman rumah kita, memekak membuat bising di tepi tembok kita, mengacukan isyarat lucah di hadapan keluarga kita; meskipun jiran kita itu tidak mencerobohi rumah kita??? Itulah yang terjadi ke atas Korea Utara....

Rabu, 24 November 2010

CUTI SANTAI

Cuti sekolah dah bermula.... tapi macam biasa laa... murid memang lah cuti tapi cikgu cam aku nie tetap ke sekolah menunaikan dan menyelesaikan beberapa perkara.. ada gak kekawan yang pergi kursus..Almaklum menteri baru, ketua pengarah baru, maka pelbagai perubahan dasar dan juga kurikulum pun baru... Isteri aku lak ada tanggungjawab lain cuti nie... jadi Pengawas SPM... maka secara tidak rasminya kami TIDAK lah bercuti....

Namun begitu... sempat gak aku dan isteri mengambil kesempatan Cuti keputeraan DYMM Sultan Johor yang bersambung dari cuti hujung minggu, membawa anak-anak bersantai. Sebenarnya ia bukanlah percutian yang dirancang. Tujuan asal hanyalah mengiringi pengantin untuk majlis akad nikah di FELDA AIR TAWAR 2, KOTA TINGGI. Lantaran dek kepenatan memandu dan kebetulan tiada perancangan lain, terus melencong ke Batu Layar, Desaru. Alhamdulillah ada lagi bilik kosong di Batu Layar Beach Resort...

Malangnya, kami yang tiba jam 12.00 tengahari terpaksa menunggu hingga jam 5.00 petang untuk "check in". Alasan yang diberi, bilik belum dikemas. Angin satu badan... Hendak tak hendak, bawalah anak2 bersantai di sekeliling pantai. Puas bersantai, kami makan angin menuju ke pekan berhampiran iaitu Sungai Rengit... Puas jugak cuci mata... Tepat jam 5.oo, kami yang memilih bilik keluarga agar lebih selesa agak tekejut dengan keadaan bilik.. Sempit, penghawa dingin tak berfungsi sepenuhnya, sejadah dan tuala mandi tak disediakan, tilam dan cadar berbau kurang enak, berabuk dengan debu...aaarrrrrrrrrrgghhhhhh..tidak seperti yang diharapkan dengan RM yang dikenakan..........

Terus hilang mood nak mandi-manda kat pantai... anak-anak yang pergi mandi laut dengan nenek mereka.. nak hilang marah punya pasal, bantai tido jee.....

So...peringatan buat kenalan...JANGAN SEWA CHALET DI BATU LAYAR BEACH RESORT!!!

Selasa, 9 November 2010

ANUGERAH KECEMERLANGAN

Alhamdulillah...kedua-dua anakku yang bersekolah mendapat keputusan peperiksaan yang memberansangkan. Si sulung terus mengekalkan kecemerlangannya dengan mendapat No 1 bagi sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Si angah pula meskipun tidak mendapat No 1 di sekolah kebangsaan, tetapi mendapat markah tertinggi dalam kelas bagi beberapa matapelajaran; manakala di sekolah agama mencapai peningkatan dari No 5 bagi peperiksaan setengah tahun ke No 2 bagi peperiksaan akhir tahun.

Begitulah...dalam usia mereka, ketegasan dalam pendidikan amat perlu bagi memastikan tumpuan yang tekal dalam penguasaan akademik, mahupun sahsiah.

Namun... sekarang yang memeningkan kami sekeluarga adalah MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG untuk mereka yang dianjurkan pihak sekolah kebangsaan dan sekolah agama adalah sama tarikhnya, waktunya dan sesinya..... poning pak cik nak hadiri yang mana satu????

Sabtu, 6 November 2010

BN MENANG LAGI

Ya...seperti yang diumumkan semalam, BN menang dalam PRK DUN Galas dan Batu Sapi. Kemenangan ini sememangnya telah diramal oleh banyak pihak. Bukankah kedua-dua DUN ini kubu kuat BN. Meskipun DUN Galas pernah dirampas PAS, namun ia tetap kubu kuat BN lantaran pengaruh Ku Li .

Kemenangan ini juga telah diramal apabila melihat segala jentera media arus perdana diperkuda untuk kempen BN. Almaklum tampuk kerajaan dipegang oleh BN. Momokkan kebaikan dan timbusan keburukan BN dipampang saban hari. Sebaliknya paparan keaiban dan kambusnya kebaikan pembangkang terus menyerlah.

Kini, masanya untuk kita sama-sama lihat, apakah segala janji-janji yang ditabur akan ditunai? Andainya tidak tertunai, bibit-bibit kekalahan akan terserlah buat BN menjelang PRU kelak. Pengundi-pengundi di Kelantan telah diketahui amat peka, bijak dan sukar diramal. Kita akan lihat perkembangannya kelak.

Namun.....dari perspektif lain....setiap kali pilihanraya kecil diadakan, maka bertuahlah kawasan tersebut. Limpahan pembangunan dan pelbagai subsidi tercurah. Peruntukan tiba-tiba ada untuk pelbagai kemajuan dan kemodenan. Bahkan peniaga dan usahawan turut menerima tempiasnya meskipun tidak selalu. Lupakah...PRK ini diadakan lantaran kematian ADUN sedia ada? Satu kegembiraan menanti setelah perginya seorang ADUN......? Tidak terlampaukah andainya kelak setiap kawasan akan mengharap ADUN nya mati demi mengharap pembangunan dan subsidi dicurah demi kemenangan calon akan datang? Tidak mustahil bukan?