Sabtu, 23 Januari 2010

AL-FATIHAH..


Hari ini....22 Januari 2010 seluruh rakyat Johor berdukacita. Sultan Iskandar telah mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering. Rakyat Johor sememangnya amat mengenali baginda lantaran sikapnya yang mesra, prihatin dan berjiwa rakyat. Baginda yang memang kurang gemar dengan protokol mudah didekati oleh hamba rakyat.


Aku sendiri mempunyai pengalaman tersendiri dengan baginda. Ini kerana aku bersekolah dengan sekolah yang sama dengan anakanda baginda, Tengku Bendahara Tengku Majid yang ketika itu adalah senior ku. Kerap kali juga Almarhum Baginda Sultan Iskandar menjenguk ke English College bagi memantau Tengku Majid. Kerap kali juga aku melihat Almarhum Sultan Iskandar "menegur" anakanda baginda sebagaimana ayah-ayah lain menegur anaknya. Lebih-lebih lagi ketika itu Tengku Majid begitu obses dengan sukan hoki.


Kini, negeri Johor merasa kehilangan seorang sultan yang tiada tolok banding sikap keprihatinannya dan juga kemesraannya sudah pasti menjadi nostalgia yang sukar dilupakan.
Lebih mengharukan lagi apabila aku melihat anakanda dan cucunda baginda menguruskan pengkebumian Almarhum. Berkat didikan dan ketegasan yang Almarhum curahkan.
Al Fatihah................

Khamis, 21 Januari 2010

Warga Baru


Alhamdulillah...20hb januari 2010, lahirlah seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami. Seorang putera dengan berat 3.56 kilogram.....



Lahir secara pembedahan lantaran mengikut doktor bayi terlalu besar tapi taklah besar sangat nak dibanding kakaknya yang lahir dengan berat 4.2 kilogram. Mungkin kerana faktor usia ibu dan juga kandungan gula yang tinggi , justeru doktor tidak membenarkan lahir secara normal.


Mulanya agak cuak gak aku suami isteri kerana tak de pengalaman anak-anak lahir secara pembedahan...namun berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan, ia kami tempuhi dengan penuh tawakkal..



Lahir di hospital kerajaan dah memang kebiasaan anak-anak ku. Tapi lahir di Hospital Sultan Ismail adalah pengalaman pertama buat aku dan isteri. Alhamdulillah...selesa dan kondusif...meskipun aku terpaksa menapak agak jauh dari parkir.


Hari pertama di wad, aku yang perlu menguruskan beberapa urusan kemasukan wad agak kalut gak....ke hulu dan ke hilir untuk urusan dokumentasi ...akibatnya kaki bengkak tak boleh berjalan. Nasib baik ada pengawal keselamatan yang mesra pelanggan menawarkan kerusi roda. Jadi, berkerusi roda lah aku menuju ke tempat parkir....
Hai....anak punya pasal...



Isnin, 18 Januari 2010

KONTROVERSI

Sememangnya 2010 adalah permulaan yg membibitkan kontroversi. Isu yg melanda negara kini mula meresap ke taman perumahan tempat tinggal ku. Bahang 1 Malaysia mula disalah tafsirkan oleh segelintir pihak dan mengambil kesempatan mempergunakannya.

Aku sebenarnya banyak perkara yg ingin diluahkan....lebih-lebih lagi ia bersangkut paut dengan kepentingan agama dan membabitkan sentimen kaum lain. Justeru sebelum tulisan ini diteruskan dan disalahtafsirkan oleh pihak lain, rasanya perlu semua pihak berfikiran terbuka.
Kini, coretan di blog sudah tiada "privacy" nya. Pihak-pihak berkuasa mula menafsir mengikut tafsiran atas nama keselamatan negara dan pelbagai akta dilaksana. Tidak mustahil coretan di blog ku ini menarik perhatian pihak-pihak tertentu walaupun pengikutnya tak seramai mana. Tidak mustahil juga aku bakal dikambing hitamkan demi menunjukkan "mereka" melaksana akta.

Namun, tiada sekelumit niat ku untuk menentang akta.......aku menulis mengikut pandangan "neutral" ku. Aku menulis hasil pemerhatian ku... Seperti yg terjadi di taman perumahan ku...Kecoh dan berbahang lantaran hak majoriti penduduk diketepikan , suara mereka disenyapkan dan pandangan mereka dikaburkan..Aku khuatir peristiwa mengusung kepala lembu berulang....Aku juga khuatir ada pihak menangguk di air keruh...Aku lebih khuatir peristiwa 13 Mei berulang...

Kekhuatiran ku ini tidak mustahil jika tolenrasi tiada, kepentingan diri diutamakan dan baran di dada diterjemahkan. Jika dilihat pada suara-suara penduduk yang bersemuka dengan pihak yang ada kuasa, kekhuatiran ku mula menampakkan riaknya. Pihak yang ada kuasa mahu menterjemahkan konsep 1 Malaysia tetapi mengenepi hak majoriti penduduk. Majoriti penduduk berpegang pada prinsip ketuanan martabat agama tetapi melupakan hak agama minoriti. Minoriti penduduk pula menampakkan aksi kebiadaban lantaran rasa sudah menang.

Tindakan bijaksana menarik rambut dari tepung tanpa terputus dan tepung tidak berselerak perlu direalisasikan. Keputusan menang-menang serta beri dan ambil perlu ada. Meskipun ia sudah pasti tidak memuaskan semua pihak. Inilah risiko apabila ketuanan terhakis dan perlembagaan tidak dipeduli...

Khamis, 7 Januari 2010

ISU....

Awal 2010 ni, dah pelbagai isu negara timbul. Ada yang isu baru dan ada yang kesinambungan dari 2009. Walau apa pun isu, harap-harap bukan sekadar isu yang bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu yang sewajarnya. Harapan ku juga moga isu yang timbul bukan dari golongan yang ingin mengambil kesempatan dan mencari populariti.

Ada isu yang tak seharusnya diperdebatkan dan diperkatakan oleh orang yang tidak layak. Tidak layak bermakna tidak wajar dan tidak berpengetahuan tetapi menonjolkan diri sebagai pejuang isu.

Ada isu yang perlu diambil tindakan segera dan rasional tanpa membelakangkan agama serta undang-undang. Ditakuti tindakan yang tidak bijak akan memudaratkan serta mencetuskan polemik baru.

Ada isu yang lansung tak perlu dijadikan isu lantaran ia adalah sesuatu yang remeh dan tak sepatutnya diperhebah dan diprogandakan. Isu yang ditonjolkan dengan tujuan dan niat kepentingan diri sendiri.

Justeru, berfikirlah dengan rasional.....

ENTAHLAH...MACAM-MACAM...

Alhamdulillah....rezeki Allah bagi dan berkat rezeki anak yg bakal lahir, aku dinaikkan pangkat ke GPK. Rasanya ada gak kekawan yg sama keluar maktab dgn aku yg dah lama jadi GPK..Tahun ni, rezeki aku..dan yg lebih melegakan buat masa ni tak ditukarkan ke sekolah lain. Masa depan, aku tak tahu la...

Malangnya pula...dah tengiang-ngiang di telinga, sindiran-sindiran pedas serta kata-kata sinis yg kadang-kala melukakan perasaan. Almaklum naik pangkat...pada hal aku tak mintak pun pangkat tuu. Pangkat tu pun rezeki Allah dan pihak Kementerian yg proses....rezeki jangan ditolak. Kita hidup berusaha dengan izin Allah untuk mencari rezeki, apabila dah dapat rezeki; takkan lah nak tolak.

Lebih mengguriskan lagi apabila sindiran-sindiran datangnya dari kekawan rapat. Tak tahu lah sindiran sekadar mengusik atau bergurau, namun ia "makan dalam". Belum lagi sindiran dari pihak yang lebih senior yang merasakan lebih layak untuk dahulu naik pangkat...entahlah....kadang-kala bila difikir, lebih baik tak ada pangkat daripada tak ada kawan..

Jumaat, 1 Januari 2010

HIPOKRIT

HIPOKRIT.....menurut Kamus Dewan (Edisi Ke Tiga )bermaksud orang yang berpura-pura berperangai, bersifat dan berkelakuan baik; orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya; munafik.

Dewasa ini, semakin ramai yang bersifat Hipokrit walaupun ramai yang menyebut dirinya tidak Hipokrit. Aku tak pastilah sama ada yang mengatakan dirinya tak Hipokrit tahu maksud Hipokrit. Sememangnya mentaliti masyarakat Melayu, melabelkan perangai Hipokrit adalah negatif, perlu dijauhi dan tidak sesuai dengan budaya ketimuran.

Namun....sedarkah kita, budaya ketimuran yang menitikberatkan tatasusila, kesopanan dan budibahasa mengajar kita agar Hipokrit. Demi budi bahasa, tatasusila dan kesopanan; kita bermanis mulut dalam menutur kata-kata. Demi budi bahasa, tatasusila dan kesopanan; kita tidak mahu menegur kesilapan orang lantaran takut mengguriskan hatinya. Demi budi bahasa, tatasusila dan kesopanan; kita akur pada perkara yang tidak kita suka. Malah ada rakanku yang lebih BERANI, menyatakan agama juga menyuruh kita hipokrit iaitu melakukan perkara-perkara baik walaupun kita tidak suka. Bahkan mentaliti masyarakat kita masih belum boleh menerima orang yang tidak Hipokrit; orang yang bererus-terang dan orang yang memperlihatkan keburukan sendiri.

Justeru......berani aku katakan KITA sememangnya HIPOKRIT walaupun kita mengaku KITA TIDAK HIPOKRIT kerana KITA orang MALAYSIA yang berpegang teguh pada didikan dan asas ketimuran yang kita ada...

TAHUN BARU 2010

Fajar tahun baru 2010 mula menyinar dengan gerhana bulan...apakah ini membawa kepada kegerhanaan sepanjang tahun? Seperti biasa, tatkala tibanya hari pertama di Tahun Baru, pelbagai azam, tekad dan impian ditanam. Seperti biasa , keazaman dan impian yang ditanam, pastilah yang positif; mendatangkan kebaikan dan juga kesenangan. Namun...seperti biasa jugalah...70% yang menyimpan azam; gagal menunaikan azam. Azam yang ada dibawa lagi ke tahun berikutnya...

Pelbagai faktor yang menggagalkan azam....kewangan, usaha dan juga nasib merupakan antara faktor popular. Pastinya....semua orang yang berazam tahu kunci kepada tertunainya azam adalah usaha dan doa. Jika tanpa kunci, bagaimana azam nak digapai? Tapi....masih ramai yang menafikan kunci kepada tertunainya impian...

SELAMAT TAHUN BARU 2010