Jumaat, 1 Januari 2010

HIPOKRIT

HIPOKRIT.....menurut Kamus Dewan (Edisi Ke Tiga )bermaksud orang yang berpura-pura berperangai, bersifat dan berkelakuan baik; orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya; munafik.

Dewasa ini, semakin ramai yang bersifat Hipokrit walaupun ramai yang menyebut dirinya tidak Hipokrit. Aku tak pastilah sama ada yang mengatakan dirinya tak Hipokrit tahu maksud Hipokrit. Sememangnya mentaliti masyarakat Melayu, melabelkan perangai Hipokrit adalah negatif, perlu dijauhi dan tidak sesuai dengan budaya ketimuran.

Namun....sedarkah kita, budaya ketimuran yang menitikberatkan tatasusila, kesopanan dan budibahasa mengajar kita agar Hipokrit. Demi budi bahasa, tatasusila dan kesopanan; kita bermanis mulut dalam menutur kata-kata. Demi budi bahasa, tatasusila dan kesopanan; kita tidak mahu menegur kesilapan orang lantaran takut mengguriskan hatinya. Demi budi bahasa, tatasusila dan kesopanan; kita akur pada perkara yang tidak kita suka. Malah ada rakanku yang lebih BERANI, menyatakan agama juga menyuruh kita hipokrit iaitu melakukan perkara-perkara baik walaupun kita tidak suka. Bahkan mentaliti masyarakat kita masih belum boleh menerima orang yang tidak Hipokrit; orang yang bererus-terang dan orang yang memperlihatkan keburukan sendiri.

Justeru......berani aku katakan KITA sememangnya HIPOKRIT walaupun kita mengaku KITA TIDAK HIPOKRIT kerana KITA orang MALAYSIA yang berpegang teguh pada didikan dan asas ketimuran yang kita ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan