Isnin, 18 Januari 2010

KONTROVERSI

Sememangnya 2010 adalah permulaan yg membibitkan kontroversi. Isu yg melanda negara kini mula meresap ke taman perumahan tempat tinggal ku. Bahang 1 Malaysia mula disalah tafsirkan oleh segelintir pihak dan mengambil kesempatan mempergunakannya.

Aku sebenarnya banyak perkara yg ingin diluahkan....lebih-lebih lagi ia bersangkut paut dengan kepentingan agama dan membabitkan sentimen kaum lain. Justeru sebelum tulisan ini diteruskan dan disalahtafsirkan oleh pihak lain, rasanya perlu semua pihak berfikiran terbuka.
Kini, coretan di blog sudah tiada "privacy" nya. Pihak-pihak berkuasa mula menafsir mengikut tafsiran atas nama keselamatan negara dan pelbagai akta dilaksana. Tidak mustahil coretan di blog ku ini menarik perhatian pihak-pihak tertentu walaupun pengikutnya tak seramai mana. Tidak mustahil juga aku bakal dikambing hitamkan demi menunjukkan "mereka" melaksana akta.

Namun, tiada sekelumit niat ku untuk menentang akta.......aku menulis mengikut pandangan "neutral" ku. Aku menulis hasil pemerhatian ku... Seperti yg terjadi di taman perumahan ku...Kecoh dan berbahang lantaran hak majoriti penduduk diketepikan , suara mereka disenyapkan dan pandangan mereka dikaburkan..Aku khuatir peristiwa mengusung kepala lembu berulang....Aku juga khuatir ada pihak menangguk di air keruh...Aku lebih khuatir peristiwa 13 Mei berulang...

Kekhuatiran ku ini tidak mustahil jika tolenrasi tiada, kepentingan diri diutamakan dan baran di dada diterjemahkan. Jika dilihat pada suara-suara penduduk yang bersemuka dengan pihak yang ada kuasa, kekhuatiran ku mula menampakkan riaknya. Pihak yang ada kuasa mahu menterjemahkan konsep 1 Malaysia tetapi mengenepi hak majoriti penduduk. Majoriti penduduk berpegang pada prinsip ketuanan martabat agama tetapi melupakan hak agama minoriti. Minoriti penduduk pula menampakkan aksi kebiadaban lantaran rasa sudah menang.

Tindakan bijaksana menarik rambut dari tepung tanpa terputus dan tepung tidak berselerak perlu direalisasikan. Keputusan menang-menang serta beri dan ambil perlu ada. Meskipun ia sudah pasti tidak memuaskan semua pihak. Inilah risiko apabila ketuanan terhakis dan perlembagaan tidak dipeduli...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan