Sabtu, 9 Julai 2011

PELUDAH WARNA



Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Selasa, 5 Julai 2011

Rabu, 20 April 2011

renung-renungkan....

INI ADALAH DAPATAN E-MAIL YG INGIN DIKONGSI BERSAMA;


Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
- Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 87

Khamis, 14 April 2011

showcase amir

Pada 10 April 2011 lalu telah berlansung Majlis Maulidur Rasul di Nusa Damai iaitu kawasan kediaman ku.

Selain perarakan dan ceramah, terselit acara persembahan. Maka nak dijadikan cerita, anak bujang yang 6 tahun ni pun terlibat sama. Puas lah si bapak melatih nasyid...almaklum ni first time si Amir ni berdepan di khalayak ramai.


Entah macam mana, dugaan buat si Amir ni... boleh hari tu dia kena muntah-muntah. Nyaris tak boleh nak bersuara... Tapi.. semangat nak bernasyid dan tak mahu menghampakan harapan cikgunya...si Amir ni tetap tampil bergaya...uhuk...anak bapak!!!

Isnin, 7 Mac 2011

INFO

Info Air Mineral

Ada tiga kategori : -

1. Air mineral bertudung putih ( sekadar minuman biasa, tanpa zat)
2. Air mineral bertudung biru (minuman berzat)
3. Air mineral bertudung hijau (minuman berzat dan dirawat

So... kalau anda beli air mineral selepas ini, fikir dulu sebelum beli kerana ia berbeza harga dan khasiat. Sekian info air mineral.

SUMBER; facebook norshazwan abd rashid

TAHNIAH

Tahniah buat dua orang wakil rakyat baru iaitu di Kerdau dan juga di Merlimau. Harapan ku agar segala yang dijanji akan dikota. Bukan sekadar pemanis kata memancing undi. Jangan jadi seperti seorang wakil rakyat tuu yang telah disabit kesalahan rasuah. Dengo2 nya kesalahan tu dibuat 5 bulan selepas jadi wakil rakyaT. Wakil rakyaT parti mana lah u iye?? Moga juga tidak tergadai prinsip dek penangan politik...lebih-lebih lagi prinsip yang berlandas ajaran agama..

Tahniah juga buat sahabat2 di Timur Tengah yang berani bangkit menentang pemimpin2 yang membolot harta negara tanpa mempedulikan kesengsaraan rakyat. Rakan2 di Tunisia dan Mesir telah membuktikan "kuasa" sebenar. Semangat bersatu yang dipamerkan dalam menyuarakan ketidakpuasan hati menjadi peringatan buat pemimpin negara2 lain. Kini kebangkitan rakyat telah merebak ke negara lain di Timur Tengah. Adakah Teori Domino mula menyerlah? Sememang tidak dinafikan, tatkala kebangkitan ini memuncak; pasti ada pihak menangguk di air yang keruh. Pasti juga akan menagih pengorbanan, sama ada harta atau nyawa. Pasti juga ada pihak turut jadi "pak sibuk". Namun ia jelas sebagai satu simbol bahawa penindasan tidak akan selamanya berleluasa.

Tahniah juga buat Bob Lokman atas penghijrahannya... Seperti lazimnya, dek kerana Bob Lokman berhijrah ke pihak yang bukan pro kerajaan maka lebih terserlah buruknya dari baiknya. Lebih banyak kontra dari pro nya. Lebih banyak mengeji dari memuji. Lebih banyak busuk dari wangi. Seharusnya kita redha dan doakan moga perubahannya itu merupakan kebaikan dalam hidupnya. Bukan menjadi tukang kritik yang hanya tahu mencari salah....Tapi yang pasti Restoran Tupai-tupai Bob Lokman tetap menyelerakan menunya...


tahniah...tahniah...tahniah...

Isnin, 28 Februari 2011

KHAS UTK SUAMI SAHAJA (DAPATAN E-MAIL)

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dan lupakan pemberian-pemberian istimewa yang pernah dihadiahkan dalam hidup mereka kepada orang tersayang, seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan".

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya".

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. Cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. Sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain,walaupun ibu atau sedara mara sendiri kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

Khamis, 17 Februari 2011

TEKANAN DARAH TINGGI

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala
• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan
Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient
Ischaemic Attack)
• Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy
• Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
• Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
Microalbuminuria, Proteinuria).
• Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi


SUMBER : INFOSIHAT.GOV.MY

Selasa, 1 Februari 2011

sumbangan

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh Namrud, dikisahkan seekor burung telah membawa air dengan paruhnya utk cuba memadamkan api tersebut. Ditanya, bagaimanakan air diparuhnya boleh memadamkan api tersebut seolah2 sesuatu usaha yg sia sia.

Burung itu menjawab, aku akan ditanya oleh Allah apakah yg kamu buat ketika Nabi Allah Ibrahim dibakar. Aku tidak akan ditanya sama ada aku dapat memadamkan api tersebut. Maka benarlah kita akan ditanya tentang usaha yg telah dbuat dan bukannya apa hasil yg dicapai.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? - (A-li'Imraan 3:142) |

Jumaat, 28 Januari 2011

TENANG

Terlebih dahulu nak ucapkan Tahniah buat Abang Long Maarof kerana isterinya Normala Sudirman telah manjadi calon PAS bagi PRK DUN TENANG, segamat. Abang Long yang pernah jadi rakan sebilik waktu menuntut di IPG IBKL merupakan seorang yang tenang atau dengan lain perkataan "cool" . Penyabar dan tidak mudah melatah. Justeru pilihan pasangan hidupnya sememangnya telah dijangka budipekerti dan sahsiahnya.


Benarlah kata orang, cubit peha kiri; peha kanan terasa. Aku menjadi begitu panas hati dan membuak-buak kemarahan tercetus tatkala membaca komentar Presiden MCA dan juga beberapa pemimpin Cina BN berkaitan "sarung tangan" Normala. Bagi penganut Islam, sahsiah dan keperibadian Normala adalah murni, terpuji dan bersandarkan ajaran Islam. Bukankah haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim?? Justeru apa hak penganut agama lain mempertikai kewajaran tindakan Normala itu?? Tidakkah ada pihak bijak pandai agama dalam UMNO yang boleh menegur sikap pemimpin parti sekutunya itu?? Jika demikian benarlah kata orang; UMNO hanya menitikberatkan bangsa berbanding agama...Jangan kerana politik tergadai agama...


Tatkala ini isu INTERLOK masih hangat diperkata... Bagiku tiada isu sebenarnya dalam novel INTERLOK karya Sasterawan Negara itu... Kisah yang berlatarkan zaman sebelum merdeka dipaparkan dengan tulus dan jujur. Kalau nak diperdebatkan tentang keburukan sesuatu kaum yang didedahkan, bukan hanya kaum2 tertentu sahaja yang menjadi mangsa. Bahkan kepincangan sikap pada kaum melayu dan cina turut dikupas. Malangnya hanya satu kaum yang melenting lantaran penggunaan perkataan yang katanya menghina. Tak banyak mana pun perkataan itu diguna dalam INTERLOK. Lagipun perkataan tersebut bukan diguna sewenang-wenangnya. Ia relevan dengan peristiwa benar yang ingin dikisahkan dalam novel tersebut. Mengapa perkara yang tak sepatutnya jadi isu diperbesarkan?? Ada udang sebalik batu ??? Rasanya lebih relevan diharamkan filem Hindi dan Tamil dari ditayangkan di Malaysia lantaran aspek keganasan dan juga tiada nilai yang sesuai dengan masyarakat Malaysia...( meminjam kata2 pelakon Abu Bakar Omar)


Rasanya belum terlambat untuk ucapkan tahniah juga buat Datin Sri Rosmah Mansor kerana berjaya membawa rombongan pendidikan ke Oman dengan dibiayai sepenuhnya oleh kerabat diraja Oman... Betullah kata seorang sahabat ; alangkah bagusnya jika saya dapat membawa lawatan penanda aras pelajar saya ke sekolah tuan dengan dibiayai kos lawatan (makan, minum, penginapan dan pengangkutan)tersebut oleh pihak tuan......