Isnin, 30 November 2009

KURSUS BTN

Masih lagi isu panas di bulan korban...Kerajaan negeri Selangor mengharamkan Kursus2 BTN (Biro Tatanegara) bagi kakitangannya dan juga siswa-siswi IPT nya. Itu hak mereka...bukankah BTN itu hak milik kerajaan pusat @ BN. Justeru, sudah tentu lain hala tujunya.

Aku secara peribadinya setuju BTN diteruskan untuk dilaksanakan buat pelajar, belia, mahasiswa, dan juga kakitangan-kakitangan kerajaan. Modul yang dipraktikkan amat bagus serta benar-benar memberi keinsafan, kesedaran serta membuka mata akan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia khasnya orang melayu apatah lagi kakitangan awam dan pendidik. Aku juga ada dengor pak-pak menteri juga diwajibkan menjalani Kursus BTN. Cuma....tak sedor-sedor lagi akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Tapi masih terpekik terlolong menempelak pihak yang tak sebulu tentang Kursus BTN.


So...kalau rasa Kursus BTN bagus, berkesan dan memberi impak, jalan terus.....Cuma pastikan keberkesanannya bukan setakat dalam Kem ajeee...keluar kem lupa terus. Macam lalang, ikut angin....ikut sekeliling...ikut persekitaran. Tak de pendirian, terus lupa daratan....lupa amanah yang dipikul...pentingkan perut ajeee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan