Khamis, 5 November 2009

KARNIVAL 1 MALAYSIA


Pening @ serabut kepala otak aku gara2 Karnival 1 malaysia. Sebenarnya ia bertujuan mengumpul dana bagi Kelab Staf dan Guru kat sekolah. Plan lama daa...cuma bettul2 serious nak laksanakannya adalah sebulan yg lalu.


Namun Alhamdulillah...sambutan menggalakkan bg penyewaan ttapak jualan. Tapi biasa laa...ada gak suara-suara ahli yg tak berpuas hati cara pelaksanaan program serta pembahagian tugas. Bengang gak....tapi cam ne..aku takkan boleh memuaskan hati semua pihak. So telan aje laa kritikan2 yg kadang kala tidak membina tuu.


Laa ni....ada lak masalah timbul di saat-saat akhir yang impaknya agak besar kepada perjalanan dan sambutan yang bakal diterima bg program Karnival 1 Malaysia nii..Doa ku moga pihak yang dipertanggungjawabkan akan menyelesaikannya sebaik mungkin...


Susah jadi pemimpin nie...idea yang baik tidak semestinya memberi kebaikan tanpa pelaksanaan yang berkesan... idea yg baik juga tidak semestinya diterima orang meskipun ia memberi kebaikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan