Sabtu, 21 November 2009

BUDAYA SAMAN

Semalam 20hb Nov 09, keluar berita keluarga pelajar yg maut dlm tragedi jambatan gantung di Perak ingin menyaman beberapa pihak atas kematian anak meraka sewaktu mengikuti program kem 1 Malaysia. Berita sebegini memang sudah dapat diramal.

Begitulah kebiasaannya...apabila terjadi kemalangan pasti ada pihak yg menerima akibat atau dikambing hitamkan. Beberapa tahun lampau, seorang rakan ku didakwa cuai ketika memandu akibat daripada kemalangan maut sewaktu membawa anak muridnya untuk xtvt sukan,

Berita-berita sebeginilah yang melenturkan semangat aku dan rakan-rakan guru lain bg melakukan xtvt luar terutamanya kokurikulum. Kesan dan risiko yg terpaksa ditanggung seandainya berlaku sesuatu yg tidak diingini amat besar. Lebih teruk lagi apabila semua pihak melepaskan diri dan tiada sesiapa yang sanggup menyebelahi. Makin banyak pihak yg mencari kesilapan adalah.

Kita , guru dah sememang dibebani dengan pelbagai tugasan yg seringkali mencuri waktu luang. Justeru perkara "terlepas pandang" acapkali terjadi. Maka kesilapan sebeginilah yang sering menjadi sasaran pihak lain dalam mencari salah orang dan mengelakkan salah sendiri.

Justeru,....jgn terkejut jika anak tuan-puan tidak terlibat lansung dalam xtvt luar, lasak dan mencabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan