Khamis, 12 November 2009

KARNIVAL 1 MALAYSIA ...2


















Alhamdulillah.....selesai sudah Karnival 1 malaysia. Sambutannya pun amat memberansangkan dan segala yang dirancang terlaksana dengan baik. Meskipun ada jua cacat cela dan juga kesilapan strategi pemasaran, namun sasaran berjaya dicapai. Gerai-gerai yang dibuka mendapat keuntungan yang memberansangkan. Begitu jua aktiviti pameran serta tapak jualan mendapat respond yang baik...

Rasa terhutang budi tidak terhingga kepada mereka yang menjayakan Karnival ini. Terserlah usaha gigih serta titik peluh yang dicurahkan oleh mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat menilai setiap keikhlasan bakti yang disemai..

Kini satu lagi projek besar yang masih tertangguh...iaitu Hari Keluarga. Malangnya ia tidak dapat dilaksana pada tahun ini lantaran pelbagai kekangan yang tak terbendung. Justeru terpaksa ditangguh ke tahun hadapan. Aku rasa agak terkilan kerana gagal menunaikan janji untuk melaksanakannya pada tahun ini. Lebih-lebih lagi untuk membalas jasa ahli KEBIRU yg begitu komited dalam mengembeling tenaga memberikan kerjasama pada setiap aktiviti KEBIRU.
Doa dan harapanku agar tiada yg rasa kecewa dengan penangguhan program Hari Keluarga. Doa dan harapanku jua moga ia dapat dilaksana secepat yg mungkin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan