Isnin, 30 November 2009

DOA TUAN GURU

Kebelakangan ini, ada sahaja perlakuan Tuan Guru Nik Aziz menjadi perhatian orang. Ada sahaja yang tak kena...Tak tahulah apa niat orang-orang tersebut yang menempelak dan mengkritik MB Kelantan nie. Hanya Tuhan yang tahu sejauh mana keikhlasan dan niat yang tersirat di sebalik kritikan-kritikan tersebut. Doa ku moga Tuan Guru tabah menghadapi cubaan yang menimpa beliau.

Yang terbaharu kecoh diperdebatkan adalah doa Tuan Guru agar PM dapat bala jika ada niat tak baik kerana enggan akur memberikan royalti minyak kepada negeri Kelantan. Yang menghairankan aku, orang dok kecam Tuan Guru yang berdoa tapi tak lak kecam PM yang memungkiri janji yang telah termetrai antara Petronas dan kerajaan negeri Kelantan.

Setahu aku...(dapatan dari ustaz-ustaz sejak aku kecil lagi, tak kiralah ustaz UMNO atau ustaz PAS), antara doa yang tidak terhalang adalah doa orang yang teraniaya. Justeru, bagi aku Tuan Guru yang mewakili kerajaan negeri Kelantan adalah tergolong orang yang teraniaya. Apa salah Tuan Guru nak berdoa? Lebih-lebih lagi setelah segala usaha dijalankan tapi masih dipandang sepi oleh kerajaan pusat.. Adakah sekadar memberikan wang ehsan yang jauh nilainya dan banyak birokrasinya telah memadai?

Kesimpulannya...macam biasa laa. Apa yang pembangkang (tak kira lah PAS,DAP atau KEADILAN) buat, tak betul dan salah belaka. Tapi...apa yang UMNO,MCA ,MIC ,PPP@BN buat, betulllll belaka. Kakak tua pun berkata mengikut apa yang diajar tuannya....BIARLAH...SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA..BIARKAN...BIARKAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan