Sabtu, 29 Ogos 2009

QURAN READPEN

Bersempena kedatangan Ramadhan, isteri tersayang ku telah menghadiahkan sesuatu yang istimewa dan berharga...... cuba lihat gambar......


Ia merupakan Al Quran lengkap yang istimewa kerana disertakan speaker pen. Speaker pen ini pula memperdengarkan suara bacaan apabila dihalakan pada ayat Al Quran yang dicetak khas pada Al Quran tersebut yang merupakan teks kitab rasmi Uthmani yang asli yang diluluskan sepenuhnya oleh KDN dan JAKIM.





Dilengkapi juga fon telinga, pengecas dan wayar USB. So...special kan?! Sekarang boleh baca dan pelajari Al Quran dengan menunjuk ayat menggunakan pen dan kedengaran bacaan dengan jelas , terang, merdu dan betul. Untuk maklumat terperinci sila jenguk www.ezyreadq.com.

Rabu, 26 Ogos 2009

PERMATANG PASIR 2

Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir telah diketahui. Jelas penduduk Permatang Pasir masih menginginkan khidmat ADUN dari PAS dan menolak calon BN. Maka pelbagai alasanlah kedengaran dari pemimpin tertinggi BN termasuklah kenyataan bahawa Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS. Sebelum ni, yakin bebenor nak menang. Tak de pulak kedengaran kenyataan mengaku kalah dan mengakui kesilapan. Bahkan pengundi Permatang Pasir disalahkan kerana menolak pembangunan dan layanan "anak emas". Corak kempen PAS yang menyentuh peribadi calon BN juga disalahkan. Malah dah ada pulak "pengundi hantu". Sblm ni pembangkang dah lama bising pasal "pengundi hantu" tapi ditepis dengan kononnya ketelusan SPR.

Begitulah lumrahnya....apa yg dibuat pembangkang @ Pakatan Rakyat salah dan dakyah politik tapi...apa yg BN buat, benar belaka. Rakyat dah muak...takkan tak sedar lagi. Akhirnya.....nak berkuasa punya hal, suara rakyat diketepikan dengan pelbagai cara.....lu fikirlah sendiri.

BIRTHDAY AUNI

JUADAH BERBUKA & CELEBRATE BIRTHDAY AUNI

Semalam sebenarnya Ulangtahun Kelahiran yg ke 2 bagi Puteri Bongsu ku (laa..ni), AUNI NABIHAH. Oleh kerana puasa so we all celebrate time buka. Sempat gak cari kek untuk si Bongsu ni (laa..ni). Kemudian melayan kan Amir lak, cari lee ayam golek.

AKSI AUNI MEMOTONG KEK

Mak Tok bebudak tu lak buatkan Laksa Johor Special dari spaghetti. Bukan apa, orang umah aku teringin sangat. Biasa daa makan Laksa Johor, cuma kali ini nak tambah ummph gunakan spaghetti.


LAKSA JOHOR SPECIAL RESEPI BONDA
AYAM GOLEK CAHAYA MASAI
KUIH NI SPECIAL SBB AMIR TOLONG BUAT
BIRTHDAY CAKE
So majlis berbuka malam tadi meriah dgn makanan...buat doa selamat sikit. Syukur bertambah setahun usia si Auni, dah bertambah akalnya. Bertambah gak nakal dan ngada-ngada nya. Almaklum....nak dapat adik...

Selasa, 25 Ogos 2009

PERMATANG PASIR

Hari ini, hari pengundian di Permatang Pasir. Kita tunggu dan lihat keputusannya. Sepanjang kempen....mcm2 yg diperhebah , diperdebat dan didedahkan. Tak kurang juga kes ADUN keluar parti, ADUN kena "gantung", Tok Guru diperlekeh, MB dituntut hutang, calon x amanah dan paling hangat mantan model nak kena sebat. Aku tak tahu laa kalau-kalau semua peristiwa itu ada kena mengena dgn pilihanraya kecil Permatang Pasir. Namun yang pasti ia akan mempengaruhi corak pemilihan rakyat Permatang Pasir. Moga 'mata' mereka celik dan tidak terpedaya dengan dakyah dan tipu helah politik.

Namun yg paling untung apabila penduduk Permatang Pasir dapat title anak emas Kerajaan Pusat. Malanglah penduduk tempat lain di anak tiri lah lepas ni. So doa ku.....moga bijak-bijak lah akal fikiran penduduk Permatang Pasir sewaktu memangkah....amin!

PUASA...


Alhamdulillah....MOHAMMAD AMIRUDDIN , hero aku no 3 nie mula berpuasa tahun nie..Walaupun baru berumur 4 tahun, dia dah puasa penuh sampai petang, tak de setengah-setengah...Hari ini 4 Ramadhan, maka dah 4 hari dia puasa. Hero ni memang gentle....sampai laa nie tak de sibuk mengaduh sakit perut @lapar. Cuma bila pukul 3 ptg ke atas, kena laa melayan dia dgn mcm2 xtvt. Main game laa...tolong mak nya masak buka laa...or merewang kat bazar Ramadhan. Kalau x, sibuk boring...katanya.

MERDEKA

Tanggal 31 Ogos semakin hampir. 52 tahun kita merdeka. Namun...pada tahun ni, kehangatannya kurang dirasa. Adakah demam KEMERDEKAAN bermusim.? Atau masing-masing dikuarantin dek takutkan H1N1?? Ke mana menghilang patriotisme...Adakah JALUR GEMILANG juga kehabisan stok seperti gula? Atau masing-masing lebih sibuk dengan topeng penutup muka?
Aku masih tak nampak kibaran bendera di rumah-rumah atau mana-mana premis perniagaan...Aku masih tak nampak kereta-kereta yang dihias Jalur Gemilang....Rabun kah aku? Atau patriotisme juga berpuasa?

MARHABAN YA RAMADHAN

setelah semusim menanti,
kini ia kembali lagi,
mengisi kekosongan hati.......
menginsafi kekurangan diri...
menambah kemanisan iman...
menebus kesalahan perbuatan...

yg kotor disucikan..
yg hitam diputihkan,

cari...
kenali...
hayati...
dan syukurilah..

tibanya Nur barakah malam 1000 bulan

p/s bukan ciptaan aku tapi sms pilihan yg diterima tatkala Ramadhan menjengah

SEBELUM RAMADHAN MENJENGAH 2

Seminggu sebelum Ramadhan menjengah...aku bawak family gi shopping sikit kat UO Pusat Bandar PG. Sajee...nak release tention dah abis exam OUM. Lagi pun malas nak shopping time dah puasa nanti...Bukan main suka lagi anak-anak aku..dah lah tu tengah sale lak. Apa lagi...rambang bijik mata. Sedar-sedar RM400 plus...abis. Tu baru baju anak-anak je...masing-masing dpt lah 2 pasang termasuk baju melayu...mak bapak dia??? telan air liur jee..ada rezeki, ada lee...


RM400 plus...melayang..

Isnin, 24 Ogos 2009

SEBELUM RAMADHAN MENJENGAH...

Dah masuk hari ke 3 , kita mengecapi Ramadhan. Maaf le, agak lama x update blog nie. Almaklum...sibuk nak exam satu hal, server down pun satu hal. Entah kenapa...2,3 hari nie, susah lak nak melayari internet. Apatah lagi nak update blog. Alhamdulillah.... la nie lancar jee.
Sehari sblm Ramadhan, aku makan tengahari kat umah mak. Bawak sekali ikan terubuk jeruk yg aku kirim member dari Sarawak. Apa lagi...mak aku pun goreng jee ikan tu, kemudian perah dgn limau nipis. Goreng lak dgn cili dan bawang merah. Puh...kow-kow rasanya. Nak kata masin, tak lah jugak tapi ada ummph....

Ini lah dia ikan terubuk jeruk sarawak

Dua hari sblm Ramadhan menjengah, kat sekolah aku diadakan Solat Hajat Perdana bagi mengelakkan penyakit H1N1. Bukan apa sebagai salah satu usaha bagi kita mengharap keredhaan Illahi. Alhamdulillah cuaca turut sama merestui usaha murni. Tahniah kepada kekawan Ustaz yg merealisasikan niat yg murni ini. Mudah-mudahan doa kita semua dimakbulkan dan dipenuhi hasrat nan suci ini. Dijauhkanlah hendaknya virus tersebut ke atas kita warga SKTPR. Lebih-lebih lagi situasi agak meruncing laa ni...

Suasana Solat Hajat Perdana H1N1 di SKTPR

Sabtu, 22 Ogos 2009

TATKALA RAMADHAN MENJENGAH...

Tatkala 1 Ramadhan 1430 menjenguk ....Alhamdulillah, dipanjangkan usia bg mengecapi kenikmatan Ramadhan dan mengejar habuan yg dijanjikan Allah. Aku nyambut Ramadhan di rumah mertua kt Parit Sulong ,Batu Pahat. Namun...blm tiba Ramadhan, dah ada dugaan menanti. Perjalanan ke Parit Sulong yg biasanya hanya 2 jam, menjangkau hingga 4 jam. Semua gara-gara ramai nak balik kampung. Lebih-lebih lagi cuti sekolah 10 hari termasuk Hari Kebangsaan. Tention gile bila drive tersenggut-senggut. Perut dah lee berkeroncong. Bergerak dr PG jam 5.30ptg, jam 7.15 baru sampai Tol Skudai.
Que dah masuk 3 line....tention!
Arghh....senggut-senggut
So kebulur punya pasal, singgah kat ESSO Tol Skudai. OK gak makan kat cafe dia. Pekena nasi ayam...anak2 lak mintak hot dog, org umah makan ayam madu ladahitam... hilang lah tention tuu. Sampai Parit Sulong 9.30 mlm. So Terawih pertama 1430 buat bersendirian kat umah....

Cafe ESSO on the run

Selasa, 18 Ogos 2009

ANGIN....!!!

Tak pasal-pasal....angin satu badan. Hero yg nombor 2 mula buat hal. PANJANG TANGAN!! Dapat kantol kan dia...amik duit kawannya. Teruk kena kerjakan....anak orang lain pun kalau buat hal, memang aku kerjakan...apatah lagi anak sendiri. Saja...nak mencabar.Dah tau bapak dia guru disiplin, dia buat hal pulak. Dah lah tu buat kes kat sekolah lak. Memang lee........... merayu-rayu , tobat tak nak buat lagi. Tak kira...memang aku balun sampai dia ingat...
Dah lah tuu, pandai lak buat fitnah ttg abang dia...eeeeeee gerammm!!

Jumaat, 14 Ogos 2009

ALFATIHAH....

Semalam negara telah dikejutkan pemergian ke rahmatullah, Ustaz Asri RABBANI. Allahyarham yg pengsan sewaktu sesi latihan di ANGKASAPURI, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Aku agak terasa kehilangannya....hilangnya permata yg amat berharga. Lebih-lebih lagi suaranya yg lunak tatkala mengalunkan nasyid, zikir dan juga azan telah sebati dlm kehidupan aku dan keluarga. "suara" nya telah menjadi teman sejak aku bersekolah menengah lagi dan berkesinambungan tatkala di maktab hinggalah kini. Aku mengenali "suara" nya sejak beliau dalam AL ARQAM dengan kumpulan NADAMURNI. Kaset-kaset nya yg indie pada waktu itu, menjadi teman tatkala keseorangan. Lebih-lebih lagi pada waktu itu untuk mendapatkan hiburan altenatif islam agak sukar. "Suara" nya bersama kumpulan telah mendedahkan aku dengan nasyid katemporari.

ALLAHYARHAM bukan sekadar berterampilan Islamik, bahkan juga tinggi pengetahuan agamanya. Senyuman sentiasa terukir tatkala meluahkan bicara. Pasti lagu-lagu yang didendangkan menjadi ingatan nostalgia...bahkan membawa kesedaran bermakna. Kita bukan sahaja merindui nyanyian beliau, tetapi juga alunan zikirnya, gemersik azannya serta kelunakan takbir raya nya..

ALFATIHAH....



Semalam jua aku dikejutkan dengan kematian anak jiran ku....anak jiran yg sebaya anakku yg ke tiga iaitu 4 tahun, meninggal kerana dilanggar van sekolah kakaknya di hadapan rumah. Betapa pilunya keluarganya melihat anak pergi dahulu dari mereka dalam keadaan tragis. Jenazah nya selamat dikebumikan malam tadi selepas disembahyangkan di surau taman. Moga keluarganya tabah menghadapi dugaan di ambang Ramadhan ini.
ALFATIHAH....

Rabu, 12 Ogos 2009

PUISI..

Aku teringat time form 6 kt EC dulu...aku n members rajin laa gi library awam kt Larkin ,JB. Aku tertarik pd satu puisi yg simple....tp aku lupa lak penulisnya. Kalau x silap aku , camni bait-baitnya:

SAHABAT

Teman....
kita sering bertemu

tapi....
kita tak pernah berkenalan


mendalam apa yg tersirat...

MAKAN TIME..

Semalam kena gi kursus ttg SISTEM DATA baru yg perlu digunapakai...so org umah aku x masak lee. Jenuh....time kursus mmg disediakan makan tapi aku nie lak jenis org plg last que utk amik makan. So dah x de rezeki, makanan dah abis...nasib baik bekal roti anak bawak ada lagi. Sentallll....
Oleh kerana siang x puas makan dan kebetulan abang ipar aku dtg mlm tadi, org umah ajak makan kt luar. Risiko tuu..lebih2 lagi wabak H1N1 tgh berleluasa. Tapi makan punya pasal....hentam jee. Kita makan restoran pantai timur kat tmn sebelah...ada member gelar restoran nie, RESTORAN HUJAN LEBAT..bcause ada history nya.
Aku order MEE HONG KONG sbb bg aku kt sini lah plg kow-kow, org umah lak order NASI GORENG CENDAWAN. Yg bagus nye, cepat siap.... so kat bwh nie lah rupa juadah yg kita org melantak mlm tadi...
MEE HONG KONG

NASI GORENG CENDAWAN

Isnin, 10 Ogos 2009

CUTI YG BERRKUALITI

Hujung minggu yg lalu, agak penuh jadual harianku....pada Sabtu, exam kat OUM; ptg nya balik kampung kat Pontian krn ada kenduri Aqiqah anak pak cik. Then pada pagi minggu lak berkejar balik ke PG b'cause orang umah teringin nak nengok PERTANDINGAN PANCARAGAM SEK.MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN yg diadakan di STADIUM PERBADANAN PASIR GUDANG. Turut ikut dua hero-hero ku yg sulung dan yg ke-2 .

Seronok gak tgk pancaragam sekolah nie...bukan apa tersirat kesungguhan, komitmen, bakat dan disiplin tinggi bg mempersembahkan aksi mereka. Negeri Johor diwakili oleh Sekolah Tun Fatimah (STF) yg memang sinonim dgn pancaragam negeri Johor. Malangnya gagal mendapat sebarang kedudukan dlm pertandingan nie.




AKSI MENARIK DR JOHAN PANCARAGAM KEBANGSAAN




AKSI SALAH SATU PASUKAN YG MENGAMBIL BAHAGIAN



SUASANA DI LUAR STADIUM PERBADANAN PASIR GUDANG

Selesai jee pertandingan pancaragam nie, perut aku dah mula buat hal. Almaklum...gastrik, mana boleh tak isi. So, dek kerana anak yg sulung teringin makan kt Kenny Roger's, maka ke situlah destinasi we all.
MENU KENNY ROGER'S



AKSI 2 HERO DI HADAPAN JUADAH KENNY ROGER'S

Khamis, 6 Ogos 2009

PERSOALAN NISFU SYA'ABAN

PETIKAN DR BLOG MEGASUTRA

Apabila memperkatakan tentang bulan Sya’ban, maka tentu sekali tarikh 15 Sya’ban atau juga lebih di kenali sebagai Nisfu Sya’ban akan bermain-main di fikiran masing-masing. Pada tarikh ini atau lebih spesifik pada waktu malamnya dianggap sebagai satu malam yang memiliki kemuliaan khusus sehinggakan rata-rata umat Islam di Malaysia mengadakan amalan-amalan tertentu seperti melakukan solat malam yang khusus, berpuasa pada siang hari, membaca surah Yassin sebanyak 3 kali dan diselang-selikan dengan doa-doa tertentu.

Ada juga yang beranggapan pada malam inilah diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara berhubung dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, untung rugi dan lain-lain atau dikenali sebagai al-Qadr.

Melalui artikel ini, penulis akan cuba mengutarakan beberapa perkara yang sering diperdebatkan tentang Nishfu Sya’ban seperti:
1. Status Hadis Tentang Nisfu Sya’ban
2. Amalan-amalan Khusus Sempena Nisfu Sya’ban
3. Benarkah al-Qadr Itu Jatuh Pada Malam Nisfu Sya’ban?

STATUS HADIS TENTANG NISFU SYA’BAN
Hadis-hadis yang membicarakan tentang Nishfu Sya’ban kesemuanya berstatus daif (lemah) dan maudu’ (palsu) kecuali terdapat sebuah hadis menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h adalah sahih daripada Nabi s.a.w, iaitu riwayat yang diterima daripada Mu’az bin Jabal r.a yang berbunyi:"ALLAH memerhatikan kepada makhluk-NYA pada malam Nisfu Sya’ban lalu DIA memberi keampunan kepada semua makhluk-NYA kecuali orang musyrik dan orang yang suka bergaduh." – Hadis riwayat Ibn Abu ‘Ashim di dalam Kitab al-Sunnah, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid.

Oleh itu, sekiranya kita ingin termasuk di kalangan orang diberi keampunan oleh ALLAH pada malam Nisfu Sya’ban, kita hendaklah termasuk di kalangan orang yang tidak melakukan perbuatan syirik serta menghindari sifat suka bergaduh.Namun, seharusnya kita sedari bahawa ALLAH juga turun ke langit dunia setiap hari pada sepertiga akhir malam.Sabda Rasulullah s.a.w:"TUHAN kita Tabaraka wa Taala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. ALLAH berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-KU, pasti AKU akan memakbulkannya; sesiapa yang meminta kepada-KU, pasti AKU akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-KU, pasti AKU akan mengampunnya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1145.

Oleh itu, sewajarnya kita mempertingkatkan amal ibadah yang benar-benar sahih daripada Nabi s.a.w sepanjang masa. Sewajarnya kita tidak hanya menunggu hari-hari tertentu atau malam-malam tertentu seperti malam Israk dan Mikraj atau Nisfu Sya’ban melainkan terdapat dalil yang sahih menunjukkan pada malam tersebut sememangnya memiliki fadilat-fadilat tertentu seperti bulan Ramadan dan malam lailatulqadar.

Amalan-amalan Khusus Sempena Nisfu Sya’ban
Sekiranya kita perhatikan hadis sahih tentang Nisfu Sya’ban yang telah penulis ketengahkan di atas, kita dapati ia tidak menganjurkan upacara-upacara tertentu mahupun ibadah-ibadah khusus sempena Nisfu Sya’ban.Oleh itu, amalan-amalan khusus pada hari Nisfu Sya’ban seperti berpuasa, solat pada malamnya, membaca surah yasin sebanyak 3 kali, doa-doa tertentu dan lain-lain bukanlah amalan yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w mahupun para sahabat.Sekiranya amalan-amalan khusus pada malam tersebut memiliki keutamaan yang tinggi serta memberi manfaat yang besar kepada umat Islam pasti baginda serta para sahabat akan mendahului kita dalam mengamalnya.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi:"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan mendirikan solat tertentu seperti yang kita lihat di sesetengah negara umat Islam.Bahkan di sesetengah negara, orang ramai berhimpun pada malam itu selepas solat Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yassin dan mendirikan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur dan dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia. Kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik daripada golongan salaf, iaitu para sahabat, tabi’in dan tabi’ al-Tabi’in.Ia satu doa yang panjang, menyanggahi nas al-Quran dan sunnah serta saling bercanggahan atau bertentangan makna… Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sesetengah negara orang Islam adalah bidaah dan rekaan semata-mata. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nas.Segala kebaikan ialah dengan mengikuti perbuatan salaf, segala keburukan itu adalah bidaah (rekaan) golongan selepas mereka (khalaf). Setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu membawa kepada kesesatan serta setiap yang sesat itu membawa ke neraka." – Rujuk Fatwa Mu’asarah karya Dr. Yusuf al-Qaradawi, jil. 1, ms. 382-383. Dinukil dari buku Membela Islam Tanggungjawab & Disiplin karya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Karya Bestari, Shah Alam (2006), ms. 95.

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:"Solat enam rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan niat menolak bala, panjang umur, untuk kekayaan dan juga membaca surah Yasin serta doanya merupakan hal yang baru dalam agama (bidaah) dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Syeikh Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, edisi terjemahan bertajuk Bidaah -Bidaah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta (2004), ms. 155.

Imam al-Nawawi r.h menyatakan di dalam Kitab Majmu’ Syarh Muhazzab:"Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib, iaitu 12 rakaat yang dilakukan antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama dari bulan Rejab dan solat Nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat, kedua-dua solat tersebut adalah bidaah yang mungkar. Oleh itu, janganlah terpedaya kerana kedua-duanya disebut di dalam Kitab Qutub al-Qulub dan Ihya’ Ulum al-Din dan jangan terperdaya dengan hadis yang disebut di dalam kedua-dua kitab itu kerana semuanya adalah batil belaka." – Rujuk Amalan Bidaah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan karya Dr. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur (1995), ms. 106.

Setelah menyebut sejumlah ayat dan hadis serta pendapat para ulama tentang malam Nishfu Sya’ban, Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz r.h berkata:"Berdasarkan ayat-ayat, hadis-hadis dan pendapat para ahli ilmu di atas jelaslah bagi orang yang mencari kebenaran bahawa memperingati malam Nishfu Sya’ban dengan solat dan sebagainya serta mengkhususukan siangnya untuk berpuasa adalah bidaah mungkar menurut kebanyakkan ahli ilmu dan tidak ada dasarnya dalam syari’at yang murni, tetapi peringatan malam Nishfu Sya’ban ini terjadi dalam Islam setelah masa sahabat. Cukuplah bagi para pencari kebenaran mengenai masalah ini dan masalah lain melihat firman ALLAH:"Pada hari ini, AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, AKU telah cukupkan nikmat-KU kepada kamu semua dan AKU telah redha Islam itu menjadi agama kamu semua." – Surah al-Maaidah: 3.

Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesiapa yang melakukan satu amal (berkaitan agama) yang bukan dari suruhan kami, ia tertolak." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1718.

Dalam riwayat lain:"Jangan kamu semua mengkhususkan malam Jumaat untuk solat malam (qiamullail) antara malam lain dan jangan mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa antara hari lain kecuali puasa wajib." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1144.

Seandainya mengkhususkan malam-malam tertentu dengan ibadah itu dibolehkan, tentu malam Jumaat lebih utama untuk dikhususkan berbanding malam-malam lain. Ini kerana, malam Jumaat adalah hari terbaik sebagaimana terdapat di dalam hadis sahih.Sabda Rasulullah s.a.w:"Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Jama’ah, hadis no: 854.

Ketika Nabi s.a.w melarang untuk mengkhususkannya antara malam-malam lain, hal ini menunjukkan bahawa malam-malam lain walaupun dianggap mulia, juga tidak boleh dikhususkan untuk beribadah kecuali ada dalil sahih yang menunjukkan pengkhususannya." – Rujuk Kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya Syeikh Abdullah bin Abdul Azizi al-Tuwaijiry, edisi terjemahan bertajuk: Ritual Bidaah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta (2003) ms. 319-320.

Oleh itu, tidak ada amal ibadah yang perlu dikhususkan sempena Nisfu Sya’ban kerana tidak ada hadis sahih yang tsabit daripada Nabi s.a.w menganjurkannya.

Hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh golongan sebagai hujah terdapat amalan-amalan tertentu berkaitan Nisfu Sya’ban kesemuanya daif (lemah) dan maudu' (palsu) sehingga tidak boleh dijadikan hujah.

Tentang penggunaan hadis-hadis yang tidak tsabit daripada Rasulullah s.a.w, Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat telah menyatakan pendapat Imam Tohawi r.h di dalam kitabnya al-Masaa-il, jilid 1, muka surat 41:"Sesiapa yang menceritakan (hadis) daripada Rasulullah s.a.w atas dasar zon (sangkaan) bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w tanpa kebenaran. Justeru, orang yang menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w tanpa kebenaran, bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w secara batil. Manakala orang yang telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w secara batil, pasti dia menjadi salah seorang pendusta yang masuk ke dalam sabda Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 107:"Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku, dia hendaklah mengambil tempat tinggalnya di neraka."Dakwaan Ibn Rajab Menyokong Amalan Nisfu Sya’banTerdapat sesetengah pihak yang mempergunakan nama al-Hafiz Ibn Rajab r.h untuk menyokong dakwaan bahawa harus menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan amalan ibadah di masjid-masjid. Mari kita lihat apa sebenarnya yang diperkatakan oleh al-Hafiz Ibn Rajab r.h di dalam al-Latoif al-Ma’aarif, cetakan Darul Ihya al-Kutub Arabiyah, Kaherah, 1342 H, muka surat 144:Para tabi’in yangmenetap di Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain lagi mengagungkan malam Nisfu Sya’ban dan mereka bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya. Hasil usaha merekalah akhirnya orang ramai mengambil kemuliaan pengangungan malam Nisfu Sya'ban.Ada yang mengatakan bahawa masalah ini telah sampai kepada mereka (iaitu pengagungan malam Nisfu Sya’ban) beberapa hadis-hadis israiliyat. Ketika hal ini terbongkar di negeri itu, orang ramai berselisih pendapat dalam hal ini. Antara mereka ada yang menerimanya dan sepakat untuk mengagungkannya. Mereka ini adalah beberapa orang dari negeri Basrah dan selainnya. Sedangkan, kebanyakan ulama Hijaz seperti Atha’ dan Ibn Abi Malikah menolak pengagungannya.

Dinukil daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ulama fikah penduduk Madinah, iaitu pendapat sahabat Imam Malik dan lain-lain bahawa semua itu adalah bidaah.Para ulama Syam berselisih pendapat tentang cara meramaikannya. Paling tidak ia terbahagi kepada dua pendapat, iaitu:

1. Disunnahkan meramaikannya dengan cara berjemaah di masjid. Khalid bin Ma’dan dan Luqman bin Amir dan selainnya memakai pakaian terbaik, berbangga dan bermegah-megah untuk tinggal di masjid pada malam itu. Cara semacam ini disepakati oleh Ishak bin Rahawaih dan dia memberi komentar mengenai perayaan itu di dalam masjid, ia bukan termasuk bidaah sebagaimana dinukilkan oleh Harb al-Kirmani daripadanya di dalam Kitab Masail.

2. Berkumpul pada malam itu di dalam masjid untuk solat, membaca cerita dan doa hukumnya makruh. Tetapi, tidak makruh apabila seseorang mengerjakannya secara bersendirian. Inilah pendapat yang dipegang oleh al-Auza’i, imam penduduk Syam, orang yang fakih dan alim antara mereka. Malah, pendapat ini lebih menghampiri kebenaran. – Rujuk Kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry, edisi terjemahan bertajuk: Ritual Bidaah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta (2003), ms. 314-315.

Inilah antara kata-kata yang telah dilontarkan oleh Ibn Rajab r.h. Beliau hanya menukilkan beberapa pendapat ulama dan mentarjihkannya. Apa yang dapat kita fahami daripada kata-katanya ialah:

1. Amalan pengangungan Nisfu Sya’ban ini hanyalah amalan para tabi’in di Syam. Ia bukan berasal daripada Rasulullah s.a.w mahupun para sahabat.

2. Menurut Ibn Rajab, ada yang berpendapat mereka berdalilkan hadis-hadis israiliyat. Bolehkan hadis israiliyat di jadikan hujah untuk mensunatkan sesuatu amalan? Itu pokok persoalannya.Tambahan pula ulama-ulama hadis telah mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan tentang keutamaan malam Nisfu Sya’ban yang kemudiannya setelah ditahqiq atau dilakukan penilaian mengenai darjat hadis tersebut, mereka merumuskan bahawa tidak ada satupun riwayat sahih kecuali sebuah riwayat daripada daripada Mu’az bin Jabal r.a sebelum ini.Hadis tersebut tidak menunjukkan amalan tertentu sempena Nisfu Sya’ban. Sekiranya ingin diampunkan oleh ALLAH pada malam tersebut, kita hendaklah menjauhi perbuatan syirik dan jangan suka berbalah.

3. Amalan tersebut tersebut ditolak oleh jumhur ulama hijaz seperti di Madinah. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, majoriti para sahabat r.a menetap di Hijaz. Namun, tidak terdapat satu riwayatpun yang menunjukkan para sahabat dan tabi’in di Hijaz mengamalkan amalan seperti penduduk di Syam.

4. Tidak ada di dalam kaedah mana-mana mazhab bahawa amalan penduduk Syam boleh dijadikan hujah. Apatah lagi amalan tersebut maqthu’ (terhenti) kepada segelintir kecil tabi’in di Syam. Tambahan pula menurut kaedah Mazhab Syafie, amalan yang mauquf kepada sahabat tidak boleh dijadikan hujah. Inikan pula amalan yang hanya maqthu’ pada tabi’in. Oleh itu, kaedah dari mazhab mana yang dipakai untuk mensunatkan amalan tertentu pada malam Nisfu Sy’aban?

5. Ibn Rajab sendiri telah menguatkan pendapat bahawa meramaikan masjid dengan upacara-upacara ibadah sempena malam Nisfu Sya’ban hukumnya makruh. Pendapat ini juga dipersetujui oleh imam paling masyhur di kalangan penduduk Syam, iaitu Imam al-Auza’i r.h.

6. Keharusan yang diberikan oleh Ibn Rajab dan al-Au’za’i untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan ibadah secara sendirian juga tidak boleh dijadikan hujah kecuali didatangkan dalil tentang keharusannya. Tetapi, sememangnya hadis yang mampu dijadikan dalil tidak wujud. Walau bagaimanapun, harus meneruskan amalan-amalan sunnah yang sememangnya biasa dilakukan pada malam-malam lain seperti tahajjud, baca al-Quran, berdoa dan berzikir sama ada pada bulan Sya'ban atau bulan-bulan lain.

7. Ibn Rajab tidak menceritakan tentang amalan mengkhususkan bacaan Yassin yang diselang-selikan dengan doa-doa khusus sebagaimana yang biasa diamalkan oleh umat Islam di Malaysia.

8. Ibn Rajab juga tidak menceritakan tentang puasa Nisfu Sya’ban sebagaimana yang biasa diamalkan di negara kita.

9. Di dalam kitab yang sama, Ibn Rajab juga menyatakan bahawa solat malam Nisfu Sya’ban tidak ada dalilnya baik daripada Nabi s.a.w mahupun para sahabat. Tetapi, ia hanya tradisi peninggalan sebahagian tabi’in dari ulama fikah yang menetap di Syam.

Benarkah al-Qadr Berlaku Pada Malam Nisfu Sya’ban?
Al-Qadr bermaksud penetapan. Oleh itu, mereka yang beranggapan al-Qadr itu berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sebenarnya mereka mengandaikan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya akan ditentukan pada malam tersebut. Mereka menduga pada malam inilah diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara berhubung dengan kehidupan makhluk.

Mereka berhujah dengan Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba KAMI tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku." – Surah al-Dukhan: 3-4.

Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Sya’ban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih telah menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan malam yang diberkati itu adalah malam lailatulqadar.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan melalui cara apa engkau mampu mengetahui kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya sambil berkata:) Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya:"ALLAH berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman ALLAH di dalam surah al-Qadr:"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr." – Surah al-Qadr: 1.Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), dia hendaklah berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, (dia bolehlah berbuka kemudian dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.(Dengan ketetapan itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Malah supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah: 185.

Apa yang dapat diambil pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Sya’ban seperti yang diriwayatkan daripada 'Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatulqadar) adalah pada bulan Ramadan." – Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-‘Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137.

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:"Keyakinan bahawa malam Nisfu Sya’ban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah. Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya.

Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-'Arabi mengatakan bahawa firman ALLAH di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban adalah tidak benar kerana ALLAH tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Sya’ban.Tetapi, ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatulqadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh ALLAH di dalam surah al-Baqarah, ayat 185: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya. Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sangat bertentangan dengan Kitabullah dan sangat jauh terpesong dari isi kadungannya.Perlu kami ingatkan bahawa ALLAH sendiri telah menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Sya’ban." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156.

KESIMPULAN

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menetap amalan-amalan tertentu khusus pada bulan Nisfu Sya’ban dan penetapan segala urusan manusia (al-Qadr) juga tidak berlaku pada malam Nishfu Sya’ban. Pada malam Nishfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti bergaduh dan sebagainya.Oleh itu, kita hendaklah menanamkan kedua-dua sifat tersebut demi mendapatkan fadilat malam Nisfu Sya’ban, iaitu diampunkan dosa-dosanya oleh ALLAH.

Program-program sempena Nisfu Sya’ban juga seharusnya menekankan isu-isu berkaitan perkara yang boleh mencemari tauhid. Sedangkan, hal ini semakin berleluasa dan menular bagaikan wabak dalam kehidupan umat Islam seperti mempercayai bomoh, memakai tangkal, berdoa di kubur seseorang yang dianggap keramat, menganggap tokoh-tokoh agama seakan-akan maksum sehingga pendapatnya wajib diikuti walaupun bercanggah dengan nas, mempercayai ahli nujum, menyakini ramalan horoscope, Feng Shui dan banyak lagi.
Kita hendaklah memperbanyakkan ceramah-ceramah agama yang dapat membersihkan jiwa dari sifat-sifat keji seperti bergaduh, dengki, iri hati, khianat, busuk hati, sombong dan lain-lain agar kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni. Walaupun saban tahun kita menyambut kedatangan Nisfu Sya’ban, namun pencemaran tauhid masih berleluasa di kalangan masyarakat kita dan perasaan saling dengki, fitnah memfitnah dan bertelingkah pendapat tetap menjadi sifat yang sinonim dengan bangsa Melayu.

NISFU SYA'ABAN

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Selasa, 4 Ogos 2009

KENANGAN LALU

Tetiba jee aku teringatkan kekawan lama. X kira lah time sekolah ataupun time kat maktab. Mana agaknya mereka pergi...terus senyap tanpa berita, apatah lagi cerita. Pada hal duluuuu...kamceng bagai nak rak. Salah aku ke, yg tak contact diaorang???

Itulah lumrah hidup....sedangkan pantai lagikan berubah, ombak pula datang dan pergi. Teringat suatu ketika dulu....ada sorang kawan bertanya; aku nak jadi apa?? Ombak atau pantai?? Ombak setia mengunjungi pantai....pantai juga setia menanti kehadiran ombak. Aku tak kata apa kerana tak tau nak jawab apa...

Yang pasti kini...dah lama aku tak ke pantai untuk melihat ombak.

CUBAAN HIDUP BERKELUARGA

Semenjak dua menjak nie..banyak pula dugaan yg menimpa. Kekadang rasa tak tertanggung. Dan kalau diikutkan rasa, binasa jiwa raga. Moga Allah memberikan kekuatan kepada hamba Mu ini. Pastinya ada hikmah yang tersembunyi..... yang masih tak diketahui.

Kesian gak dgn anak2...jadi mangsa amarah x tentu hala. Pantang lah kalau silap... pang! Bab mendidik anak pun satu hal. Lembut sangat....naik tocang dan makin besar kepala. Keras sangat.....kesian gak, serba serbi dalam ketakutan. Merencatkan perkembangan mental lak.. tapi rasanya cara aku mendidik, sama mcm ibubabapa ku dulu. Relevan kah lagi? Apa-apa pun...ketegasan perlu dalam bab membesarkan anak nie. Lebih-lebih lagi bila dah nak masuk 5 nie. Kalau x tegas, susah lak nak control nantie. Lagi haru biru...bak kata orang,"melentur buluh biarlah dari rebungnya", so dari kecik laa nak kena tegas. Bila nak masuk remaja lak nanti, kenalah ubah pendekatannya. Lari rumah lak....

Tapi aku sgt2 bersyukur.....ada isteri yg penyayang dan ada ibubapa yg byk membantu. Moga dugaan ini mengajar lebih tentang hidup dn menjadikan aku golongan yg tahu bersyukur@ sedar diri............tau di untung .

Khamis, 30 Julai 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME....

laa...semalam birthday aku ghupanye....dah tua daa...36 thn dah dberi nikmat hidup. Moga aku diberi kekuatan dlm menempuh halangan serta rintangan bersama dugaan hidup. Alhamdulillah..hidupku semakin stabil, walaupun sesekali terkucil....bak kata org; mewah taklah tetapi senang...ada rumah, kereta, keluarga= isteri penyayang + 4 cahaya mata.

Sambutan birthday ku semalam....ala kadar jee@sederhana. Berkumpul di rumah org tua ku bersama ayah bonda dan keluarga adikku. Adik ipar ku masak special buat kami semua. Ayah pula bacakan doa selamat diiringi tahlil ringkas. Mudah-mudahan berkat doa semua, kebahagiaan dunia akhirat buat ku sekeluarga.....amin!
menu special birthday dinner

p/s: dpt hadiah special dr isteri tercinta

Rabu, 29 Julai 2009

RAMBUT LELAKI

Jom kenali lelaki melalui rambut mereka seperti biasa,jangan terlalu percaya dengan semua ini (SEKADAR HIBURAN)

RAMBUT LURUS-bijak,seorang yang happy,bergaya, cemburu dan berpotensi dalam bidang kesenian

RAMBUT KERINTING TEBAL-kurang bijak,degil, cemburu kuat,romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri.Tidak suka termenung

RAMBUT KERINTING NEGRO-bijak,ego,cemburu buta,romantik dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

RAMBUT IKAL MAYANG-bijak,berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka,banyak pergaulan dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu

RAMBUT HALUS/LEMBUT-bijak sangat,memilih, pemaaf,manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh

RAMBUT SIKIT-bijak,sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil

RAMBUT PERANG-kurang bijak,berfikiran terbuka,pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah

RAMBUT TEBAL-bijak,degil, cemburu,romantik ,kasar,banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang

RAMBUT KUSUT-sangat bijak,berfikiran terbuka,banyak pergaulan,garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

RAMBUT BERUBAN-kurang bijak,suka termenung,sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah sendiri

AKU + KAU +DIA = KITA

Kita sering melihat kekurangan dan kesilapan orang lain..tapi kita tak pernah memandang kelebihan dan kebaikan orang lain....dan kita juga tak pernah nampak dan sedar kesilapan serta kekurangan kita tetapi memperlihatkan kebaikan serta kelebihan yang kita ada. Itulah kita...telunjuk lurus menunding kesilapan orang, padahal kita lebih banyak silapnya yang tak pernah kita akui. Bagaikan sudah jadi kerja dan rutin setiap hari mencari salah dan silap orang sehingga kebaikan yang telah dilakukan terpadam hapus.

Kenapa tidak kita hanya memandang kebaikan dan kelebihan orang sahaja? Kenapa tidak kita melihat kekurangan sendiri sahaja?

Betulkah??...walau beribu kali kita membuat kebaikan tetapi sekali kita membuat keburukan, orang lain hanya akan memandang keburukan yg sekali kita buat tanpa memperdulikan kebaikan yg beribu kali kita buat???

Selasa, 28 Julai 2009

MUHASABAH

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalanharian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik ataubertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkinkita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hiduporang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yangterbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simatiselepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya)adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullahtelah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untukmeringankan kesusahan dan kesedihan mereka.. Keluarga tersebut telah ditimpakesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatirkalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atauharta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salamberisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nakdikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau iamenziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalaumenziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kendurikahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukanuntuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dansegak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebihkurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yangterbalik..

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nakmakan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkanyang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuanrumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangatmalas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah sepertiyang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihantetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumahorang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggidalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelumbertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuranberkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, makadibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankahamalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Makadihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak takboleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyenbaca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggupdibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Qurannak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidakdapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mestipergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturankerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetaptak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah dimintatapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukanmain lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yangdituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk oranglain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurangbahagia.

INFO

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti buah2an.

Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barliKamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.

2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanasKamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pearKata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susuSeorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.

5. Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomatoKamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu .Contohnya kundurKamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri

DUGAAAN....!

Entah tiba-tiba gastrik aku dtg balik. Perut sakit mcm nak pecah. Lambat makan jee, mulalah sakit. Terlebih makan pun sakit gak....rasa nak muntah, loya...tapi x leh nak muntah. Mlm tadi gi urut...buang angin dlm badan. Lepas tuu gi klinik, amik ubat gastrik. Blm masuk ubat, dah muntah....

DAPATAN DR BLOG GREENBOC

Setiap tahun, pada hari dan tarikh tertentu, patung besar di Taman Tasik Perdana, berhampiran bangunan Dewan Rakyat, akan menerima jambangan bunga untuk mengenang jasa patung-patung yang telah berjuang untuk negara. Setiap kali tiba pelawat rasmi kerajaan, patung-petung itu akan menerima jambangan bunga penghormatan. Walaupun perbuatan itu janggal, tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu dan ditolak bulat-bulat oleh Islam sebagai amalan syirik, namun kerana sudah dibudayakan, nampaknya sudah diterima rakyat. Kata orang yang tahu, sudah ada fatwa mengharamkan perbuatan itu, tetapi masih diteruskan kerana menghormati patung adalah sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.Adakah ini cocok dengan One Malaysia yang oleh seorang ustaz tentera yang jadi menteri dikatakan telah berfatwa memang One Malaysia itu cocok dengan Islam, ertinya mengikut ustaz ini One Malaysia itu serasi dengan Islam? Baik-baik bagi fatwa, tuan ustaz, supaya ustaz tidak keliru. Kami yang jahil tak mengapa kerana ramai tok guru yang boleh kami tanya fatwanya yang betul. Kalau ikut kata seorang tok guru, perbuatan tunduk hormat kepada patung di Tugu Negara itu samalah dengan Firaun menyembah patung-patungnya. Cuma bezanya yang disembah Firaun itu patung anjing, kucing, buaya, dan lain-lain yang dianggap mulia oleh Firaun. Pendahuluan ini penting kerana ada kaitannya dengan cerita berikutnya.Sekarang timbul cerita yang dibesar-besarkan, kononnya ada pemimpin PAS turut membakar lilin menghormati kematian seorang pekerja politik bukan Islam. Riuh seluruh negara mengecam dan mengutuk perbuatan itu. Seorang mufti dengan bangganya berkata para ulama dalam parti PAS membenarkan perbuatan melanggar akidah itu seperti tiada apa-apa, dibolehkan untuk kepentingan politik. Surat-surat khabar yang menggalakkan gosip, fitnah, pembohongan dan mengumpat, mengasak pembaca dengan tulisan-tulisan berapi-api mengutuk ulama dalam parti PAS. Kezaliman yang berlaku ke atas pekerja politik yang didapati mati terbunuh selepas disoal-siasat oleh SPRM jadi tidak relevan lagi bagi akhbar-akhbar ini, kerana yang paling penting ketika ini ialah seorang bekas MB dari parti PAS turut membakar lilin bersama-sama ahli DAP.Kesalahan itu sangat besar, tidak boleh dimaafkan, oleh itu, kata akhbar-akhbar ini, parti PAS mesti ditolak dalam PRU 13 nanti kerana mereka menerima perbuatan syirik untuk mendapat sokongan politik. Tidak seorang pun orang baik-baik ini, termasuk mufti, membangkitkan penyembahan patung di Tugu Negara. Perbuatan itu tidak syirik bagi mereka kerana dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia dan kerajaan sendiri sudah berbelanja banyak berhubung penyembahan patung di Tugu Negara itu. Sebenarnya orang tidak sedar, di bawah slogan One Malaysia, memberi penghormatan kepada pahlawan negara yang banyak berjasa itu merupakan salah satu amalan penting negara, oleh itu Tugu Negara bukan patung yang disembah, tetapi hanya batu-batu yang diukir berwajah manusia sedang mempertahankan negara.Kata kerajaan, rakyat sudah terima amalan itu sebagai amalan yang digalakkan dalam Rukunegara, oleh itu tidak timbul soal syirik atau tidak. Tidakkah dalam One Malaysia yang membenarkan perbuatan itu, meletakkan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi negara? Kata mereka, termasuk para mufti mereka, Rukunegara dan Perlembagaan Negara adalah lambang kekuatan One Malaysia, yang telah menerima kedudukan Islam sebagai agama orang Islam yang mendapat simpati kerajaan, oleh itu ditulis dalam Perlembagaan Malaysia bahawa “Islam adalah agama rasmi Malaysia”. Di mana pula ada tertulis membakar lilin itu sebahagian daripada amalan Perlembagaan Malaysia? Tidak ada, oleh itu perbuatan itu salah dan tidak patut diamalkan di Malaysia. Orang Islam ditegah membakar lilin atau membakar kemenyan bila ada kematian. - Mereka hanya dibenarkan membakar lilin bila api elektrik terputus. Tetapi perbuatan itu tidak diwajibkan, kerana tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia. Walau bagaimanapun, lilin yang dicucuk di atas kek hari jadi boleh dibakar dan dihembuskan sambil bertepuk tangan. Itu bagus kerana dibuat oleh PM sendiri dan para menteri, juga oleh budak-budak sekolah dan anak-anak kecil di tadika. Berasaskan hujah-hujah ini, sahlah membakar lilin yang dilakukan oleh Datuk Seri Muhammad Nizar bekas MB Perak itu bukan amalan Malaysia, oleh itu bertentangan dengan Perlembagaan, maka dengan itu tidak boleh dibuat oleh rakyat Malaysia kerana apa-apa juga niat hendak mengenang orang mati itu salah mengikut Perlembagaan dan semangat One Malaysia.Adapun membina tugu dan tunduk hormat kepada patung manusia yang tidak pun berwajah Melayu adalah amalan Malaysia dan sesuai dengan semangat One Malaysia yang mengikut fatwa ustaz menteri sesuai pula dengan Islam, yakni One Malaysia itu, yang menerima dengan baik pemujaan tugu dan amalan tunduk hormat kepada patung itu adalah sesuai dengan Islam dan telah pun dipraktikkan oleh Islam sejak sekian lama menurut pandangan ustaz menteri. Itulah ajaran para pemimpin UMNO yang telah memerintah Malaysia selama 52 tahun. -[24/7/2009] Mohd. Affandi Hassan

Jumaat, 24 Julai 2009

INGAT DAN PESAN

Hanya Ingin Mengingatkan. ....
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu:
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan- pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/ kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

waspada

Waspadalah terhadap website di bawah ini kerana ia adalah dakyah orang kristian yang telah mempersoalkan kebenaran al-Quran, Hadith dan Islam...

1)http://www.answering-islam.org/...
2)http://http/www.aboutislam.c...
3)http://www.thequran.com/...
4)http:/ /www.allahassurance .com...

Laman - laman tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi laknatullah telah menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam. Sekali lagi, mohon agar pesanan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara...Tegakkanlah agama kita.

Khamis, 23 Julai 2009

BERKIRA

Prinsip aku mudah....aku x pernah berkira dlm segala aspek; kewangan, pekerjaan, kerjasama, persaudaraan dan kemesraan. TETAPI.....jika pihak lain dah mula berkira dengan ku; maka aku akan LEBIH BERKIRA-KIRA dengan pihak tersebut. Dalam maksud lain aku mudah memberikan kerjasama meskipun terpaksa mengorbankan kepentingan diri, tetapi jika orang lain enggan memberikan kerjasama dgn pelbagai alasan; so jgn harap kerjasama aku di lain kali.
ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA.

DAPATAN E MAIL

Tertarik juga dengar ucapan berapi-api pemimpin PR di perhimpunan di Kelana Jaya baru2 ini berhubung dengan kematian Teoh Beng Hock.Hampir kesemuanya menuduh KESALAHAN MACC dan MENCEMUH PDRM dari menjalankan siasatan secara adil.Boleh dikatakan kesemua mereka adalah orang terpelajar dan matang dalam undang-undang negara. Setahu saya, pihak yang berwajib menyiasat sekiranya berlaku insiden dibawah kanun jenayah adalah PDRM sahaja, bukannya Imigresen, Kastam, JPJ, JPS, JKR dll. Namun jika ada pihak yang tidak puashati, mereka boleh mengupah penyiasat persendirian (PI), tetapi mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman bersalah SEWENANGNYA keatas mana-mana pihak sebelum Mahkamah mensabitkan kesalahan. Jika selepas siasatan mendapati salahlaku tidak berpihak dengan apa yang dikehendaki oleh PR atau melibatkan orang2 PR yang melakukan kesalahan, pimpinan PR ini sudah tentu akan mengatakan ini adalah satu konspirasi. Jika di tubuhkan Suruhanjaya Diraja,panel-panel yang dilantik sudah tentu tidak dapat berlaku adil kerana mereka tidak boleh lari dari memihak puak tertentu.Contohnya yang dicalon LGE iaitu Senator(DAP) Tunku Abd. Aziz. Begitu juga dengan hasil siasatan oleh pihak SUHAKAM kerana tidak dapat dinafikan beliau sebelum ini mendapat manfaat dari kerajaan...



So.....apa komen??? Aku hanya mencatat apa yg aku diberitahu......

SEIMBANG

Kerjaya perguruan ataupun seorang pendidik perlu ada keseimbangan kemahiran dalam segala aspek. Kesemua aspek tersebut dah didedahkan samada di IPT ataupun IPG. Justeru pelaksanaan di dunia sebenar pendidikan perlu diaplikasikan. Bukan tertumpu pada satu aspek semata sehingga mengabaikan aspek yg lain. Bahkan ia telah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara yg menjurus ke arah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Malangnya dalam 12 tahun berkecimpung di 'dunia' ini, keseimbangan kemahiran pada diri pendidik tidak ada. Ada yg mahir dalam pengajaran akademik tetapi lansung tak boleh bersukan. Ada yang mahir melatih aspek kesukanan tetapi "hancur" sewaktu pengajaran di dalam kelas. Ada yang mahir memberi motivasi tetapi penglibatan kokurikulum pasif. Ada yang mahir melatih persembahan pentas tetapi "buta" berkaitan perkhemahan. Ini belum lagi bab kerohanian......ada ustazah yg tak tahu dan tak mahu tahu bab sukan, perkhemahan, anugerah cemerlang....lebih buruk lagi tak tahu 'bukak' komputer.

Akibatnya, asyik melatih murid bersukan....kelas terabai. Asyik melatih murid tarian......murid lain berkeliaran. Asyik menyiap dan menghias pentas.....kelas tunggang-langgang. Pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yg sepatutnya. Siapa yg rugi? Adakah gaji yg dipeolehi, berkat?

Bukanlah ingin menyalahkan guru....tetapi kesimbangan perlu. Yg wajib, utamakan dulu. Bukan yg sampingan menjadi utama. Kalau bab ini dah diasing-asingkan, apatah lagi cara hidup. Jgn sewenangnya melabel orang lain sekular tetapi diri sendiri 'pincang'.

ISA

Mantan PM, Pak Lah membuat kenyataan agar memansuhkan ISA. Betul ke? ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri sememangnya banyak keburukan daripada kebaikan. Kebanyakan dapatan yg aku perolehi, byk buruknya. Memang lah buruk n teruk kalau tahan dan tangkap orang tanpa diberi hak sewajarnya, apatah lagi tanpa sebab. Dalam era sblm dan awal merdeka, memang sesuai Akta ISA dikuatkuasa. Tapi zaman dah berubah......

Mungkin.....mungkinlah, ia boleh digunakan seandainya yg menguatkuasakannya tidak menyalahgunakan. Malang seandainya, orang yg diatas menggunakannya atas alasan keselamatan negara tapi sebenarnya untuk menyelamatkan kedudukan politik yg tergugat. Ada beberapa suara yg mahukan ia dikekalkan tetapi perlu ada penambahbaikan serta disesuaikan mengikut semasa. So seperti yg pernah aku catatkan....semuanya bergantung pada niat. Niat baik, kebaikanlah diperolehi....tapi kalau niat buruk, ramailah yg menjadi mangsa. Seperti pisau....boleh diguna untuk memotong daging,ikan dan juga sayur tetapi boleh juga mencederakan diri sendiri , lebih buruk lagi untuk membunuh orang.

Rasa lebih elok mendengar dari mulut orang yg menjadi mangsa ISA........

Rabu, 22 Julai 2009

PEMIMPIN

Aku pernah terdengar dan terbaca.......'Ada orang memang dilahirkan sebagai pemimpin dan ada orang memang ditakdirkan sebagai yang dipimpin'. Tak ingat sumbernya dan tak pasti kesahihannya. Namun dari pemerhatian dan pengalaman, ada benarnya ungkapan tersebut. Ada orang memang dari kecil telah terserlah kepimpinannya. Bila memimpin, kredibilitinya juga menonjol. Memang mahir memerintah tapi tidak mudah menerima perintah/arahan. Ada orang pula memang ditakdirkan sebagai yang dipimpin. Akur menerima perintah/arahan. Tapi tidak mahir memerintah atau menjadi pemimpin. Sukar pula mengarah...sekadar pelaksana. Yg pasti keduanya saling memerlukan...Aku....aku berpegang pada maksud Hadis Rasulullah s.a.w.,"setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan ditanya oleh Allah tentang kepimpinannya di akhirat kelak"

PENDIRIAN POLITIK

Ramai member yg memperlekehkan pendirian aku berkaitan politik. Aku seorang pendidik kakitangan kerajaan n makan gaji dengan kerajaan Barisan Nasional , seharusnya menyokong segala dasar kerajaan . Memangkah BN sewaktu mengundi.....bersetuju segala yg di"lakukan" kerajaan BN. Lebih2 lagi dgn latarbelakang keluarga yg pernah memegang jawatan hingga peringkat Bahagian dlm UMNO............Aku juga dididik dengan pendidikan agama secukupnya. Ahli qariah masjid. Bersahabat dengan kekawan yg "islamik" semenjak di IPG lagi. Sering mendengar ceramah PAS. Pasti aku penyokong kuat PAS dan sealiran dgnnya.. Perwatakan dan penampilan pun, ada gaya Nasharudin. Memangkah PAS sewaktu mengundi....

Yg pasti ke duanya salah. Aku tidak pro mana-mana. Terpulanglah orang nak anggap apa...atas pagar? Tak de pendirian? Tapi yg pasti aku mengikuti perkembangan politik semasa. Undi aku rahsia...hak aku. Bak kata Tuan Guru Nik Aziz, "Pilihan raya bukan paksaan raya". So terpulanglah pada aku nak undi siapa. Istiharoh lah sebelum mengundi. Minta petunjuk Allah. UMNO or BN tak semuanya salah.....PAS atau PR tak semuanya betul......Bagi aku, kerajaan ditentukan oleh rakyat....bukan Raja, bukan Mahkamah, bukan parti mana-mana....so rakyat mesti bijak dalam membuat pemilihan...kelak menyesal 5 tahun...

ISLAM agama ku....so ISLAM cara hidupku....ada pula yg kata, aku ISLAM HADHARI....terserah apa org nak kata. Bila aku pakai serban, adakah aku PAS?? itu sunnah....tapi waktu ngajo x le pakai serban...dah etika..bila aku pakai songkok, adakah aku UMNO??? x semestinya..... semuanya bergantung pada niat. Tapi niat tidak menghalalkan cara....

Selasa, 21 Julai 2009

lawak sinis

Lawak nie dpt dr email yg baru diterima...renung2kan lah wahai pendidik....

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

BAJU RAYA

Si kecik nie....dah sibuk bergaya dgn baju raya. Mak Usu die yg tlg jahitkan. Baju 2 lebihan kain umi nya 2 raya nan lampau...kain lak lebihan langsir kakak Mak usu nya. Recycle lee kiranya. Bkn kedekut tapi jgn membazir....lawa gak anak dara aku nie...

SANDIWARA REALITI

Ada member suruh komen ttg kematian TEOH yg sdg diperhebohkan pelbagai pihak..ni dah masuk bab politik. Aku x berani nak komen byk (penakut?), nnti x pasal2 kena saman. So sebagai warganegara yg merealisasikan ikrar RUKUN NEGARA, aku patuh pada arahan pihak berkuasa agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan komen n pendapat. Biarlah PDRM membuat siasatan setulus dan setelusnya. Wait n see....

MU MNG LAGI..

Dah agak daa...MU menang lwn M'sia....2-0....mcm x mlwn jeee. OK laa drpd 6-0.. kira x malu laa MU...x malu laa M'sia...win-win situation...(bukan apa, kutuk M'sia lebih-lebih, nanti x patriotik lak...wah..kah.kah)

SPAGHETTI

Cuti-cuti nie, tetiba jee org umah tersayang teringin nak makan spagheti. Mana nak cari pagi2... nak masak? kirim salam laa..dah lah bahan x de, kite nie mmg "bercinta" sikit tang masak memasak. Nak cari kedai makan western, blm ada yg bukak pagi2 minggu nie. Nasib baik teringatkan Pizza Hut yg ada menu spaghetti, so dlm pkl 10 pegilah ke Pizza Hut (promote nie x de komisen ke)...tercapailah hasrat org umah tersayang nak makan spaghetti..nasib baik ada Pizza Hut (promote lagi)Errr......Pizza Hut nie Yahudi X??
berselera menikmati speghetti...x toleh kiri kanan daa..

spaghetti Pizza Hut

PATAH TANGAN




Subhanallah...x pasal-pasal permata hati yg sorang nie masuk wad. Gara-gara terlebih aktif... tengah 2 ari buta, sibuk main basikal....jatuh, dah patah riuk. Nasib baik kat siku sikit...dan nasib baik gak ada polisi insurans ( rujuk http://rahman-ge.blogspot.com) .. kalau x terbang RM5k utk membetulkan balik tulang yg patah dan tergelincir ..lepas ni kena cari gak tukang urut tradisional. Bukan ape, cepat sikit pulihnye.... 1 hari 1/2 kat wad..operate sikit .Dah boleh balik daa.. cobaan.!!!

Ahad, 19 Julai 2009

PILIH KASIH

Tahniah buat Rosyam Nor kerana menerbitkan rancangan realiti yg mencungkil bakat baru dalam lakonan..setiap minggu berbeza persembahan sama ada teater atau pun drama, ...akhir lak menjurus ke filem. Tahniah.... namun agak malang apabila siaran rancangan ini tidak dipromosi sepenuhnya....padahal gandingan kerjasama mantap bersama RTM n TM, pasti boleh menjadikannya rancangan sebutan ramai...tapi masih ramai tak tahu kewujudannya PILIH KASIH....secara peribadi , aku lebih suka PILIH KASIH daripada ANAK WAYANG....tapi, orang lebih tahu ANAK WAYANG drpd PILIH KASIH. Kenapa iye??

MU NYARIS MALU

Semalam 18 Julai 2009, tlh berlansung perlawanan persahabatn antara pilihan Malaysia dengan Manchester United (MU...red devil). Keputusannya MU menewaskan M'sia ...3-2. Tahniah buat pasukan M'sia yg telah menunjukkan semangat melawan, meskipun kalah. Namun...secara moralnya menang!!! Akan tetapi...ada beberapa perkara yg menjadi tandatanya....???
  • Adakah M'sia akan menampilkan prestasi yg sama pada perlawanan ke 2 pd 20hb nie? (Biasanya bila dh kena puji, menjunam terus prestasi)
  • Adakah MU menunjukkan prestasi yg sebenar atau sekadar suka-suka?
  • Adakah penyokong MU yg bersorak ketika bola masuk ke gawang M'sia, tiada rasa patriotisme?

apa-apa pun TAHNIAH MALAYSIA....!!! (patriotik kah aku?)

Khamis, 16 Julai 2009

PPSMI

Tahniah diucapkan kpd Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berani mengambil keputusan untuk memansuhkan PPSMI. Meskipun ramai yg membantah termasuk lee mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad; langkah pemansuhan secara beransur ini adalah tepat. (pendapat laa..). Mungkin benar, ramai student U yg lemah dlm BI kerana gagal menguasainya sejak di bangku sekolah,...tetapi adalah malang jika ramai pelajar yg gagal masuk U kerana gagal dlm MATEMATIK n SAINS lantaran tidak kuasai BI...justeru, langkah yg lebih baik spt yg dirancang skrg iaitu menambahbaikan pengajaran n pembelajaran subjek ENGLISH itu sendiri. Bila ENGLISH dh expert, apa istilah pun x mendtgkan masalah...

KECUALI CINTAMU

Selalu gak tgk cerita bersiri nie kat ASTRO PRIMA. Saja..nak tgk lakonan mantap Mustafa Kamal, Nanu Baharudin n Haleeda. OK laa...gitu gak pelakon lain yg baru nak belajor berdrama. Tapi...yg dikesalkan adalah kurangnya sensitiviti pengarah n penerbit (ASTRO laa). Begitu bebas percampuran lelaki n pompuan yg bkn muhrim. Ada satu babak, si lelaki sewenang-wenangnya masuk ke dapur umah si pompuan , lalu memeluknya. Cam cerita barat lak....Tahu laa ia diadaptasi dari rancangan realiti negara lain, tapi takkanlah x peka dengan adat ketimuran n batas tatasusila di sini. Jgn kerana 1 Malaysia dijadikan alasan...campur gaul lelaki perempuan yg tiada pertalian darah.

Rabu, 15 Julai 2009

IKHLAS TAPI JAUH

ikhlas...itu lah sifat utama yg perlu ada dlm diri seorng pendidik yg dipanggil CIKGU. Namun amat malang apabila ia mula terhakis dlm diri seorang pendidik. Buat sesuatu atas dasar terpaksa ataupun dipaksa. Kerja kerana makan gaji. Lebih malang lagi apabila mula berkira dalam membuat kerja....yg bukan bidang tugasnya atau bukan kerjanya, lansung tak mahu ambil tahu...tapi bab gaji, nak cukup dan cepat selalu...malah ada yg dh ada title GURU CEMERLANG pn....berkira bab kerja..memang lah keluarga perlu diutamakan, tapi...tak boleh berkorban sikit kee..bila aktiviti sekolah jatuh pada hari SABTU dn AHAD, susah nak nampak muka. Kalu ada pn, jenguk sat jee, lps tu plg awal balik...lebih mendukacitakan apabila ditugaskan tidur sekolah..muka dh mula monyok.....yg heran nya, salah orang cepat jee nampak; kritik yg tak kena memanglah expert....sepatutnya sewaktu mengambil keputusan menceburi kerjaya PENDIDIK nie, dh tahu bidang dn pengorbanan yg perlu dibuat. Guru-guru spesies inilah yg menghilangkan kehormatan status GURU.

PENAWAR LARA


KELEBIHAN REJAB

1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu muliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari qiamat.(Al-HAdis)

2. Sabda Nabi S.A.W : Bulan Rejab bulan Allah S.W.T, Bulan Sya'ban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan umatku. (Al-Hadis)

3. Kemuliaan Rejab dengan malam israk mi'rajnya, sya'ban dengan malam nisfunya dan ramadhan dengan lailatul qadarnya.

4. Malam awal rejab mustajab doanya (Raudatu-Imam Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya (Al-Hadis)

6. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalanginya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)-(Al-Hadis)

7. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab bulan Allah.(Al-Hadis)

8. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan,kemuliaan) Huruf Ra - Rahmat, Jim - Judun(pemurah) , Ba - Birrun (kebajikan).

9. Rejab bulan menabur benih,Sya'ban bulan menyiram tanaman,Ramadhan bulan menuai.

10. Rejab menyucikan badannya,Sya'ban menyucikan badannya,Ramadhan menyucikan rohnya.

Isnin, 13 Julai 2009

my love..

permata hati anugerah Tuhan

am I in love???

Am I in love ?



When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person. But when that special someone is not around, you might look around to find them.
At that moment, you are in love.


Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.


Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of their safe arrival, your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.




If you are much more excited for one short e-mail from that special someone than other many long e-mails,
you are in love.



When you find yourself as one who cannot erase all the
emails or SMS messages in your phone because of one message
from that special someone, you are in love.



When you get a couple of free movie tickets, you would
not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love..



You keep telling yourself,
"that special someone is just a friend", but you realize that you can not avoid that person's special attraction. At that moment, you are in love.



While you are reading this , if someone appears in your mind,
then u are in love with that person...;))

Jumaat, 10 Julai 2009

KALUT

Kalut...kelam-kabut...serabut...pening...Itulah yg terjadi laa ni..minggu penuh keserabutan..dok sibuk Minggu Pendidikan Khas...kalut nak siap assgment OUM...salah faham dgn Pentadbir...pening dgn karenah permata hati..........mcm2 hal laaaaa...rasa 24 jam sehari x cukup..dah lah tuu, ada lak rakan sejawat yg dok jealous dan mencari kesilapan / kekurangan kite..manusia,manusia...silap org nampak jee tapi kekurangan sendiri x pernah nampak....mana pergi keikhlasan?!