Jumaat, 14 Ogos 2009

ALFATIHAH....

Semalam negara telah dikejutkan pemergian ke rahmatullah, Ustaz Asri RABBANI. Allahyarham yg pengsan sewaktu sesi latihan di ANGKASAPURI, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Aku agak terasa kehilangannya....hilangnya permata yg amat berharga. Lebih-lebih lagi suaranya yg lunak tatkala mengalunkan nasyid, zikir dan juga azan telah sebati dlm kehidupan aku dan keluarga. "suara" nya telah menjadi teman sejak aku bersekolah menengah lagi dan berkesinambungan tatkala di maktab hinggalah kini. Aku mengenali "suara" nya sejak beliau dalam AL ARQAM dengan kumpulan NADAMURNI. Kaset-kaset nya yg indie pada waktu itu, menjadi teman tatkala keseorangan. Lebih-lebih lagi pada waktu itu untuk mendapatkan hiburan altenatif islam agak sukar. "Suara" nya bersama kumpulan telah mendedahkan aku dengan nasyid katemporari.

ALLAHYARHAM bukan sekadar berterampilan Islamik, bahkan juga tinggi pengetahuan agamanya. Senyuman sentiasa terukir tatkala meluahkan bicara. Pasti lagu-lagu yang didendangkan menjadi ingatan nostalgia...bahkan membawa kesedaran bermakna. Kita bukan sahaja merindui nyanyian beliau, tetapi juga alunan zikirnya, gemersik azannya serta kelunakan takbir raya nya..

ALFATIHAH....



Semalam jua aku dikejutkan dengan kematian anak jiran ku....anak jiran yg sebaya anakku yg ke tiga iaitu 4 tahun, meninggal kerana dilanggar van sekolah kakaknya di hadapan rumah. Betapa pilunya keluarganya melihat anak pergi dahulu dari mereka dalam keadaan tragis. Jenazah nya selamat dikebumikan malam tadi selepas disembahyangkan di surau taman. Moga keluarganya tabah menghadapi dugaan di ambang Ramadhan ini.
ALFATIHAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan