Khamis, 23 Julai 2009

SEIMBANG

Kerjaya perguruan ataupun seorang pendidik perlu ada keseimbangan kemahiran dalam segala aspek. Kesemua aspek tersebut dah didedahkan samada di IPT ataupun IPG. Justeru pelaksanaan di dunia sebenar pendidikan perlu diaplikasikan. Bukan tertumpu pada satu aspek semata sehingga mengabaikan aspek yg lain. Bahkan ia telah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara yg menjurus ke arah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Malangnya dalam 12 tahun berkecimpung di 'dunia' ini, keseimbangan kemahiran pada diri pendidik tidak ada. Ada yg mahir dalam pengajaran akademik tetapi lansung tak boleh bersukan. Ada yang mahir melatih aspek kesukanan tetapi "hancur" sewaktu pengajaran di dalam kelas. Ada yang mahir memberi motivasi tetapi penglibatan kokurikulum pasif. Ada yang mahir melatih persembahan pentas tetapi "buta" berkaitan perkhemahan. Ini belum lagi bab kerohanian......ada ustazah yg tak tahu dan tak mahu tahu bab sukan, perkhemahan, anugerah cemerlang....lebih buruk lagi tak tahu 'bukak' komputer.

Akibatnya, asyik melatih murid bersukan....kelas terabai. Asyik melatih murid tarian......murid lain berkeliaran. Asyik menyiap dan menghias pentas.....kelas tunggang-langgang. Pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yg sepatutnya. Siapa yg rugi? Adakah gaji yg dipeolehi, berkat?

Bukanlah ingin menyalahkan guru....tetapi kesimbangan perlu. Yg wajib, utamakan dulu. Bukan yg sampingan menjadi utama. Kalau bab ini dah diasing-asingkan, apatah lagi cara hidup. Jgn sewenangnya melabel orang lain sekular tetapi diri sendiri 'pincang'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan