Selasa, 28 Julai 2009

MUHASABAH

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalanharian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik ataubertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkinkita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hiduporang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yangterbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simatiselepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya)adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullahtelah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untukmeringankan kesusahan dan kesedihan mereka.. Keluarga tersebut telah ditimpakesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatirkalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atauharta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salamberisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nakdikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau iamenziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalaumenziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kendurikahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukanuntuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dansegak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebihkurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yangterbalik..

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nakmakan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkanyang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuanrumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangatmalas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah sepertiyang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihantetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumahorang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggidalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelumbertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuranberkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, makadibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankahamalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Makadihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak takboleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyenbaca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggupdibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Qurannak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidakdapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mestipergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturankerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetaptak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah dimintatapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukanmain lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yangdituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk oranglain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurangbahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan