Sabtu, 29 Ogos 2009

KHARTIKA...

Entah kenapa.....tiba-tiba negara kecoh dengan tindakan berani bekas model perlancongan yang bernama Khartika ini. Tindakan berani dan pengakuan hebatnya yang rela disebat sebagaimana hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Syariah, menjadi bualan mereka yang berjawatan. Dan entah kenapa.....tiba-tiba juga hukuman sebat Khartika ditangguhkan oleh "tangan kuasa" atas alasan menghormati Ramadhan.

Entah kenapa......mereka yang tiada pengetahuan agama apatah lagi hukum syariah, memberi pandangan bagaikan pakar syariah. Pandangannya pulak seolah menempelak hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Syariah dan bagaikan memperlekeh kerelaan Khartika.......rasanya sama memperlekeh hukum Islam.

Entah kenapa......tiada diperhebahkan pula pujian dan kalungan tahniah buat Khartika yang sedar atas kesilapannya dan rela disebat di khalayak demi menyedarkan mereka yang seagama dengannya yang masih "mabuk". Entah kenapa....... orang Islam yang menjual arak kepada Khartika, orang Islam yang menjadi Tauke Arak hasil jualan kepada Khartika dan orang Islam yang memberi lesen arak bagi menjual arak kepada Khartika tidak dihukum sebat sama..???

Entah kenapa......baru sekarang baru diketahui negara tiada tukang sebat Syariah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan