Ahad, 6 Disember 2009

NUR KASIH

NUR KASIH....aku ingat aku dan keluarga ajee yg pengikut setia siri nie..Rupa-rupanya ia ditonton lebih 26 juta orang. Ramainya pengikut!!!! Itulah penangan Khabir Bhatia dan Mira Mustaffa. Lagipun tema dan jalan ceritanya memberi impak dan menggamit nurani hati kecil setiap manusia.
Lakonan Fizz Fairuz dan Remy Ishak amat mengagumkan. Watak antagonis dan protagonis mereka begitu mengesankan. Fizz Fairuz bukan sahaja bersahaja dengan watak hitam dan badut pada drama-drama lain, bahkan juga membuktikan peningkatan dalam menjiwai watak yang innocent. Begitu juga Remy Ishak yang rasanya telah menyaingi Rosyam Nor bagi dialog romantis.

Tiz Zaqyah dan Ummie Nadzirah juga harus diberi pujian lantaran menghasilkan watak Sara dan Nur yang sememangnya berbeza dari diri mereka yang sebenar.

Jalan cerita Nur Kasih seharusnya menjadi iktibar bagi setiap yang menontonnya. Pengajaran dan dakwah yang disampaikan secara tersirat sepatutnya membuka mata kita semua. Ujian dari Allah bukan sahaja untuk orang yang beriman, bahkan juga bagi mereka yang berpaling dari jalannya. Setiap kesabaran pastinya mendapat nikmat yang tidak terperi akhirnya. Dan perlu diingat...orang yang pada awalnya jahil dan sesat, tidak semestinya selamanya sesat. Begitu juga sebaliknya...
Aku rasa tak rugi kalau aku dapatkan DVD Nur Kasih nie yang sekarang di pasaran....Lebih-lebih lagi banyak episod yang aku miss masa bulan puasa hari tuu kerana tayangannya sama dgn waktu terawih...Ulangan pulak skrg nie sama dgn waktu maghrib dan isya'..
Apa-apa pun sememangnya hasil tangan Khabir Bhatia dan Mira Mustafa memang hebat seperti sebelum ni....Kekasihku Seru, Cinta, Sepi dll

Tiada ulasan:

Catat Ulasan