Khamis, 10 Disember 2009

NOSTALGIA 80an

Cuti-cuti nie tetiba teringat zaman muda2 dulu. Time kecik2 laa...terutama time sekolah rendah. Aku dulu disekolahkan kat SK Angkatan Tentera kat Kebun Teh, Johor (alaa skrg ni blkg Holiday Plaza JB). Dari Darjah 1 sampailah Darjah 6. Dulu exam paling penting time sekolah rendah adalah Penilaian Darjah Lima. Cam UPSR laa skrg nie. Darjah 6 betul2 honeymoon!!!



GAMBAR TIME DARJAH 2 CEMERLANG (1981)

Aku sekolah kat SKAT ni sbb bapak aku, askar. So dihantar laa kat sekolah nie dan keseluruhannya memang anak tentera tak kira pangkat apa. Tapi masa tu, aku ada rendah diri laa sbb kwn2 sekelas semua anak orang berpangkat...tak kira lah Major, Kolonel, Kapten dsb. Bapak aku lak cuma Last Kopral jeee masa tuu.

GAMBAR TIME DARJAH 3 CEMERLANG (1982)

Tapi yang plg best, sekolah aku tu laa satu2 nya sekolah yg ada kolam renang. Dalam seminggu, ada lah sekali waktu PJ kita orang belajar berenang. Dari Darjah 1 sampailah Darjah 6. Tapi yang heran nya sampai sekarang aku tak pandai berenang. Wah..kah...kah..!



GAMBAR TIME DARJAH 4 CEMERLANG (1983)

Kenangan lain yg best ialah rumah aku dgn sekolah jauh amat, so pergi dan balik sekolah aku naik trak askar khas untuk hantar dan ambik budak sekolah. Best woo naik trak ni. Macam2 trak aku naik,,,dari yg kecik (masa tu panggil relover) sampailah yg besar punyaaa.

GAMBAR TIME DARJAH 5 CEMERLANG (1984)

Aku juga masa tuu ada ramai kakak angkat woo. Dia orang belanja makan time rehat. Agaknya kesian tengok aku keding sangat. Kalau diaorang tengok aku skrg garenti terkejut sakan... Kalau tak salah aku kelas masa tuuu...CEMERLANG, MAJU, JAYA, USAHA, JASA.

Memang best era 80an nie...kalau ko orang terror, teka yang mana aku???

6 ulasan:

  1. waaa...aku x dapat la nk teka mana satu ko...haha

    BalasPadam
  2. dulu pn saye skolah sane gak...tp dr thn 95-2000
    tgok pic2 tu,tringt mse zmn skolah rendah...

    BalasPadam
  3. last aku darjah 6 maju tahun 1997...aku teringat cikgu razak yang ajar renanag...memang terkenang zaman tu....

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Dulu pernah sekolah di sana 1983 guru Cikgu RAHMAN KINTAL...Hidup lagi tak cikgu aku tu...Masa tu tinggal di kem majidee,bapak kerja Navy...hu hu...

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum..sy juga bekas pelajar skat..rindu sangat zaman sekolah dlu..

    BalasPadam
  6. Satu2 sekolah yg ada kolam renang

    BalasPadam