Selasa, 20 Oktober 2009

REHATKAN MINDA DI PORT DICKSON










Alhamdulillah...cuti Deepavali selama 4 hari lalu yang bermula 16 oktober 09 hinggalah 19 oktober 09, aku sekeluarga sempat gi bercuti bagi melapangkan kepala otak. Destinasi utama adalah di Tanjung Tuan , Port Dickson yang hampir dengan pantai Teluk Kemang. sambil-sambil tu sempat gak menjenguk sepupu di Teluk Kemang. Pelbagai cerita berkaitan pilihanraya kecil yang baru berlalu. Kebanyakannya memanglah tak tersiar di media massa arus perdana.



Bertolak pada petang Khamis, aku sekeluarga beserta ayah bonda menuju ke destinasi. Sebenarnya plan bercuti ni dah lama daa....rancang bersama members satu sekolah. Kita tempah rumah peranginan Persekutuan iaitu apartmen 2 bilik dengan kos RM40 dua hari satu malam. So we all tempah 3 unit untuk 3hari 2malam. Kira berbaloi laa...apartmen lak complete ngan peti ais, kelengkapan dapur dan pinggan mangkuk. Jimat la tuu.....lebih-lebih lagi bonda memang suka memasak.



kaum Hawa beramah mesra

kaum Adam berborak sakan sambil menikmati BBQ


BBQ yang well done


members tunjuk skill


Hari ke 2 iaitu Jumaat malam Sabtu, we all buat BBQ. Petang Jumaat anak-anak sempat mandi-manda kat pantai Tanjung Tuan yang memang hampir dengan apartment kami. Member-member sempat gi Muzium Tentera Darat dan beli bahan untuk BBQ. Berasap laa kawasan peranginan tuu dgn BBQ. Rupa-rupanya malam tu ada 2 lagi kumpulan buat BBQ.
Hari sabtu we all check out dan masing-masing ke destinasi tersendiri. Aku dan keluarga lak terus gerak ke Mantin untuk gi umah sepupu. And then gerak lak ke Semenyih , umah pak sedara yg jarang dikunjungi. Malam tu beraya area KL iaitu kat Keramat AU dan Datuk Keramat.
Hari Ahad gerak balik PG tapi singgah di Melaka iaitu Alor Gajah umah pak sedara sepupu, Tanjung Minyak umah sepupu dan Air Keroh umah sedara. Fuh....ambil kesempatan beraya sekali.....last minute raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan