Rabu, 14 Oktober 2009

AKU BUDAK MINANG...THE SERIES

Malam tadi tetiba aku terpanggil untuk menonton siaran di TV2, dan terus teruja dengan drama "Aku Budak Minang" yang pelakon utamanya Along "CHAMP" dan diarahkan oleh Zulkiflie M.Osman.

Sememangnya aku membesar dengan siri kartun "AKU BUDAK MINANG" yang diterbitkan dalam majalah kartun GILA-GILA. Siri kartun yang berbentuk penceritaan karya kartunis Ujang ataupun nama sebenarnya Ibrahim Anom ,itu seolah sebati dalam jiwa ku.. Bagaimana watak Ujang dianak tirikan oleh ibu dan adik beradiknya, karenah ACA adiknya yg 'istimewa', ANOR buah hati pengarang jantungnya , ATUK yg memang 'rock sporting' dan liku-liku hidup UJANG di kota raya , benar-benar 'dekat' di hati. Lebih-lebih lagi tatkala itu jiwa remaja yg memberontak seakan ada persamaan dengan jiwa UJANG.

Dek kerana kartun Ujang laa, aku meminati dan mengikuti perkembangan pelukisnya iaitu UJANG. Bahkan beberapa novel Ujang seperti JIBAM menjadi koleksi ku. Kartun ATUK dengan motor besarnya menjadi idola ku. Kartunis Ujang juga pernah menerbitkan majalah Humornya sendiri iaitu bertajuk UJANG gak. Malangnya dek kerana tipu muslihat perniagaan, beliau dikhabarkan disingkirkan. Akhirnya Ujang seolah bertukar arah...beliau tetap menerbitkan majalah ala-ala GILA-GILA dan UJANG tetapi lebih ke arah Islamik dengan judul LANUN. Banyak juga karya dan dakwah yang disampaikan menjadi bahan bagi ku di sekolah dan juga sewaktu sesi Tazkirah . Malangnya dek kerana intipati majalah LANUN yang banyak memanaskan kepala dan punggung pihak pemerintah, akhirnya ia telah "lenyap" di pasaran. Sejak itu Ujang seolah sepi dari arus perdana dan khabar angin mengatakan beliau juga hampir hilang ingatan. Sesekali berita tentang Ujang keluar di ruangan kaki pancing. Ujang juga merupakan pelopor kartun animasi sesudah Datuk Lat iaitu animasi Usop Sontorian...

Kini, karya beliau yang hampir menjangkau puluhan tahun diterbitkan dalam bentuk drama besiri. Mudah-mudahan akan ada kesinambungan dari karya Ujang yang secara peribadi aku nyatakan menyentuh hati dan perasaan...Dengo cite sedang dalam pembikinan...JIBAM THE MOVIE..caya laa.!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan