Sabtu, 6 November 2010

BN MENANG LAGI

Ya...seperti yang diumumkan semalam, BN menang dalam PRK DUN Galas dan Batu Sapi. Kemenangan ini sememangnya telah diramal oleh banyak pihak. Bukankah kedua-dua DUN ini kubu kuat BN. Meskipun DUN Galas pernah dirampas PAS, namun ia tetap kubu kuat BN lantaran pengaruh Ku Li .

Kemenangan ini juga telah diramal apabila melihat segala jentera media arus perdana diperkuda untuk kempen BN. Almaklum tampuk kerajaan dipegang oleh BN. Momokkan kebaikan dan timbusan keburukan BN dipampang saban hari. Sebaliknya paparan keaiban dan kambusnya kebaikan pembangkang terus menyerlah.

Kini, masanya untuk kita sama-sama lihat, apakah segala janji-janji yang ditabur akan ditunai? Andainya tidak tertunai, bibit-bibit kekalahan akan terserlah buat BN menjelang PRU kelak. Pengundi-pengundi di Kelantan telah diketahui amat peka, bijak dan sukar diramal. Kita akan lihat perkembangannya kelak.

Namun.....dari perspektif lain....setiap kali pilihanraya kecil diadakan, maka bertuahlah kawasan tersebut. Limpahan pembangunan dan pelbagai subsidi tercurah. Peruntukan tiba-tiba ada untuk pelbagai kemajuan dan kemodenan. Bahkan peniaga dan usahawan turut menerima tempiasnya meskipun tidak selalu. Lupakah...PRK ini diadakan lantaran kematian ADUN sedia ada? Satu kegembiraan menanti setelah perginya seorang ADUN......? Tidak terlampaukah andainya kelak setiap kawasan akan mengharap ADUN nya mati demi mengharap pembangunan dan subsidi dicurah demi kemenangan calon akan datang? Tidak mustahil bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan