Khamis, 22 Julai 2010

SUARA SI PACAL

Maaf....agak lama juga Blog ini terabai. Almaklum dok sibuk mengadap facebook..he..he..he..Sebenarnya banyak gak perkara yang nak dicoret..lebih-lebih lagi banyak betul isu2 yang menjerut hati jiwa raga dan perasaan. Isu yang menghakis duit poket pun banyak juga..Namun rasanya tak terluah semuanya....tak tercoret segalanya....tak terjangkau akal untuk memperkata segalanya...

Sekarang sedang hangat diperkatakan perpaduan melayu dan pelbagai saranan bagi menjalinkan kerjasama antara 2 parti yang majoriti nya orang melayu. Bagi ku seandainya ia berlandaskan keikhlasan demi melihat bangsa terus teguh....apa salahnya. Niat lillahi Ta'ala nescaya mendapat keberkatan Nya. Tetapi jika ia semata-mata berunsur politik yang mempunyai agenda terselindung muslihat berkepentingan sendiri, lebih baik tak payahlah diperdebatkan. Malangnya, hati orang kita tak tahu............mata jarang melihat udang di sebalik batu. Justeru, tawakkaltua'lallah dan istiharoh lah. Mudah-mudahan ada petunjuk dari Nya.

Masih lagi terasa kehangatan "penyelarasan" subsidi terutamanya gula ,gas dan petrol. Pihak yang berkuasa terus-terusan memaparkan promosi kebaikan penyelarasan subsidi . Antaranya demi kesihatan, kebaikan semua dan juga tumpuan subsidi pada aspek pembangunan dan pendidikan. Alangkah moleknya jika segala kebaikan-kebaikan itu benar belaka. Malangnya kenapa mesti RAKYAT DIDAHULUKAN??? Didahulukan menjadi mangsa dan didahulukan untuk berkorban, terkorban hasil daripada dikorbankan. Sepatutnya tidak timbul penarik balik subsidi terutama petrol kerana negara kita punya hasil petrol sendiri yang menjana pendapatan berbillion-billion. Adakah pengurusan kewangan negara yang tidak cekap puncanya.?? Seringkali dimomokkan harga petrol kita masih lagi murah berbanding negara lain yang bukannya ada hasil petrol pun... Banyak lagi aspek yang memusykilkan namun siapa lah kita, golongan marhain.......

Isu pemansuhan UPSR dan PMR juga masih lagi berbahang. Setahu patik pacal yang hina ini, telah lama ada cadangan pemansuhan konsep peperiksaan umum ini. Cuma ia belum diluahkan oleh individu yang ada kuasa, justeru terperam lah tanpa reaksi. Secara peribadi ianya mempunyai pro dan kontra. Namun amat mengecewakan tatkala mendengar reaksi seorang ahli politik yang tak relevan dan tak betul-betul cakap melayunya. "Jika UPSR dimansuhkan, guru-guru akan tidak berfungsi dan malas mengajar"adalah intipati reaksi ahli politik tersebut. Inilah pemikiran hasil daripada pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Dengan kata lain .....BANGANG! Lupakah beliau, peranan guru bukanlah sekadar mengajar tetapi juga mendidik.....membina negara bangsa daripada modal insan yang murni. Rebung yang ingin dilentur terus-terusan dilepaskan pada para guru SEPENUHNYA. Adakah pihak lain ada peranan lebih penting sehingga melepaskan 100% tanggungjawab itu dibahu para guru???

1 ulasan:

  1. salam....ulasan yg bermakna dan ikhlas....apa pun dlm konteks ni yg jd mangsa dan dimangsakan ialah guru2 n murid2 itu sendiri...menjadi bahan ujikaji n aplikasi dr org2 politik...

    BalasPadam