Jumaat, 28 Januari 2011

TENANG

Terlebih dahulu nak ucapkan Tahniah buat Abang Long Maarof kerana isterinya Normala Sudirman telah manjadi calon PAS bagi PRK DUN TENANG, segamat. Abang Long yang pernah jadi rakan sebilik waktu menuntut di IPG IBKL merupakan seorang yang tenang atau dengan lain perkataan "cool" . Penyabar dan tidak mudah melatah. Justeru pilihan pasangan hidupnya sememangnya telah dijangka budipekerti dan sahsiahnya.


Benarlah kata orang, cubit peha kiri; peha kanan terasa. Aku menjadi begitu panas hati dan membuak-buak kemarahan tercetus tatkala membaca komentar Presiden MCA dan juga beberapa pemimpin Cina BN berkaitan "sarung tangan" Normala. Bagi penganut Islam, sahsiah dan keperibadian Normala adalah murni, terpuji dan bersandarkan ajaran Islam. Bukankah haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim?? Justeru apa hak penganut agama lain mempertikai kewajaran tindakan Normala itu?? Tidakkah ada pihak bijak pandai agama dalam UMNO yang boleh menegur sikap pemimpin parti sekutunya itu?? Jika demikian benarlah kata orang; UMNO hanya menitikberatkan bangsa berbanding agama...Jangan kerana politik tergadai agama...


Tatkala ini isu INTERLOK masih hangat diperkata... Bagiku tiada isu sebenarnya dalam novel INTERLOK karya Sasterawan Negara itu... Kisah yang berlatarkan zaman sebelum merdeka dipaparkan dengan tulus dan jujur. Kalau nak diperdebatkan tentang keburukan sesuatu kaum yang didedahkan, bukan hanya kaum2 tertentu sahaja yang menjadi mangsa. Bahkan kepincangan sikap pada kaum melayu dan cina turut dikupas. Malangnya hanya satu kaum yang melenting lantaran penggunaan perkataan yang katanya menghina. Tak banyak mana pun perkataan itu diguna dalam INTERLOK. Lagipun perkataan tersebut bukan diguna sewenang-wenangnya. Ia relevan dengan peristiwa benar yang ingin dikisahkan dalam novel tersebut. Mengapa perkara yang tak sepatutnya jadi isu diperbesarkan?? Ada udang sebalik batu ??? Rasanya lebih relevan diharamkan filem Hindi dan Tamil dari ditayangkan di Malaysia lantaran aspek keganasan dan juga tiada nilai yang sesuai dengan masyarakat Malaysia...( meminjam kata2 pelakon Abu Bakar Omar)


Rasanya belum terlambat untuk ucapkan tahniah juga buat Datin Sri Rosmah Mansor kerana berjaya membawa rombongan pendidikan ke Oman dengan dibiayai sepenuhnya oleh kerabat diraja Oman... Betullah kata seorang sahabat ; alangkah bagusnya jika saya dapat membawa lawatan penanda aras pelajar saya ke sekolah tuan dengan dibiayai kos lawatan (makan, minum, penginapan dan pengangkutan)tersebut oleh pihak tuan......