Rabu, 24 Februari 2010

BIODATA RASULULLAH S.A.W

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul

akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
"Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahaiorang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya" (QS. Al-Ahzaab : 56)

Ahad, 21 Februari 2010

MAULIDUR RASUL

Al-Ahzab [21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Khamis, 18 Februari 2010

"MELAYU"

Sajak “Melayu”
Oleh Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Rabu, 17 Februari 2010

PI MAI-PI MAI TANG TU

Semalam Utusan Malaysia mendedahkan sifat kebudak-budakan PBT di daerah Selangor yang "membuang" papan tanda majlis PM yang meraikan Tahun baru Cina. Sikap PBT yang didalangi arahan kerajaan negeri itu dianggap mendedahkan sifat kebudak-budakan kerajaan negeri yang mengamalkan politik sempit....Justeru aku teringatlah pulak sikap kerajaan pusat yang pada suatu ketika mengarahkan Petronas mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubah logonya yang menyerupai simbol PAS. Samalah sifatnya...kebudak-budakan dan amalan politik sempit..PI MAI-PI MAI, TANG TU LAA..

Isu keengganan kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan Majlis Perarakan Maulidur Rasul masih lagi hangat diperkatakan. Semua yang mengeluarkan pandangan ada pendapat serta nas nya...Aku juga teringat, suatu ketika dahulu ketika Tun Dr Mahathir menjadi PM, ada beberapa tahun tidak diadakan perarakan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan...PI MAI- PI MAI, TANG TU LAA...

Di sini aku lampirkan pendapat Dr Mohd Asri Zainul Abidin ttg isu perarakan nie;

Rentetan daripada isu perarakan Maulidur Rasul yang timbul baru-baru ini, maka saya dengan ini mencadangkan agar semua agama tidak benarkan menggunakan jalanraya untuk sebarang upacara keagamaan sehingga mengganggu pengguna jalanraya yang lain.



Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini;



a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.

b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.

c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.

e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.

g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.

Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin.
Bukit Mertajam, S. Perai Pulau Pinang
17 Feb 2010


So renungkanlah yea...

Selasa, 16 Februari 2010

renung

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Jumaat, 5 Februari 2010

Peruntukan RM 83 juta

Alhamdulillah...smlm Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran telah mengumumkan peruntukan RM83 juta bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia bertujuan melaksanakan Kokurikulum dan Sukan. Aku harap ia bukan sekadar pengumuman....aku harap juga agar peruntukan sampai ke sekolah-sekolah....aku harap juga sekolah-sekolah yang menerima peruntukan akan melaksanakan mengikut objektif dan matlamatnya..aku juga berharap dengan adanya peruntukan dan pelaksaanaan di sekolah akan melahirkan generasi yang seimbang jasmani, emosi, rohani dn intelek..............

Rabu, 3 Februari 2010

AIMAN BOTAK!

Alhamdulillah pada 31 Januari lalu, selamat diadakan Majlis Kenduri Doa Selamat dan Aqiqah buat putera ku yg baru lahir. Tak cukup tangan melayan tetamu yang hadir..dan mudah-mudahan Majlis tersebut mendapat keberkatan dari Nya



Semalam pula...2 Februari..Muhammad Aimanuddin selamat dicukur botak rambutnya. Dengan tujuan dapat ditimbang rambutnya dan dinilaikan dengan harga emas mengikut berat rambut..seterusnya didermakan kepada golongan yang berhak..

Inilah rupa Aiman setelah dicukur rambutnya oleh bonda ku....hansome tak????

NGELUH...

Alhamdulillah...dengo2 nya hari ini 3 Feb 2010..diumumkan gaji baru bg polis. Baguslah! Bukan ke anggota polis berkorban jiwa raga bagi memastikan keamanan negara serta memastikan undang-undang negara dipatuhi. Lebih-lebih lagi kes2 jenayah semakin meningkat kebelakangan nie...memang patut gaji polis dinaikkan..

Namun begitu...kenapa dan mengapa mesti ada double standard?? Tatkala gaji polis dinaikkan, peruntukan kewangan bagi sekolah ,PPD dan JPN dikurangkan. Aku rasa bukan sahaja di negeri Johor bahkan juga negeri2 lain...Tatkala peruntukan RM700,000 bagi Sekolah Berprestasi Tinggi, sekolah2 lain dipotong peruntukan . Pelbagai akiviti seperti kokurikulum terbantut lantaran kekangan kewangan. Begitu juga kursus2....malah untuk pergi ke pelbagai mesyuarat daerah dan zon terpaksa ditampung sendiri oleh guru.

Tak perlulah dicerita berkaitan gaji, bonus atau insentif tambahan. Rasanya lebih ramai guru terpaksa mencari kerja atau sumber kewangan tambahan bagi menampung beban sara hidup.

Apabila kakitangan awam meminta bonus tambahan...PM sendiri menempelak...

Kini pelbagai akiviti tersekat..anak murid jadi mangsa. Perkara ini takkan didedahkan di Buletin Utama...yang diwar-warkan hanyalah yang gah-gah, peruntukan yg hebat utk pembangunan dan bla..bla.bla.. Dahlah yuran lebih sikit, ramai yg melenting! Anak2 tak de aktiviti, ramai yang merungut ! Tapi tahukah bebanan di bahu pelaksana???