Isnin, 30 November 2009

KURSUS BTN

Masih lagi isu panas di bulan korban...Kerajaan negeri Selangor mengharamkan Kursus2 BTN (Biro Tatanegara) bagi kakitangannya dan juga siswa-siswi IPT nya. Itu hak mereka...bukankah BTN itu hak milik kerajaan pusat @ BN. Justeru, sudah tentu lain hala tujunya.

Aku secara peribadinya setuju BTN diteruskan untuk dilaksanakan buat pelajar, belia, mahasiswa, dan juga kakitangan-kakitangan kerajaan. Modul yang dipraktikkan amat bagus serta benar-benar memberi keinsafan, kesedaran serta membuka mata akan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia khasnya orang melayu apatah lagi kakitangan awam dan pendidik. Aku juga ada dengor pak-pak menteri juga diwajibkan menjalani Kursus BTN. Cuma....tak sedor-sedor lagi akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Tapi masih terpekik terlolong menempelak pihak yang tak sebulu tentang Kursus BTN.


So...kalau rasa Kursus BTN bagus, berkesan dan memberi impak, jalan terus.....Cuma pastikan keberkesanannya bukan setakat dalam Kem ajeee...keluar kem lupa terus. Macam lalang, ikut angin....ikut sekeliling...ikut persekitaran. Tak de pendirian, terus lupa daratan....lupa amanah yang dipikul...pentingkan perut ajeee..

DOA TUAN GURU

Kebelakangan ini, ada sahaja perlakuan Tuan Guru Nik Aziz menjadi perhatian orang. Ada sahaja yang tak kena...Tak tahulah apa niat orang-orang tersebut yang menempelak dan mengkritik MB Kelantan nie. Hanya Tuhan yang tahu sejauh mana keikhlasan dan niat yang tersirat di sebalik kritikan-kritikan tersebut. Doa ku moga Tuan Guru tabah menghadapi cubaan yang menimpa beliau.

Yang terbaharu kecoh diperdebatkan adalah doa Tuan Guru agar PM dapat bala jika ada niat tak baik kerana enggan akur memberikan royalti minyak kepada negeri Kelantan. Yang menghairankan aku, orang dok kecam Tuan Guru yang berdoa tapi tak lak kecam PM yang memungkiri janji yang telah termetrai antara Petronas dan kerajaan negeri Kelantan.

Setahu aku...(dapatan dari ustaz-ustaz sejak aku kecil lagi, tak kiralah ustaz UMNO atau ustaz PAS), antara doa yang tidak terhalang adalah doa orang yang teraniaya. Justeru, bagi aku Tuan Guru yang mewakili kerajaan negeri Kelantan adalah tergolong orang yang teraniaya. Apa salah Tuan Guru nak berdoa? Lebih-lebih lagi setelah segala usaha dijalankan tapi masih dipandang sepi oleh kerajaan pusat.. Adakah sekadar memberikan wang ehsan yang jauh nilainya dan banyak birokrasinya telah memadai?

Kesimpulannya...macam biasa laa. Apa yang pembangkang (tak kira lah PAS,DAP atau KEADILAN) buat, tak betul dan salah belaka. Tapi...apa yang UMNO,MCA ,MIC ,PPP@BN buat, betulllll belaka. Kakak tua pun berkata mengikut apa yang diajar tuannya....BIARLAH...SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA..BIARKAN...BIARKAN...

KORBAN


SALAM AIDIL ADHAH...rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adhah atau Raya Qurban atau Raya Haji. Time raya qorban ni..banyaklah lembu yg tumbang. Alhamdulillah..rezeki rakyat Malaysia masih lagi membuak-buak. So ramailah yg mengerjakan ibadah korban. Kat taman aku jee..2 ekor lembu selamat dikorbankan. Tu tak masuk yg kat surau...tak masuk yg kat masjid. Hal-hal bergini kekadang memushkilkan aku...kenapa tak disatukan jee setempat? Bukankah orang yang sama gak yang sembelih dan mengerjakan lembu-lembu tuu? Seolah ingin berlumba lak kawasan mana paling banyak lembu dikorbankan? Memang bagus ramai yang buat amalan korban tapi jangan sampai terpesong niat nak menunjuk, udah lee..


Cerita bab korban di Hari Raya Qorban nie..teringat lak pengorbanan orang-orang yang hebat..besar betul pengorbanan mereka. Sedangkan kita di era ni, payah bebenor nak berkorban. Tak kira lah...korban nyawa, korban harta, korban masa, korban jiwa, korban perasaan, bla...bla..bla.. Janji ia ikhlas, memberi manfaat pada pihak lain dan lillahita'ala, korban lee namanya. Memang ramai yang menyebut sanggup berkorban tapi seandainya ia tidak memberi manfaat pada dirinya atau merugikan lagi dirinya, tak de yang sanggup.


Lebih malang lagi nak korban masa pun susah..apatah lagi korban tenaga, jiwa raga, perasaan dan wang ringgit! Dikhuatiri di masa depan, dengan anak-anak dan keluarga pun nak berkira. Tak mau berkorban sikit pun...

Justeru, bersempena bulan korban niee...sama-sama lah kita renung dan fikir bersama. Ikhlaskan hati untuk berkorban di saat diperlukan..mudah-mudahan pengorbanan ikhlas kita diterima Allah dan mendapat ganjaran sewajar dari Nya..

Sabtu, 21 November 2009

ANUGERAH CEMERLANG 2009

Pada 18 Nov.2009 lalu telah berlansung Hari Anugerah Cemerlang 2009 di sekolah ku. Salah seorang penerimanya adalah anak sulung ku. Alhamdulillah...selain dapat nombor satu dalam kelasnya, dia juga mendapat anugerah matapelajaran terbaik bg 6 matapelajaran iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan , English dan Agama. Bangga sungguh mak tok dan bak tok nya yang turut hadir dalam Majlis tuu. Anak aku yg sulung ni memang terang sikit kepala otak nya. Aku nengok, tak de lah berhempas pulas masa belajar. Main banyak ada laa.. tapi result exam memang cemerlang.


Berbeza dengan anakku yg nombor 2...agak slow segalanya. Tapi yang bagusnya lurus... Aku tak kecewa anak nombor 2 tuu slow. Sebab dia lahir pun bulan november...baru nak masuk 7 tahun berbanding rakan-rakannya yang lebih awal jejak 7 tahun. Slow....slow dia pun dapat gak nombor 5 dalam kelas. Walaupun tak dapat markah paling tinggi tapi tetap A++.
Aku bangga dengan anak-anak ku!!! Sayang semua!

BUDAYA SAMAN

Semalam 20hb Nov 09, keluar berita keluarga pelajar yg maut dlm tragedi jambatan gantung di Perak ingin menyaman beberapa pihak atas kematian anak meraka sewaktu mengikuti program kem 1 Malaysia. Berita sebegini memang sudah dapat diramal.

Begitulah kebiasaannya...apabila terjadi kemalangan pasti ada pihak yg menerima akibat atau dikambing hitamkan. Beberapa tahun lampau, seorang rakan ku didakwa cuai ketika memandu akibat daripada kemalangan maut sewaktu membawa anak muridnya untuk xtvt sukan,

Berita-berita sebeginilah yang melenturkan semangat aku dan rakan-rakan guru lain bg melakukan xtvt luar terutamanya kokurikulum. Kesan dan risiko yg terpaksa ditanggung seandainya berlaku sesuatu yg tidak diingini amat besar. Lebih teruk lagi apabila semua pihak melepaskan diri dan tiada sesiapa yang sanggup menyebelahi. Makin banyak pihak yg mencari kesilapan adalah.

Kita , guru dah sememang dibebani dengan pelbagai tugasan yg seringkali mencuri waktu luang. Justeru perkara "terlepas pandang" acapkali terjadi. Maka kesilapan sebeginilah yang sering menjadi sasaran pihak lain dalam mencari salah orang dan mengelakkan salah sendiri.

Justeru,....jgn terkejut jika anak tuan-puan tidak terlibat lansung dalam xtvt luar, lasak dan mencabar.

Khamis, 19 November 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Hari ini keputusan rasmi UPSR diumumkan. Alhamdulillah...sekolah aku mencapai keputusan yg bleh dikatakan baik. Peratusan lulus meningkat kepada 78% berbanding 2008. Seramai 5 orang mendapat 5A daripada 75 calon. Dah memang murid yg mendapat 5A adalah murid favourite...

Tahniah buat mereka. Aku cuma nak tunggu reaksi ibubapa....tak kira lah yg lulus cemerlang atau lulus biasa atau tak lulus lansung...Seperti biasa,,,kalau anak berjaya...jarang-jarang yg menyatakan punca kejayaan anak dari guru. Tetapi kalau gagal, memang gurulah sasaran dan puncanya....Sama-sama kita tunggu BERITA malam nanti...

Selasa, 17 November 2009

KOTA SEPUTEH X DE YB

Berita semalam , Mahkamah Tinggi KL mengistiharkan kerusi Kota Seputeh kosong lantaran YB nya selalu "tuang" persidangan DUN. Reaksi SPR, buat rayuan sebagai tanda bantahan keputusan Mahkamah Tinggi KL tuu. Itu rasanya sebab kerusi tuuu BN yg punya tapi kalau PAS atau PR yg punya....rasa-rasa lain reaksi SPR. Terus istihar Pilihan Raya Kecil laa tu jugak.

Kata 1 Malaysia...Rakyat Didahulukan ................ kalau betul rakyat didahulukan, teruslah buat Pilihan Raya Kecil agar rakyat segera boleh pilih YB yg buat kerja dan tak makan gaji buta...monteng time persidangan DUN . Sekarang siapa yg rugi?? Rakyat juga....dah tak de sesiapa wakil suara mereka di Dewan rakyat.

Jumaat, 13 November 2009

HAPPY BIRTHDAY ARIFF





11 NOV lalu, genaplah 7 tahun usia anakku yang nombor 2. Bersemangat dia apabila diberitahu nak bagi "jajan" buat kekawan sekolah. Sepanjang malam tekun membungkus makanan ringan untuk diagihkan kepada kawan-kawannya di sekolah. Baru tahun ni dapat celebrate sebab kebiasaannya birthday dia jatuh time cuti sekolah ataupun bulan puasa.




Malamnya, cam biasa laa family we all. Makan-makan yang special. Bab masak memasak serahlah pada bonda dan adik ipar ku. Almaklum orang umah ngajo sesi petang so di "sub" pada bonda dan adik ipar laa...

Khamis, 12 November 2009

KARNIVAL 1 MALAYSIA ...2


















Alhamdulillah.....selesai sudah Karnival 1 malaysia. Sambutannya pun amat memberansangkan dan segala yang dirancang terlaksana dengan baik. Meskipun ada jua cacat cela dan juga kesilapan strategi pemasaran, namun sasaran berjaya dicapai. Gerai-gerai yang dibuka mendapat keuntungan yang memberansangkan. Begitu jua aktiviti pameran serta tapak jualan mendapat respond yang baik...

Rasa terhutang budi tidak terhingga kepada mereka yang menjayakan Karnival ini. Terserlah usaha gigih serta titik peluh yang dicurahkan oleh mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat menilai setiap keikhlasan bakti yang disemai..

Kini satu lagi projek besar yang masih tertangguh...iaitu Hari Keluarga. Malangnya ia tidak dapat dilaksana pada tahun ini lantaran pelbagai kekangan yang tak terbendung. Justeru terpaksa ditangguh ke tahun hadapan. Aku rasa agak terkilan kerana gagal menunaikan janji untuk melaksanakannya pada tahun ini. Lebih-lebih lagi untuk membalas jasa ahli KEBIRU yg begitu komited dalam mengembeling tenaga memberikan kerjasama pada setiap aktiviti KEBIRU.
Doa dan harapanku agar tiada yg rasa kecewa dengan penangguhan program Hari Keluarga. Doa dan harapanku jua moga ia dapat dilaksana secepat yg mungkin..

Khamis, 5 November 2009

KARNIVAL 1 MALAYSIA


Pening @ serabut kepala otak aku gara2 Karnival 1 malaysia. Sebenarnya ia bertujuan mengumpul dana bagi Kelab Staf dan Guru kat sekolah. Plan lama daa...cuma bettul2 serious nak laksanakannya adalah sebulan yg lalu.


Namun Alhamdulillah...sambutan menggalakkan bg penyewaan ttapak jualan. Tapi biasa laa...ada gak suara-suara ahli yg tak berpuas hati cara pelaksanaan program serta pembahagian tugas. Bengang gak....tapi cam ne..aku takkan boleh memuaskan hati semua pihak. So telan aje laa kritikan2 yg kadang kala tidak membina tuu.


Laa ni....ada lak masalah timbul di saat-saat akhir yang impaknya agak besar kepada perjalanan dan sambutan yang bakal diterima bg program Karnival 1 Malaysia nii..Doa ku moga pihak yang dipertanggungjawabkan akan menyelesaikannya sebaik mungkin...


Susah jadi pemimpin nie...idea yang baik tidak semestinya memberi kebaikan tanpa pelaksanaan yang berkesan... idea yg baik juga tidak semestinya diterima orang meskipun ia memberi kebaikan...