Isnin, 28 September 2009

SUASANA RAYA...

Alhamdulillah..akhirnya kami sekeluarga beraya di rumah arwah atukku di Benut, pontian, Johor. Pada pagi raya, selesai sembahyang Raya dan bermaaf-maafan; barulah kami beraya ke rumah mertua ku di Parit sulong, Batu Pahat. Pulun habis.....satu hari sampai 10 buah rumah. Nasib baik lah rumah sedara mara taklah jauh sangat. So...kalau boleh habis satu hari, habiskan baraya sakan.

Masuk hari raya ke 3, balik semula ke Benut dan beraya ke rumah sedara mara "belah" bonda. Pun sama gak....pulun habis. Dari Rengit sampai ke Kluang...dari pagi sampai ke malam.


isteri tersayang memohon kemaafan di Syawal mulia

mohon restu bonda


ku pohon maaf dari ayahanda


aksi wajah kesayangan hamba

Khamis, 17 September 2009

SALAM AIDIL FITRI

JIKA LANGKAH

MEMBERKAS LARA

JIKA KATA

MERANGKAI DUSTA

JIKA TINGKAH

MENOREH LUKA

JIKA SUARA

MENIKAM RASA

AMPUN DAN MAAF........IKHLAS DIPINTA


Rabu, 16 September 2009

DILEMA

Sorry laa....semenjak dua menjak nie, malas lak rasa nak buat entry kat blog nie. Tak de mood!! macam-macam nak pikir nie...laa ni dilema nak balik mana raya nanti?? Kesian gak dgn ayahanda bonda , lebih-lebih lagi bila cucu-cucu tak de raya nanti.

poket dah makin kering...belum raya lagi tuu..

semenjak dua menjak nie juga kalut pulak kat sekolah nie...mcm2 lak program nak settle..so terabai lah "ghumah" nie..

Khamis, 10 September 2009

E mail pilihan...

Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat.
Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...

WANG IHSAN...

Alhamdulillah....semalm kerajaan mengumumkan pemberian wang ihsan kpd kakitangan sokongan perkhidmatan awam. Termasuk aku laa tuu....walaupun hanya RM500 iaitu RM250 sblm raya dan RM250 lagi pada akhir Disember, namun ia tetap memberi kelegaan. Bolehlah cari baju raya tambahan buat anak-anak ku. Lebih-lebih lagi buat hero no 3 yg berumur 4 tahun tuu.....hari ni hari ke 20 dia berpuasa penuh. Tak tuang lansung... Pecah rekod abang-abang dia yg mula berpuasa penuh tatkala berumur 6 tahun.

p/s; seandainya kita bersyukur nescaya Allah akan melimpahkan lagi Rahmat Nya, namun seandainya kita kufur dan tidak bersyukur, nescaya azab Allah amat berat...

Rabu, 9 September 2009

PAGOLA...OH...PAGOLA

Fuhhh....dok pening2 nak budget persiapan raya, Bonda membawa berita mengejutkan. Aku tak tahu lah...nak gembira atau berduka...Bonda buat sedikit landskap di halaman rumahnya...letaklah pancuran beserta pagola... cantik! memang cantik....dan duit yg keluar pun cantik..warna-warni...dekat RM4k abis. Dan.....yg jadi mangsa: aku lah....hua...hua...hua... tak banyak pun yg diminta Bonda, setakat menampung yg tak cukup. Tapi....di saat-saat kritikal dan ditambah dengan tiada bonus raya nie...tercekik gak leher nie.



Namun...tergamakkah aku untuk menghampakan harapan orang tua yg banyak menabur budi buat ku. Apalah sangat wang ringgit yg setakat dua tiga K tuu nak dibanding pengorbanan mereka sejak aku dilahirkan lagi?? Lagi pun....berbakti pada orang tua ni, berkat....tambah rezeki. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan nie.Mudah-mudahan begitulah..... jangan aku terjerut sampai tak bernafas udah. Laa nie, masih boleh bernafas lagi....cuma sesak sikit...
Aku tak mahu mengguriskan hati dn perasaan ke dua orang tua ku lantaran kemewahan dunia. Biarlah ku korbankan kemahuan kemewahan ku, asalkan orang tua ku gembira. Dan.....aku juga berharap isteri dan anak-anak ku turut memahaminya.............



Selasa, 8 September 2009

RAMADHAN 2

Hari nie, first day UPSR....aku tengok bebudak calon UPSR ni, cool jee tapi cikgu yg gabra. Biasa cam tu lah....Doa ku moga bebudak tu dapat menghadapi UPSR dengan tenang dan seterusnya mencapai kegemilangan. UPSR lah bermula nya tapak dalam mendaki kecemerlangan seterusnya.

Aku sebenornya dok pening kepala dlm menghitung hari nak raya ni...Dalam sibuk nak menambah pahala, sibuk juga mengira budget raya...almaklum anak ramai, kalu silap kira...harus terkucil. Lebih haru lagi, ayahanda lak tukar kereta baru: IXORA....deposit memang pakai duit dia, tapi bab bayar bulan2 tu laaa yg buat sesak dada. Aku gak kena tanggung....nak dilarang, tak sampai hati. So kedudukan kewangan lepas ni nak kena adjust balik. Tak boleh lagi bermewah-mewah......makin jarang makan luar..

Nak dekat raya nie, persiapan untuk rumah masih tiada dalam perancangan lagi. Nak balik kampung mana pun masih terawang-awang lagi....itu satu lagi masalah...

Moga keberkatan Ramadhan mempermudahkan aku membuat keputusan yg bijak dan waras..

Isnin, 7 September 2009

Lost Contact

Aduh....nak dekat raya nie, handphone buat hal lak. Tuu...nak duit gak lah tu. Bingung gak kepala nie bila tak de handphone...nasib baik, korek punya korek jumpa lak handphone lama. So SIM kad pun bertukar tempat. Tapi....hal lain lak, aku tak sempat nak copy nombor hp dr memory card hp yg bengong tuu..dah terkial-kial..almaklum semua simpan dlm memory hp 3G tuu. Waduh!!!Serabut...

Ahad, 6 September 2009

TAKDIR DAN KETENTUAN NYA...

Alfatihah...ingat lagi pada awal blog ini dibangunkan, aku ada catatkan ttg menziarahi anak atuk sedara yg mengidap kanser darah...dan pada malam Sabtu yg lalu (5hb Sept o9), beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Takziah buat keluarganya...lebih-lebih lagi kehilangan orang yg disayang di saat orang lain mula membuat persiapan raya...

Aku mendapat tahu berita ini pada tengah malam Sabtu dan pada jam 1.30 pg Sabtu dikhabarkan jenazahnya telah dibawa pulang ke rumah dr HSA. Pada pagi Sabtu, lebih kurang jam 4 pagi; kami sekeluarga termasuk ayah bonda dan adik ku sekeluarga berkonvoi pulang ke Rengit, Batu Pahat. Kami bergerak selepas sahur ala kadar. Jam 6.30 pagi kami sampai dan jenazah telahpun tiba. Kami terus mengadakan tahlil ringkas buat arwah dan menatap jenazah buat kali terakhir. Rupa2 nya pihak hospital telah siap "menyempurnakan" jenazah iaitu memandi dan mengkafankannya. Timbul persoalan...?

Akhirnya persoalan aku terjawab apabila pak cik ku memaklumkan bahawa kematian arwah disyaki akibat dijangkiti virus H1N1. So pihak hospitallah yg menguruskan hal "menyempurnakan" jenazah bagi mengelakkan jangkitan. Namun......... tetap dikenakan bayaran RM350. Timbul persoalan.........fardu kifayah pun kena bayar??? Pengangkutan pula RM500++....

Nasib baik adik beradik arwah tak banyak karenah demi menyegerakan urusan...akhirnya lebih kurang jam 11 pagi Sabtu, jenazah selamat dikebumikan.

Petang Sabtu, aku berbuka di rumah keluarga arwah setelah mengadakan tahlil.

Sebenarnya perancangan awal , petang Sabtu tu nak sama-sama meraikan ulangtahun kelahiran BONDA tapi..... kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Apa-apa hal....HAPPY BIRTHDAY MOM! MAY GOD BLESS YOU....

Jumaat, 4 September 2009

IHYA' RAMADHAN

ALHAMDULILLAH....kat sekolah telah dianjurkan program bg menghayati dan menikmati Ramadhan. Antaranya Solat Zuhur dan Tadarus, Tazkirah, Tasmid, Majlis Khatam dan juga Majlis Berbuka Puasa dan berterawih... ada yang telah dan sedang berlansung, ada juga yang bakal dilansungkan...

Namun sesuatu yang mendukacitakan apabila ada rakan-rakan yang tidak mengambil bahagian untuk turut serta dalam Pengisian Ramadhan ini....lebih-lebih lagi dalam program Solat Zohor dan Tadarus. Kalau sekali dua tak pe lah, mungkin ada kekangan yang tak dapat dielak..tapi, kalau setiap hari.....? Yang lebih mendukacitakan masa tersebut diisi dengan berbual kosong@berborak sakan. Apa ke hal??

Adakah takut untuk mendedahkan diri yang tak gheti mengaji? Apa yang nak dimalukan...sama-samalah saling tunjuk ajar...NOBODY IS PERFECT.. yang menghairankan tu, kalau cakap berdego-dego...

Inilah lumrah manusia...ada peluang untuk menambah ibadah, tak nak rebut tapi kalau peluang menambah dosa......berebut-rebut!

MOGA RAMADHAN KU TAHUN INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN SEBELUMNYA..

Khamis, 3 September 2009

YAASIN...

Malam nie, mlm Jumaat.....so amalan yg baik adalah baca Yaasin;

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. .
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membacaYaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yangmeragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Rabu, 2 September 2009

MINYAK NAIK......NAIK MINYAK

RON 97.....dulu RM1.80 seliter, skrg RM2.05 seliter.
RON 95......skrg RM 1.80 seliter, dulu RON 92...RM1.75.

SO...sape kata harga minyak naik sikit???
Tak naik minyak ke kalau barang gak ikut naik mencanak di musim perayaan nie akibat dari minyak naik ?

Lagi rakyat di gula-gula kan.....
BILA RAKYAT SUSAH, PEMIMPIN KERAJAAN SENANG......
BILA RAKYAT SENANG, PEMIMPIN KERAJAAN MEWAH.....

TAZKIRAH

Untuk renungan BERSAMA,


Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnyaseolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibahlalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"YaRabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidaklupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasamenumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masihberat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana matamemandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau TIDAK mengendahkan pesanan ini ,malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa ' at kepada manusia lain...

Selasa, 1 September 2009

PUASA...

Berita terkini...MOHAMMAD AMIRRUDIN, (4 tahun) masih mengekalkan keupayaannya berpuasa penuh untuk hari ke 11.......

p/s: kena tambah baju raya nie...

JUADAH MERDEKA

Juadah berbuka hari Merdeka ini agak berbeza. Almaklum semua ada di hari cuti nie...Pagi merdeka, bonda ajak gi "belanja". Kebetulan pulak hero aku yg no .2 tu sibuk nakkan donut sampai merajuk..Nak beli DUNKIN DONUTS tak berbaloi...lagipun tak puas makan. So bonda dgn adik ipar aku plan nak buat sendiri. Amik ko.....5 pinggan penuh DONUTS, siap bagi jiran-jiran lagi. Puas lah hero no 2 ....mengadap DONUT mak tuk nya..

zainab's donuts

Kebetulan pulak orang umah aku kirim kawan dia mancing udang. Besau...besau si udang galah nie....sekilo RM40..orang umah aku goreng jee dgn mentega...nyum,nyum....tapi bonda aku tak berani sentuh. Almaklum ada GOUT, jaga pantang....aku pun ada GOUT gak tapi pantang tolak tepi....pantang pun kalau nak sakit, sakit gak..(jgn ikut prinsip nie)...

udang galah goreng mentega.

MERDEKA...!!!!!


Tanggal 31, bulan lapan, 57.....dah 52 tahun kita merdeka. Apakah pengisian kita setelah menghirup udara kebebasan selama 52 tahun ini?? Sememangnya seringkali pengucapan lafaz kesyukuran kedengaran atas terurainya rantai penjajahan....namun..apa tanda kita bersyukur atas nikmat yang Tuhan beri ini??

Merdekakah jika masih terumbang-ambing mencari hala tuju? Merdeka kah jika tanah dipijak milik orang?? Merdeka kah jika bahasa sendiri dipersenda? Merdeka kah jika bangsa hanyut dimomok kebendaan? Merdeka kah jika budaya asing diagung-agung? Merdeka kah jika lemas dek pujuk rayu HEDONISME?

Bersyukurkah kita jika penghayatan pengisian MERDEKA itu sendiri alpa dan leka?

Apakah sumbangan kita pada bumi MERDEKA ini , demi mengekalkan KEMERDEKAANNYA ? Leka pada kemajuan yang diwarisis sehingga menggadaikan bangsa dan agama? Bahasa mula terhakis dari basahan bibir .........agama menjadi mainan sandiwara......budaya terrhakis tenggelam.......inikah cara kita MERDEKA???