Sabtu, 29 Ogos 2009

KHARTIKA...

Entah kenapa.....tiba-tiba negara kecoh dengan tindakan berani bekas model perlancongan yang bernama Khartika ini. Tindakan berani dan pengakuan hebatnya yang rela disebat sebagaimana hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Syariah, menjadi bualan mereka yang berjawatan. Dan entah kenapa.....tiba-tiba juga hukuman sebat Khartika ditangguhkan oleh "tangan kuasa" atas alasan menghormati Ramadhan.

Entah kenapa......mereka yang tiada pengetahuan agama apatah lagi hukum syariah, memberi pandangan bagaikan pakar syariah. Pandangannya pulak seolah menempelak hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Syariah dan bagaikan memperlekeh kerelaan Khartika.......rasanya sama memperlekeh hukum Islam.

Entah kenapa......tiada diperhebahkan pula pujian dan kalungan tahniah buat Khartika yang sedar atas kesilapannya dan rela disebat di khalayak demi menyedarkan mereka yang seagama dengannya yang masih "mabuk". Entah kenapa....... orang Islam yang menjual arak kepada Khartika, orang Islam yang menjadi Tauke Arak hasil jualan kepada Khartika dan orang Islam yang memberi lesen arak bagi menjual arak kepada Khartika tidak dihukum sebat sama..???

Entah kenapa......baru sekarang baru diketahui negara tiada tukang sebat Syariah?

QURAN READPEN

Bersempena kedatangan Ramadhan, isteri tersayang ku telah menghadiahkan sesuatu yang istimewa dan berharga...... cuba lihat gambar......


Ia merupakan Al Quran lengkap yang istimewa kerana disertakan speaker pen. Speaker pen ini pula memperdengarkan suara bacaan apabila dihalakan pada ayat Al Quran yang dicetak khas pada Al Quran tersebut yang merupakan teks kitab rasmi Uthmani yang asli yang diluluskan sepenuhnya oleh KDN dan JAKIM.





Dilengkapi juga fon telinga, pengecas dan wayar USB. So...special kan?! Sekarang boleh baca dan pelajari Al Quran dengan menunjuk ayat menggunakan pen dan kedengaran bacaan dengan jelas , terang, merdu dan betul. Untuk maklumat terperinci sila jenguk www.ezyreadq.com.

Rabu, 26 Ogos 2009

PERMATANG PASIR 2

Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir telah diketahui. Jelas penduduk Permatang Pasir masih menginginkan khidmat ADUN dari PAS dan menolak calon BN. Maka pelbagai alasanlah kedengaran dari pemimpin tertinggi BN termasuklah kenyataan bahawa Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS. Sebelum ni, yakin bebenor nak menang. Tak de pulak kedengaran kenyataan mengaku kalah dan mengakui kesilapan. Bahkan pengundi Permatang Pasir disalahkan kerana menolak pembangunan dan layanan "anak emas". Corak kempen PAS yang menyentuh peribadi calon BN juga disalahkan. Malah dah ada pulak "pengundi hantu". Sblm ni pembangkang dah lama bising pasal "pengundi hantu" tapi ditepis dengan kononnya ketelusan SPR.

Begitulah lumrahnya....apa yg dibuat pembangkang @ Pakatan Rakyat salah dan dakyah politik tapi...apa yg BN buat, benar belaka. Rakyat dah muak...takkan tak sedar lagi. Akhirnya.....nak berkuasa punya hal, suara rakyat diketepikan dengan pelbagai cara.....lu fikirlah sendiri.

BIRTHDAY AUNI

JUADAH BERBUKA & CELEBRATE BIRTHDAY AUNI

Semalam sebenarnya Ulangtahun Kelahiran yg ke 2 bagi Puteri Bongsu ku (laa..ni), AUNI NABIHAH. Oleh kerana puasa so we all celebrate time buka. Sempat gak cari kek untuk si Bongsu ni (laa..ni). Kemudian melayan kan Amir lak, cari lee ayam golek.

AKSI AUNI MEMOTONG KEK

Mak Tok bebudak tu lak buatkan Laksa Johor Special dari spaghetti. Bukan apa, orang umah aku teringin sangat. Biasa daa makan Laksa Johor, cuma kali ini nak tambah ummph gunakan spaghetti.


LAKSA JOHOR SPECIAL RESEPI BONDA
AYAM GOLEK CAHAYA MASAI
KUIH NI SPECIAL SBB AMIR TOLONG BUAT
BIRTHDAY CAKE
So majlis berbuka malam tadi meriah dgn makanan...buat doa selamat sikit. Syukur bertambah setahun usia si Auni, dah bertambah akalnya. Bertambah gak nakal dan ngada-ngada nya. Almaklum....nak dapat adik...

Selasa, 25 Ogos 2009

PERMATANG PASIR

Hari ini, hari pengundian di Permatang Pasir. Kita tunggu dan lihat keputusannya. Sepanjang kempen....mcm2 yg diperhebah , diperdebat dan didedahkan. Tak kurang juga kes ADUN keluar parti, ADUN kena "gantung", Tok Guru diperlekeh, MB dituntut hutang, calon x amanah dan paling hangat mantan model nak kena sebat. Aku tak tahu laa kalau-kalau semua peristiwa itu ada kena mengena dgn pilihanraya kecil Permatang Pasir. Namun yang pasti ia akan mempengaruhi corak pemilihan rakyat Permatang Pasir. Moga 'mata' mereka celik dan tidak terpedaya dengan dakyah dan tipu helah politik.

Namun yg paling untung apabila penduduk Permatang Pasir dapat title anak emas Kerajaan Pusat. Malanglah penduduk tempat lain di anak tiri lah lepas ni. So doa ku.....moga bijak-bijak lah akal fikiran penduduk Permatang Pasir sewaktu memangkah....amin!

PUASA...


Alhamdulillah....MOHAMMAD AMIRUDDIN , hero aku no 3 nie mula berpuasa tahun nie..Walaupun baru berumur 4 tahun, dia dah puasa penuh sampai petang, tak de setengah-setengah...Hari ini 4 Ramadhan, maka dah 4 hari dia puasa. Hero ni memang gentle....sampai laa nie tak de sibuk mengaduh sakit perut @lapar. Cuma bila pukul 3 ptg ke atas, kena laa melayan dia dgn mcm2 xtvt. Main game laa...tolong mak nya masak buka laa...or merewang kat bazar Ramadhan. Kalau x, sibuk boring...katanya.

MERDEKA

Tanggal 31 Ogos semakin hampir. 52 tahun kita merdeka. Namun...pada tahun ni, kehangatannya kurang dirasa. Adakah demam KEMERDEKAAN bermusim.? Atau masing-masing dikuarantin dek takutkan H1N1?? Ke mana menghilang patriotisme...Adakah JALUR GEMILANG juga kehabisan stok seperti gula? Atau masing-masing lebih sibuk dengan topeng penutup muka?
Aku masih tak nampak kibaran bendera di rumah-rumah atau mana-mana premis perniagaan...Aku masih tak nampak kereta-kereta yang dihias Jalur Gemilang....Rabun kah aku? Atau patriotisme juga berpuasa?

MARHABAN YA RAMADHAN

setelah semusim menanti,
kini ia kembali lagi,
mengisi kekosongan hati.......
menginsafi kekurangan diri...
menambah kemanisan iman...
menebus kesalahan perbuatan...

yg kotor disucikan..
yg hitam diputihkan,

cari...
kenali...
hayati...
dan syukurilah..

tibanya Nur barakah malam 1000 bulan

p/s bukan ciptaan aku tapi sms pilihan yg diterima tatkala Ramadhan menjengah

SEBELUM RAMADHAN MENJENGAH 2

Seminggu sebelum Ramadhan menjengah...aku bawak family gi shopping sikit kat UO Pusat Bandar PG. Sajee...nak release tention dah abis exam OUM. Lagi pun malas nak shopping time dah puasa nanti...Bukan main suka lagi anak-anak aku..dah lah tu tengah sale lak. Apa lagi...rambang bijik mata. Sedar-sedar RM400 plus...abis. Tu baru baju anak-anak je...masing-masing dpt lah 2 pasang termasuk baju melayu...mak bapak dia??? telan air liur jee..ada rezeki, ada lee...


RM400 plus...melayang..

Isnin, 24 Ogos 2009

SEBELUM RAMADHAN MENJENGAH...

Dah masuk hari ke 3 , kita mengecapi Ramadhan. Maaf le, agak lama x update blog nie. Almaklum...sibuk nak exam satu hal, server down pun satu hal. Entah kenapa...2,3 hari nie, susah lak nak melayari internet. Apatah lagi nak update blog. Alhamdulillah.... la nie lancar jee.
Sehari sblm Ramadhan, aku makan tengahari kat umah mak. Bawak sekali ikan terubuk jeruk yg aku kirim member dari Sarawak. Apa lagi...mak aku pun goreng jee ikan tu, kemudian perah dgn limau nipis. Goreng lak dgn cili dan bawang merah. Puh...kow-kow rasanya. Nak kata masin, tak lah jugak tapi ada ummph....

Ini lah dia ikan terubuk jeruk sarawak

Dua hari sblm Ramadhan menjengah, kat sekolah aku diadakan Solat Hajat Perdana bagi mengelakkan penyakit H1N1. Bukan apa sebagai salah satu usaha bagi kita mengharap keredhaan Illahi. Alhamdulillah cuaca turut sama merestui usaha murni. Tahniah kepada kekawan Ustaz yg merealisasikan niat yg murni ini. Mudah-mudahan doa kita semua dimakbulkan dan dipenuhi hasrat nan suci ini. Dijauhkanlah hendaknya virus tersebut ke atas kita warga SKTPR. Lebih-lebih lagi situasi agak meruncing laa ni...

Suasana Solat Hajat Perdana H1N1 di SKTPR

Sabtu, 22 Ogos 2009

TATKALA RAMADHAN MENJENGAH...

Tatkala 1 Ramadhan 1430 menjenguk ....Alhamdulillah, dipanjangkan usia bg mengecapi kenikmatan Ramadhan dan mengejar habuan yg dijanjikan Allah. Aku nyambut Ramadhan di rumah mertua kt Parit Sulong ,Batu Pahat. Namun...blm tiba Ramadhan, dah ada dugaan menanti. Perjalanan ke Parit Sulong yg biasanya hanya 2 jam, menjangkau hingga 4 jam. Semua gara-gara ramai nak balik kampung. Lebih-lebih lagi cuti sekolah 10 hari termasuk Hari Kebangsaan. Tention gile bila drive tersenggut-senggut. Perut dah lee berkeroncong. Bergerak dr PG jam 5.30ptg, jam 7.15 baru sampai Tol Skudai.
Que dah masuk 3 line....tention!
Arghh....senggut-senggut
So kebulur punya pasal, singgah kat ESSO Tol Skudai. OK gak makan kat cafe dia. Pekena nasi ayam...anak2 lak mintak hot dog, org umah makan ayam madu ladahitam... hilang lah tention tuu. Sampai Parit Sulong 9.30 mlm. So Terawih pertama 1430 buat bersendirian kat umah....

Cafe ESSO on the run

Selasa, 18 Ogos 2009

ANGIN....!!!

Tak pasal-pasal....angin satu badan. Hero yg nombor 2 mula buat hal. PANJANG TANGAN!! Dapat kantol kan dia...amik duit kawannya. Teruk kena kerjakan....anak orang lain pun kalau buat hal, memang aku kerjakan...apatah lagi anak sendiri. Saja...nak mencabar.Dah tau bapak dia guru disiplin, dia buat hal pulak. Dah lah tu buat kes kat sekolah lak. Memang lee........... merayu-rayu , tobat tak nak buat lagi. Tak kira...memang aku balun sampai dia ingat...
Dah lah tuu, pandai lak buat fitnah ttg abang dia...eeeeeee gerammm!!

Jumaat, 14 Ogos 2009

ALFATIHAH....

Semalam negara telah dikejutkan pemergian ke rahmatullah, Ustaz Asri RABBANI. Allahyarham yg pengsan sewaktu sesi latihan di ANGKASAPURI, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Aku agak terasa kehilangannya....hilangnya permata yg amat berharga. Lebih-lebih lagi suaranya yg lunak tatkala mengalunkan nasyid, zikir dan juga azan telah sebati dlm kehidupan aku dan keluarga. "suara" nya telah menjadi teman sejak aku bersekolah menengah lagi dan berkesinambungan tatkala di maktab hinggalah kini. Aku mengenali "suara" nya sejak beliau dalam AL ARQAM dengan kumpulan NADAMURNI. Kaset-kaset nya yg indie pada waktu itu, menjadi teman tatkala keseorangan. Lebih-lebih lagi pada waktu itu untuk mendapatkan hiburan altenatif islam agak sukar. "Suara" nya bersama kumpulan telah mendedahkan aku dengan nasyid katemporari.

ALLAHYARHAM bukan sekadar berterampilan Islamik, bahkan juga tinggi pengetahuan agamanya. Senyuman sentiasa terukir tatkala meluahkan bicara. Pasti lagu-lagu yang didendangkan menjadi ingatan nostalgia...bahkan membawa kesedaran bermakna. Kita bukan sahaja merindui nyanyian beliau, tetapi juga alunan zikirnya, gemersik azannya serta kelunakan takbir raya nya..

ALFATIHAH....



Semalam jua aku dikejutkan dengan kematian anak jiran ku....anak jiran yg sebaya anakku yg ke tiga iaitu 4 tahun, meninggal kerana dilanggar van sekolah kakaknya di hadapan rumah. Betapa pilunya keluarganya melihat anak pergi dahulu dari mereka dalam keadaan tragis. Jenazah nya selamat dikebumikan malam tadi selepas disembahyangkan di surau taman. Moga keluarganya tabah menghadapi dugaan di ambang Ramadhan ini.
ALFATIHAH....

Rabu, 12 Ogos 2009

PUISI..

Aku teringat time form 6 kt EC dulu...aku n members rajin laa gi library awam kt Larkin ,JB. Aku tertarik pd satu puisi yg simple....tp aku lupa lak penulisnya. Kalau x silap aku , camni bait-baitnya:

SAHABAT

Teman....
kita sering bertemu

tapi....
kita tak pernah berkenalan


mendalam apa yg tersirat...

MAKAN TIME..

Semalam kena gi kursus ttg SISTEM DATA baru yg perlu digunapakai...so org umah aku x masak lee. Jenuh....time kursus mmg disediakan makan tapi aku nie lak jenis org plg last que utk amik makan. So dah x de rezeki, makanan dah abis...nasib baik bekal roti anak bawak ada lagi. Sentallll....
Oleh kerana siang x puas makan dan kebetulan abang ipar aku dtg mlm tadi, org umah ajak makan kt luar. Risiko tuu..lebih2 lagi wabak H1N1 tgh berleluasa. Tapi makan punya pasal....hentam jee. Kita makan restoran pantai timur kat tmn sebelah...ada member gelar restoran nie, RESTORAN HUJAN LEBAT..bcause ada history nya.
Aku order MEE HONG KONG sbb bg aku kt sini lah plg kow-kow, org umah lak order NASI GORENG CENDAWAN. Yg bagus nye, cepat siap.... so kat bwh nie lah rupa juadah yg kita org melantak mlm tadi...
MEE HONG KONG

NASI GORENG CENDAWAN

Isnin, 10 Ogos 2009

CUTI YG BERRKUALITI

Hujung minggu yg lalu, agak penuh jadual harianku....pada Sabtu, exam kat OUM; ptg nya balik kampung kat Pontian krn ada kenduri Aqiqah anak pak cik. Then pada pagi minggu lak berkejar balik ke PG b'cause orang umah teringin nak nengok PERTANDINGAN PANCARAGAM SEK.MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN yg diadakan di STADIUM PERBADANAN PASIR GUDANG. Turut ikut dua hero-hero ku yg sulung dan yg ke-2 .

Seronok gak tgk pancaragam sekolah nie...bukan apa tersirat kesungguhan, komitmen, bakat dan disiplin tinggi bg mempersembahkan aksi mereka. Negeri Johor diwakili oleh Sekolah Tun Fatimah (STF) yg memang sinonim dgn pancaragam negeri Johor. Malangnya gagal mendapat sebarang kedudukan dlm pertandingan nie.




AKSI MENARIK DR JOHAN PANCARAGAM KEBANGSAAN




AKSI SALAH SATU PASUKAN YG MENGAMBIL BAHAGIAN



SUASANA DI LUAR STADIUM PERBADANAN PASIR GUDANG

Selesai jee pertandingan pancaragam nie, perut aku dah mula buat hal. Almaklum...gastrik, mana boleh tak isi. So, dek kerana anak yg sulung teringin makan kt Kenny Roger's, maka ke situlah destinasi we all.
MENU KENNY ROGER'S



AKSI 2 HERO DI HADAPAN JUADAH KENNY ROGER'S

Khamis, 6 Ogos 2009

PERSOALAN NISFU SYA'ABAN

PETIKAN DR BLOG MEGASUTRA

Apabila memperkatakan tentang bulan Sya’ban, maka tentu sekali tarikh 15 Sya’ban atau juga lebih di kenali sebagai Nisfu Sya’ban akan bermain-main di fikiran masing-masing. Pada tarikh ini atau lebih spesifik pada waktu malamnya dianggap sebagai satu malam yang memiliki kemuliaan khusus sehinggakan rata-rata umat Islam di Malaysia mengadakan amalan-amalan tertentu seperti melakukan solat malam yang khusus, berpuasa pada siang hari, membaca surah Yassin sebanyak 3 kali dan diselang-selikan dengan doa-doa tertentu.

Ada juga yang beranggapan pada malam inilah diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara berhubung dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, untung rugi dan lain-lain atau dikenali sebagai al-Qadr.

Melalui artikel ini, penulis akan cuba mengutarakan beberapa perkara yang sering diperdebatkan tentang Nishfu Sya’ban seperti:
1. Status Hadis Tentang Nisfu Sya’ban
2. Amalan-amalan Khusus Sempena Nisfu Sya’ban
3. Benarkah al-Qadr Itu Jatuh Pada Malam Nisfu Sya’ban?

STATUS HADIS TENTANG NISFU SYA’BAN
Hadis-hadis yang membicarakan tentang Nishfu Sya’ban kesemuanya berstatus daif (lemah) dan maudu’ (palsu) kecuali terdapat sebuah hadis menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h adalah sahih daripada Nabi s.a.w, iaitu riwayat yang diterima daripada Mu’az bin Jabal r.a yang berbunyi:"ALLAH memerhatikan kepada makhluk-NYA pada malam Nisfu Sya’ban lalu DIA memberi keampunan kepada semua makhluk-NYA kecuali orang musyrik dan orang yang suka bergaduh." – Hadis riwayat Ibn Abu ‘Ashim di dalam Kitab al-Sunnah, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid.

Oleh itu, sekiranya kita ingin termasuk di kalangan orang diberi keampunan oleh ALLAH pada malam Nisfu Sya’ban, kita hendaklah termasuk di kalangan orang yang tidak melakukan perbuatan syirik serta menghindari sifat suka bergaduh.Namun, seharusnya kita sedari bahawa ALLAH juga turun ke langit dunia setiap hari pada sepertiga akhir malam.Sabda Rasulullah s.a.w:"TUHAN kita Tabaraka wa Taala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. ALLAH berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-KU, pasti AKU akan memakbulkannya; sesiapa yang meminta kepada-KU, pasti AKU akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-KU, pasti AKU akan mengampunnya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1145.

Oleh itu, sewajarnya kita mempertingkatkan amal ibadah yang benar-benar sahih daripada Nabi s.a.w sepanjang masa. Sewajarnya kita tidak hanya menunggu hari-hari tertentu atau malam-malam tertentu seperti malam Israk dan Mikraj atau Nisfu Sya’ban melainkan terdapat dalil yang sahih menunjukkan pada malam tersebut sememangnya memiliki fadilat-fadilat tertentu seperti bulan Ramadan dan malam lailatulqadar.

Amalan-amalan Khusus Sempena Nisfu Sya’ban
Sekiranya kita perhatikan hadis sahih tentang Nisfu Sya’ban yang telah penulis ketengahkan di atas, kita dapati ia tidak menganjurkan upacara-upacara tertentu mahupun ibadah-ibadah khusus sempena Nisfu Sya’ban.Oleh itu, amalan-amalan khusus pada hari Nisfu Sya’ban seperti berpuasa, solat pada malamnya, membaca surah yasin sebanyak 3 kali, doa-doa tertentu dan lain-lain bukanlah amalan yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w mahupun para sahabat.Sekiranya amalan-amalan khusus pada malam tersebut memiliki keutamaan yang tinggi serta memberi manfaat yang besar kepada umat Islam pasti baginda serta para sahabat akan mendahului kita dalam mengamalnya.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi:"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan mendirikan solat tertentu seperti yang kita lihat di sesetengah negara umat Islam.Bahkan di sesetengah negara, orang ramai berhimpun pada malam itu selepas solat Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yassin dan mendirikan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur dan dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia. Kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik daripada golongan salaf, iaitu para sahabat, tabi’in dan tabi’ al-Tabi’in.Ia satu doa yang panjang, menyanggahi nas al-Quran dan sunnah serta saling bercanggahan atau bertentangan makna… Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sesetengah negara orang Islam adalah bidaah dan rekaan semata-mata. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nas.Segala kebaikan ialah dengan mengikuti perbuatan salaf, segala keburukan itu adalah bidaah (rekaan) golongan selepas mereka (khalaf). Setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu membawa kepada kesesatan serta setiap yang sesat itu membawa ke neraka." – Rujuk Fatwa Mu’asarah karya Dr. Yusuf al-Qaradawi, jil. 1, ms. 382-383. Dinukil dari buku Membela Islam Tanggungjawab & Disiplin karya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Karya Bestari, Shah Alam (2006), ms. 95.

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:"Solat enam rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan niat menolak bala, panjang umur, untuk kekayaan dan juga membaca surah Yasin serta doanya merupakan hal yang baru dalam agama (bidaah) dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Syeikh Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, edisi terjemahan bertajuk Bidaah -Bidaah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta (2004), ms. 155.

Imam al-Nawawi r.h menyatakan di dalam Kitab Majmu’ Syarh Muhazzab:"Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib, iaitu 12 rakaat yang dilakukan antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama dari bulan Rejab dan solat Nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat, kedua-dua solat tersebut adalah bidaah yang mungkar. Oleh itu, janganlah terpedaya kerana kedua-duanya disebut di dalam Kitab Qutub al-Qulub dan Ihya’ Ulum al-Din dan jangan terperdaya dengan hadis yang disebut di dalam kedua-dua kitab itu kerana semuanya adalah batil belaka." – Rujuk Amalan Bidaah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan karya Dr. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur (1995), ms. 106.

Setelah menyebut sejumlah ayat dan hadis serta pendapat para ulama tentang malam Nishfu Sya’ban, Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz r.h berkata:"Berdasarkan ayat-ayat, hadis-hadis dan pendapat para ahli ilmu di atas jelaslah bagi orang yang mencari kebenaran bahawa memperingati malam Nishfu Sya’ban dengan solat dan sebagainya serta mengkhususukan siangnya untuk berpuasa adalah bidaah mungkar menurut kebanyakkan ahli ilmu dan tidak ada dasarnya dalam syari’at yang murni, tetapi peringatan malam Nishfu Sya’ban ini terjadi dalam Islam setelah masa sahabat. Cukuplah bagi para pencari kebenaran mengenai masalah ini dan masalah lain melihat firman ALLAH:"Pada hari ini, AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, AKU telah cukupkan nikmat-KU kepada kamu semua dan AKU telah redha Islam itu menjadi agama kamu semua." – Surah al-Maaidah: 3.

Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesiapa yang melakukan satu amal (berkaitan agama) yang bukan dari suruhan kami, ia tertolak." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1718.

Dalam riwayat lain:"Jangan kamu semua mengkhususkan malam Jumaat untuk solat malam (qiamullail) antara malam lain dan jangan mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa antara hari lain kecuali puasa wajib." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1144.

Seandainya mengkhususkan malam-malam tertentu dengan ibadah itu dibolehkan, tentu malam Jumaat lebih utama untuk dikhususkan berbanding malam-malam lain. Ini kerana, malam Jumaat adalah hari terbaik sebagaimana terdapat di dalam hadis sahih.Sabda Rasulullah s.a.w:"Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Jama’ah, hadis no: 854.

Ketika Nabi s.a.w melarang untuk mengkhususkannya antara malam-malam lain, hal ini menunjukkan bahawa malam-malam lain walaupun dianggap mulia, juga tidak boleh dikhususkan untuk beribadah kecuali ada dalil sahih yang menunjukkan pengkhususannya." – Rujuk Kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya Syeikh Abdullah bin Abdul Azizi al-Tuwaijiry, edisi terjemahan bertajuk: Ritual Bidaah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta (2003) ms. 319-320.

Oleh itu, tidak ada amal ibadah yang perlu dikhususkan sempena Nisfu Sya’ban kerana tidak ada hadis sahih yang tsabit daripada Nabi s.a.w menganjurkannya.

Hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh golongan sebagai hujah terdapat amalan-amalan tertentu berkaitan Nisfu Sya’ban kesemuanya daif (lemah) dan maudu' (palsu) sehingga tidak boleh dijadikan hujah.

Tentang penggunaan hadis-hadis yang tidak tsabit daripada Rasulullah s.a.w, Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat telah menyatakan pendapat Imam Tohawi r.h di dalam kitabnya al-Masaa-il, jilid 1, muka surat 41:"Sesiapa yang menceritakan (hadis) daripada Rasulullah s.a.w atas dasar zon (sangkaan) bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w tanpa kebenaran. Justeru, orang yang menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w tanpa kebenaran, bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w secara batil. Manakala orang yang telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w secara batil, pasti dia menjadi salah seorang pendusta yang masuk ke dalam sabda Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 107:"Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku, dia hendaklah mengambil tempat tinggalnya di neraka."Dakwaan Ibn Rajab Menyokong Amalan Nisfu Sya’banTerdapat sesetengah pihak yang mempergunakan nama al-Hafiz Ibn Rajab r.h untuk menyokong dakwaan bahawa harus menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan amalan ibadah di masjid-masjid. Mari kita lihat apa sebenarnya yang diperkatakan oleh al-Hafiz Ibn Rajab r.h di dalam al-Latoif al-Ma’aarif, cetakan Darul Ihya al-Kutub Arabiyah, Kaherah, 1342 H, muka surat 144:Para tabi’in yangmenetap di Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain lagi mengagungkan malam Nisfu Sya’ban dan mereka bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya. Hasil usaha merekalah akhirnya orang ramai mengambil kemuliaan pengangungan malam Nisfu Sya'ban.Ada yang mengatakan bahawa masalah ini telah sampai kepada mereka (iaitu pengagungan malam Nisfu Sya’ban) beberapa hadis-hadis israiliyat. Ketika hal ini terbongkar di negeri itu, orang ramai berselisih pendapat dalam hal ini. Antara mereka ada yang menerimanya dan sepakat untuk mengagungkannya. Mereka ini adalah beberapa orang dari negeri Basrah dan selainnya. Sedangkan, kebanyakan ulama Hijaz seperti Atha’ dan Ibn Abi Malikah menolak pengagungannya.

Dinukil daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ulama fikah penduduk Madinah, iaitu pendapat sahabat Imam Malik dan lain-lain bahawa semua itu adalah bidaah.Para ulama Syam berselisih pendapat tentang cara meramaikannya. Paling tidak ia terbahagi kepada dua pendapat, iaitu:

1. Disunnahkan meramaikannya dengan cara berjemaah di masjid. Khalid bin Ma’dan dan Luqman bin Amir dan selainnya memakai pakaian terbaik, berbangga dan bermegah-megah untuk tinggal di masjid pada malam itu. Cara semacam ini disepakati oleh Ishak bin Rahawaih dan dia memberi komentar mengenai perayaan itu di dalam masjid, ia bukan termasuk bidaah sebagaimana dinukilkan oleh Harb al-Kirmani daripadanya di dalam Kitab Masail.

2. Berkumpul pada malam itu di dalam masjid untuk solat, membaca cerita dan doa hukumnya makruh. Tetapi, tidak makruh apabila seseorang mengerjakannya secara bersendirian. Inilah pendapat yang dipegang oleh al-Auza’i, imam penduduk Syam, orang yang fakih dan alim antara mereka. Malah, pendapat ini lebih menghampiri kebenaran. – Rujuk Kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry, edisi terjemahan bertajuk: Ritual Bidaah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta (2003), ms. 314-315.

Inilah antara kata-kata yang telah dilontarkan oleh Ibn Rajab r.h. Beliau hanya menukilkan beberapa pendapat ulama dan mentarjihkannya. Apa yang dapat kita fahami daripada kata-katanya ialah:

1. Amalan pengangungan Nisfu Sya’ban ini hanyalah amalan para tabi’in di Syam. Ia bukan berasal daripada Rasulullah s.a.w mahupun para sahabat.

2. Menurut Ibn Rajab, ada yang berpendapat mereka berdalilkan hadis-hadis israiliyat. Bolehkan hadis israiliyat di jadikan hujah untuk mensunatkan sesuatu amalan? Itu pokok persoalannya.Tambahan pula ulama-ulama hadis telah mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan tentang keutamaan malam Nisfu Sya’ban yang kemudiannya setelah ditahqiq atau dilakukan penilaian mengenai darjat hadis tersebut, mereka merumuskan bahawa tidak ada satupun riwayat sahih kecuali sebuah riwayat daripada daripada Mu’az bin Jabal r.a sebelum ini.Hadis tersebut tidak menunjukkan amalan tertentu sempena Nisfu Sya’ban. Sekiranya ingin diampunkan oleh ALLAH pada malam tersebut, kita hendaklah menjauhi perbuatan syirik dan jangan suka berbalah.

3. Amalan tersebut tersebut ditolak oleh jumhur ulama hijaz seperti di Madinah. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, majoriti para sahabat r.a menetap di Hijaz. Namun, tidak terdapat satu riwayatpun yang menunjukkan para sahabat dan tabi’in di Hijaz mengamalkan amalan seperti penduduk di Syam.

4. Tidak ada di dalam kaedah mana-mana mazhab bahawa amalan penduduk Syam boleh dijadikan hujah. Apatah lagi amalan tersebut maqthu’ (terhenti) kepada segelintir kecil tabi’in di Syam. Tambahan pula menurut kaedah Mazhab Syafie, amalan yang mauquf kepada sahabat tidak boleh dijadikan hujah. Inikan pula amalan yang hanya maqthu’ pada tabi’in. Oleh itu, kaedah dari mazhab mana yang dipakai untuk mensunatkan amalan tertentu pada malam Nisfu Sy’aban?

5. Ibn Rajab sendiri telah menguatkan pendapat bahawa meramaikan masjid dengan upacara-upacara ibadah sempena malam Nisfu Sya’ban hukumnya makruh. Pendapat ini juga dipersetujui oleh imam paling masyhur di kalangan penduduk Syam, iaitu Imam al-Auza’i r.h.

6. Keharusan yang diberikan oleh Ibn Rajab dan al-Au’za’i untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan ibadah secara sendirian juga tidak boleh dijadikan hujah kecuali didatangkan dalil tentang keharusannya. Tetapi, sememangnya hadis yang mampu dijadikan dalil tidak wujud. Walau bagaimanapun, harus meneruskan amalan-amalan sunnah yang sememangnya biasa dilakukan pada malam-malam lain seperti tahajjud, baca al-Quran, berdoa dan berzikir sama ada pada bulan Sya'ban atau bulan-bulan lain.

7. Ibn Rajab tidak menceritakan tentang amalan mengkhususkan bacaan Yassin yang diselang-selikan dengan doa-doa khusus sebagaimana yang biasa diamalkan oleh umat Islam di Malaysia.

8. Ibn Rajab juga tidak menceritakan tentang puasa Nisfu Sya’ban sebagaimana yang biasa diamalkan di negara kita.

9. Di dalam kitab yang sama, Ibn Rajab juga menyatakan bahawa solat malam Nisfu Sya’ban tidak ada dalilnya baik daripada Nabi s.a.w mahupun para sahabat. Tetapi, ia hanya tradisi peninggalan sebahagian tabi’in dari ulama fikah yang menetap di Syam.

Benarkah al-Qadr Berlaku Pada Malam Nisfu Sya’ban?
Al-Qadr bermaksud penetapan. Oleh itu, mereka yang beranggapan al-Qadr itu berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sebenarnya mereka mengandaikan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya akan ditentukan pada malam tersebut. Mereka menduga pada malam inilah diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara berhubung dengan kehidupan makhluk.

Mereka berhujah dengan Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba KAMI tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku." – Surah al-Dukhan: 3-4.

Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Sya’ban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih telah menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan malam yang diberkati itu adalah malam lailatulqadar.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan melalui cara apa engkau mampu mengetahui kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya sambil berkata:) Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya:"ALLAH berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman ALLAH di dalam surah al-Qadr:"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr." – Surah al-Qadr: 1.Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), dia hendaklah berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, (dia bolehlah berbuka kemudian dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.(Dengan ketetapan itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Malah supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah: 185.

Apa yang dapat diambil pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Sya’ban seperti yang diriwayatkan daripada 'Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatulqadar) adalah pada bulan Ramadan." – Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-‘Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137.

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:"Keyakinan bahawa malam Nisfu Sya’ban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah. Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya.

Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-'Arabi mengatakan bahawa firman ALLAH di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban adalah tidak benar kerana ALLAH tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Sya’ban.Tetapi, ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatulqadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh ALLAH di dalam surah al-Baqarah, ayat 185: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya. Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sangat bertentangan dengan Kitabullah dan sangat jauh terpesong dari isi kadungannya.Perlu kami ingatkan bahawa ALLAH sendiri telah menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Sya’ban." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156.

KESIMPULAN

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menetap amalan-amalan tertentu khusus pada bulan Nisfu Sya’ban dan penetapan segala urusan manusia (al-Qadr) juga tidak berlaku pada malam Nishfu Sya’ban. Pada malam Nishfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti bergaduh dan sebagainya.Oleh itu, kita hendaklah menanamkan kedua-dua sifat tersebut demi mendapatkan fadilat malam Nisfu Sya’ban, iaitu diampunkan dosa-dosanya oleh ALLAH.

Program-program sempena Nisfu Sya’ban juga seharusnya menekankan isu-isu berkaitan perkara yang boleh mencemari tauhid. Sedangkan, hal ini semakin berleluasa dan menular bagaikan wabak dalam kehidupan umat Islam seperti mempercayai bomoh, memakai tangkal, berdoa di kubur seseorang yang dianggap keramat, menganggap tokoh-tokoh agama seakan-akan maksum sehingga pendapatnya wajib diikuti walaupun bercanggah dengan nas, mempercayai ahli nujum, menyakini ramalan horoscope, Feng Shui dan banyak lagi.
Kita hendaklah memperbanyakkan ceramah-ceramah agama yang dapat membersihkan jiwa dari sifat-sifat keji seperti bergaduh, dengki, iri hati, khianat, busuk hati, sombong dan lain-lain agar kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni. Walaupun saban tahun kita menyambut kedatangan Nisfu Sya’ban, namun pencemaran tauhid masih berleluasa di kalangan masyarakat kita dan perasaan saling dengki, fitnah memfitnah dan bertelingkah pendapat tetap menjadi sifat yang sinonim dengan bangsa Melayu.

NISFU SYA'ABAN

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Selasa, 4 Ogos 2009

KENANGAN LALU

Tetiba jee aku teringatkan kekawan lama. X kira lah time sekolah ataupun time kat maktab. Mana agaknya mereka pergi...terus senyap tanpa berita, apatah lagi cerita. Pada hal duluuuu...kamceng bagai nak rak. Salah aku ke, yg tak contact diaorang???

Itulah lumrah hidup....sedangkan pantai lagikan berubah, ombak pula datang dan pergi. Teringat suatu ketika dulu....ada sorang kawan bertanya; aku nak jadi apa?? Ombak atau pantai?? Ombak setia mengunjungi pantai....pantai juga setia menanti kehadiran ombak. Aku tak kata apa kerana tak tau nak jawab apa...

Yang pasti kini...dah lama aku tak ke pantai untuk melihat ombak.

CUBAAN HIDUP BERKELUARGA

Semenjak dua menjak nie..banyak pula dugaan yg menimpa. Kekadang rasa tak tertanggung. Dan kalau diikutkan rasa, binasa jiwa raga. Moga Allah memberikan kekuatan kepada hamba Mu ini. Pastinya ada hikmah yang tersembunyi..... yang masih tak diketahui.

Kesian gak dgn anak2...jadi mangsa amarah x tentu hala. Pantang lah kalau silap... pang! Bab mendidik anak pun satu hal. Lembut sangat....naik tocang dan makin besar kepala. Keras sangat.....kesian gak, serba serbi dalam ketakutan. Merencatkan perkembangan mental lak.. tapi rasanya cara aku mendidik, sama mcm ibubabapa ku dulu. Relevan kah lagi? Apa-apa pun...ketegasan perlu dalam bab membesarkan anak nie. Lebih-lebih lagi bila dah nak masuk 5 nie. Kalau x tegas, susah lak nak control nantie. Lagi haru biru...bak kata orang,"melentur buluh biarlah dari rebungnya", so dari kecik laa nak kena tegas. Bila nak masuk remaja lak nanti, kenalah ubah pendekatannya. Lari rumah lak....

Tapi aku sgt2 bersyukur.....ada isteri yg penyayang dan ada ibubapa yg byk membantu. Moga dugaan ini mengajar lebih tentang hidup dn menjadikan aku golongan yg tahu bersyukur@ sedar diri............tau di untung .